Sikap profesional dan toleransi di antara usahawan Elrah iaitu El Azman dan bekas isteri, Nur Amirah wajar diberi pujian. Meskipun sudah bercerai namun mereka tetap berhubung baik demi anak-anak. Terbaharu, perkongsian El Azman ketika sambutan Hari Raya menarik perhatian ramai.
Ibarat kata pepatah, ‘Buang yang keruh ambil yang jernih’. Itu perumpamaan yang tepat bagi menggambarkan situasi El Azman dan Nur Amirah sekarang.
Usahawan Elrah Puji Sikap Baik Bekas Isteri
Enggan menoleh ke belakang, pemilik nama Nur Amirah Maulat Abdullah ini sudi memberi giliran anak-anak menyambut Hari Raya kepada bekas suaminya tahun ini.
Hal tersebut menjadi tumpuan khalayak khususnya warga maya apabila pengasas jenama busana Elrah berkenaan memuat naik gambar di media sosial.
El Azman atau nama sebenarnya Mohd Hilmi Che Azman menerusi foto itu segak berbusana Baju Melayu warna merah jambu. Sedondon dengan anak lelaki dan anak perempuan tersayang iaitu Azkayra Malaiqa dan Asytar Malik.
Dedahnya, “Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang di dalam dan apa yang di luar kerana janji-janji Allah itu pasti. Terima kasih Nur Amirah sebab bagi anak-anak pada I untuk beraya di Kelantan.”
Dalam pada itu, El Azman turut menitipkan rasa syukur atas kurniaan ilahi dan dugaan yang terpaksa ditempuh tahun ini.
“Raya kali ini, seperti sebelumnya, penuh dengan ujian. Pelbagai yang saya lalui susah, senang, jatuh, bangun namun tetap ada yang menilai tanpa memahami. Tapi dalam semua itu, saya tetap bersyukur.
Ads
Kerana di sisi saya, masih ada yang setia, masih ada keluarga yang menjadi kekuatan, masih ada harapan untuk hari esok yang lebih baik.
Buat yang pernah terasa, saya mohon ampun dan maaf. Buat yang terus menyokong, terima kasih dari hati yang paling dalam.”
Momen Pengasas Elrah Rai Syawal Dengan Anak-Anak, Bekas Isteri & Suami Nur Amirah
Lebih istimewa, Nur Amirah yang juga usahawan Kayra Health & Beauty turut dilihat bergambar bersama bekas suami dan anak-anak sambil ditemani suami tercinta, Ihsan Yusof.
Ads
Difahamkan tahun ini merupakan gilirannya beraya di kampung halaman suami di Kuala Berang, Terengganu.
Biarpun sudah membuat haluan sendiri selepas bercerai namun Nur Amirah tidak terlepas berdepan kecaman. Pun begitu, dia kental membalas kata-kata negatif tersebut.
“Sebagai seorang ibu, I tak suka tengok orang lain beriya dengan anak I. Tapi apa I boleh buat, tak boleh nak lari dari lumrah yang anak-anak I memang akan dapat ibu lain juga. Sama juga anak-anak I ada ayah dan Walid.”
Pelakon kecil molek Noorkhiriah Ahmad Shapie bukan asing kepada peminat drama dan filem tempatan. Namun, namanya kembali mekar setelah membawa watak sebagai Aishah dalam drama rantaian, Nur dan Nur 2.
Tidak seperti wataknya dalam drama, Noorkhiriah bahagia bersama suaminya, Azfaizul Ahtan dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Hudhaifah dan Muhammad Yusoff. Pada tahun lalu, Noorkhiriah telah mengambil seorang bayi perempuan sebagai anak angkatnya.
Namun, apa yang mencuri perhatian apabila Noorkhiriah telah bermurah hati untuk menukar kereta mewahnya, MPV Hyundai Grand Starex menjadi van jenazah seperti yang telah dikongsinya di laman media sosial.
