Sama cantik, sama padan! Genap 3 minggu anak sulung kepada Datin Suliza Salam bergelar isteri kepada seorang doktor. Mereka dinikahkan pada pagi 14 Mac lalu dalam sebuah majlis yang cukup sederhana. Setelah melalui fasa PKP dan tertangguh beberapa kali akhirnya majlis pernikahan Izzati Zainal Nazeri dan Dr Imran berjalan dengan lancar.
Sebagai ibu, Datin Suliza Salam yang kini berusia 54 tahun turut berkongsi rasa syukurnya di laman Instagram di samping memberi titipan nasihat berharga buat Izzati dan menantu. Datin Suliza juga dilihat amat menyayangi menantunya itu dan yakin Izzati mampu bahagia bersama pilihan hati yang dikenalinya sejak di bangku sekolah lagi.
“Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT. Zati telah selamat bernikah. Syukur segalanya berjalan lancar setelah melalui fasa PKP dan terpaksa menangguh beberapa kali. Selesai dengan aman dan lancar dengan izinNya alhamdulillah. Semoga kekal hingga ke Jannah abadi anak ku sayang. Jadilah isteri terpilih dan terbaik. Laksana segala amanah dan tanggungjawab dengan ikhlas.
Mama halalkan segalanya dan sekarang Ati berada di fasa rumahtangga. Tiada yang mudah dan indah selamanya namun Mama yakin memilih Dr Imran. Berjodoh dengan Dr Imran adalah pilihan dan aturan Allah yang terbaik buat mu. Mama happy segalanya tercapai dan selamat.
Mama sayang Ati dan Im. Layari alam perkahwinan sebaiknya. Make me a proud Mom. Jadi isteri solehah dan ibu yang baik pada anak-anak. Love you so much! Imran, please take good care of my princess. Make her happy and bless because Mama yakin Im adalah pasangan yang terbaik buatnya. Love you!
Ads
Mama sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan mu anak-anak ku sayang. Mama will always be there when you need me. Bukan suatu yang mudah melepaskan amanah ini but Mama blessed and happy sangat. Akhirnya it happened alhamdulillah Ya Allah…syukur”
Umum mengetahui Datin Suliza Salam sangat rapat dengan anak-anaknya bukan saja dengan Izzati bahkan 2 lagi anaknya iaitu Falahi Zainal Nazeri dan penyanyi Ismail Izzani Zainal Nazeri. Anak-anak perempuan Datin Suliza Salam bukan saja mewarisi kejelitaannya malah turut memiliki ‘mata kucing’ yang menjadi trademark buat penyanyi era 80an ini.
Ads
PERKENALAN
Menurut Izzati pula, dia dan suami saling mengenali sejak 16 tahun lalu iaitu ketika di bangku sekolah. Di laman Instagram, Izzati meluahkan rasa bahagia apabila akhirnya lelaki pilihan hati kini menjadi miliknya.
Tulisnya di kapsyen Instagram: –
“I have never shared our love life before, but as u lay right next to me now, I cannot help but feel utterly grateful and wish to share our journey together.”
Ads
Mereka mula berkenalan pada tahun 2005 ketika di Kolej Yayasan Saad. Itulah cinta pandang pertama mereka. Hubungan yang sekadar kawan akhirnya menjadi istimewa. Namun mereka terpaksa melalui pelbagai cabaran termasuklah hubungan jarak jauh. Namun kalau dah jodoh takkan ke mana.
“Sayang, I have known you for more than half of my life and I look forward to spending the rest of my life with you. We grew up together & made each other better throughout the years. Yang penting, we must continue to grow & support each other to be the best version of ourselves together.
I love you and I thank you for loving me unconditionally, through the ups & downs, even at my worst, dari zaman hingusan sampai la sekarang. InshaAllah i will try my best to become a good wife and a wonderful life partner to you. May Allah bless our marriage with lots of love, rizq, good health and beautiful children. Here is to forever, inshaAllah.” ungkap Izzati penuh makna.
Kredit Foto: Instagram @sulizasalam_ & @zatizainl
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain berikhtiar secara perubatan moden, satu lagi kaedah mencegah COVID-19 yang boleh diamalkan adalah menerusi rawatan Islam.
Melalui perkongsian Timbalan Presiden Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM), Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani, 8 langkah ini sangat baik diamalkan oleh umat Islam.
(1) Amalkan zikir atau doa Nabi Yunus ini 40 kali sehari…
Laa illahila antaa subhanaka innikuntum minazholimin
“Tiada Tuhan melainkan Engkau (Ya Allah), Maha Suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri sendiri.”
(2) Setiap kali keluar rumah, baca…
بسم الله توكلت علي الله ولا حول ولا قوة الا بالله العلي العظيم
Bismillahi tawakkaltu ‘alallah la hawla wala quwwata illa billah
“Dengan nama Allah, aku bertawakal kepada-Nya. Tiada daya dan kekuatan selain-Nya.”
(3) Amalkan membaca 3 kali pagi dan 3 kali petang…
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
Bismillahillazi la yadhurru ma’asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama’ie wa huas sami’ul ‘alim
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
(4) Bersihkan diri dari hadas besar.
(5) Sentiasa berwuduk.
(6) Makan kurma 7 biji sehari.
(7) Minum secawan air yang dicampur sesudu madu.
(8) Patuhi arahan Kementerian Kesihatan Malaysia.
Kata Ustaz Ahmad Dusuki, perjalanan umur ini seketika sahaja. “Pejam celik pejam celik dan pejam lagi terpejamlah untuk selama lamanya… kemudian tercelik di kuburan sana untuk didedahkan amalan kita semua. Terbenam matahari di hari ini, menambahkan lagi usia kedewasaan ini.
Usia empat siri ini bukan lagi muda teman teman, lebih lebih lagi diuji dengan virus yang sedang merebak ini. Masa terus berjalan, manfaatkan umur ini untuk ketaatan bukan ke maksiatan!” akhiri beliau.
Sumber: Facebook Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani dan Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dari riak muka Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, dah dapat tengok betapa terujanya baginda mendekati dan mendalami aktiviti harian penduduk di Sekinchan, Selangor. Lengkap berpakaian kasual kemeja lengan panjang dan seluar sedondon putih serta kasut sneakers... kunjungan Tengku Permaisuri Norashikin di daerah Sekinchan hampir sehari tersebut turut dimanfaatkan dengan melawat lokasi-lokasi menarik yang terdapat di sana.
Rombongan baginda pada 1 Mei lepas bersempena cuti umum Hari Pekerja… tiba di Sekinchan seawal pukul 9 pagi dan disambut Ahli Dewan Negeri Sekinchan yang juga merupakan Speaker Dewan Negeri, Ng Suee Lim.
Sejurus sampai, Tengku Permaisuri Norashikin dibawa ke Ah Ma House untuk melihat demonstrasi membuat kuih tradisional masyarakat Cina. Enggan melepaskan peluang, baginda sendiri berkenan mencuba memasak kuih kapit menggunakan kaedah lama.
Walaupun panas dan memakai sarung tangan untuk menghasilkan kuih tradisi Cina tersebut, tapi jelas terserlah reaksi teruja baginda menikmati pengalaman cukup bermakna itu. Sambil disaksikan pengusaha dan pembuat kuih kapit di sana.
Usai beramah mesra dengan pekerja di Ah Ma House, baginda kemudian diiring ke kawasan Tali Air 5 untuk menikmati pemandangan sawah padi yang sedang menghijau.
Bayangkan, dengan keindahan jelapang padi luas terbentang dan angin sepoi-sepoi… pasti sesiapa sahaja terpegun dan enggan berganjak daripada menatap panorama semula jadi di Sekinchan ini.
Tak mahu ketinggalan menyaksikan suasana persekitaran, baginda juga berkenan mengayuh basikal sejauh 500 meter untuk ke Muzium Padi. Wah, memang best! Terus teringat kenangan waktu kecil di kampung halaman suatu masa dulu.
Jika awal pagi tadi, Tengku Permaisuri Norashikin melawat ke Ah Ma House untuk pembuatan kuih kapit… seterusnya baginda berkenan berangkat ke perusahaan produk makanan industri kecil sederhana (IKS) di Wisma Masri.
Tidak sekadar berkunjung, baginda juga meluangkan masa memasak adunan kuih tradisi masyarakat Melayu pula iaitu kuih bahulu di samping meninjau produk jualan IKS seperti kerepek dan sebagainya.
Baginda kemudian dibawa singgah ke jeti pendaratan ikan di Kampung Bagan bagi mendekati dan melihat sendiri rutin harian para nelayan setempat.
Antara lokasi lain yang sempat dilawati baginda ialah Hotel A+, Restoran Lembah Bernam, Restoran Secret Garden, Kilang Elektrik KHIND dan Hotel Farm Ville.
Sebelum berangkat pulang ke singgahsana, lawatan Tengku Permaisuri Selangor di Sekinchan diakhiri dengan meneroka keajaiban dan keunikan Blue Tears di pesisir sungai di Kuala Selangor dengan menaiki bot dari Jeti Sky Mirror.
Ramai yang memuji sikap mesra rakyat yang dimiliki baginda… tidak kurang juga yang mengagumi gaya dan kecantikan Tengku Permaisuri Norashikin ketika membuat lawatan ke Sekinchan.
Sumber : Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena hari ulang tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM) ke-73 pada 1 April lepas, bekas pembaca berita RTM yang kini Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin telah berkenan menyampaikan titah ucapan tahniah kepada stesen penyiaran terulung itu. Tanpa disangka, rakaman video berdurasi hampir satu minit 30 saat tersebut menarik perhatian peminat setia Tengku Permaisuri Norashikin yang meluahkan rasa rindu melihat baginda kembali membaca berita seperti sebelum ini.
Walau hanya mampu mendengar lantunan suara baginda dalam masa yang singkat… namun itu sudah memadai untuk mengubati kerinduan. Bahkan ramai yang terpaku mendengar gaya penyampaian Tengku Permaisuri Norashikin yang jelas, tenang dan penuh elegan.
“Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah sempena sambutan Ulang Tahun RTM yang ke-73. Saya mendoakan semoga RTM terus menjadi stesen penyiaran yang dihormati dan disegani oleh sekalian rakyat.
Sebagai antara bekas kakitangan RTM yang pernah berkhidmat selama 20 tahun, RTM dan seluruh warga kerjanya di Angkasapuri telah saya anggap sebagai keluarga kerana sepanjang tempoh saya berkhidmat, ianya penuh dengan pelbagai pengalaman dan kenangan yang tidak akan saya lupakan.
Selepas ini, saya ingin melihat RTM terus komited dan relevan berpaksikan prinsip-prinsip dan etika-etika penyiaran selaras dengan peredaran zaman dan sentiasa menyalurkan berita-berita serta informasi yang tepat dan saksama kepada para penonton dan pendengar.”
Tengku Permaisuri Norashikin yang bakal menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun depan, sebelum ini pernah meraih anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2015.
Kredit foto: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.