Foto: Instagram @khiriah17
“Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Saya sayang, maka saya jadikan kereta ini sebagai van jenazah,” coret Noorkhiriah di laman Instagramnya.
Menurut Noorkhiriah perkhidmatan van jenazah itu akan diberi secara percuma kepada yang memerlukan. “Bagi yang memerlukan dialu-alukan. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti saya akan beritahu. Terima kasih juga pada yang menyumbang,” kata Noorkhiriah tentang niat murninya itu.
Noorkhiriah mengharapkan orang ramai mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam melakukan perkara baik. “Saya tak kaya tapi sebelum meninggal dunia saya nak tinggalkan sesuatu buat semua. Semoga kita istiqomah dalam perjuangan diri sendiri, amin,” coretnya lagi.
Mulia sungguh hati Noorkhiriah sanggup memberi apa yang dia sayang untuk kegunaan perkara yang baik. Semoga lebih ramai lagi insan berhati mulia seperti Noorkhiriah ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hujung minggu lalu, Yang Teramat Mulia (YTM) Tengku Mahkota Kelantan Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Al-Marhum Sultan Ismail Petra dan isteri, Yang Bahagia Che Puan Sofie Louise Johansson berkenan berangkat ke Jajahan Tumpat, Kelantan.
Anggun dan segak mengenakan persalinan sedondon rona krim, keberangkatan tiba baginda dimulai di Kediaman Rasmi Ketua Jajahan Tumpat dan disambut Ketua Jajahan dan isteri, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II dan isteri, Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan dan NGO Kelantan, Dato’ Kaya Setia Setiausaha Kerajaan Kelantan dan isteri, Pengelola Istana D’Raja Kelantan dan isteri, pegawai-pegawai serta kakitangan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat.
Sebelum membuat lawatan seterusnya, baginda tuanku dan isteri turut diberi taklimat ringkas berkaitan perkembangan dan situasi semasa di Jajahan Tumpat oleh Ketua Jajahan, Timbalan Ketua Polis Tumpat dan Timbalan Pengarah Hospital Tumpat. Dalam pada itu, Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra juga diraikan dengan Santapan Tengahari.
Usai bersantap, baginda tuanku berkenan berangkat ke kediaman Syazwan Najmi iaitu salah seorang rakyat Kelantan berusia 23 tahun yang menetap di Kampung Pak Keral, Tumpat. Kehidupan pemuda ini telah menarik perhatian baginda selepas kisah kematian isteri tercinta, Siti Nur Nasuha Safie kira-kira lima bulan lalu kerana mengalami komplikasi jangkitan kuman ketika melahirkan anak perempuan kembar pada 31 Mac lepas.
Difahamkan Syazwan menamakan bayi kembar mereka Medina Safiya dan Medina Sofiya sempena menunaikan hasrat arwah isterinya yang mahukan nama tersebut.
Namun, paling menarik perhatian rakyat adalah penampilan Che Puan Sofie yang sopan berbaju tradisi sambil duduk bersimpuh di atas lantai. Meskipun baru mendalami budaya masyarakat Melayu tetapi Che Puan Sofie yang dilahirkan di Sweden kelihatan tidak kekok berbuat demikian dan manis berselendang.
Berpeluang mendukung kedua-dua bayi comel ini, Dr Tengku Muhammad Fa-iz dan Che Puan Sofie turut menzahirkan kesedihan atas pemergian Siti Nur Nasuha di samping menyampaikan ucapan takziah dan mendoakan agar roh isteri Syazwan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beramal soleh. Sebelum berangkat pulang, baginda berdua berkenan meneruskan lawatan ke kilang memproses serunding di Tumpat.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kemunculan penyani wanita ini di pentas Gegar Vaganza 4 yang lalu, memang sangat mengagumkan. Malah pembabitannya semula di pentas seni suara sememangnya dinanti para peminat.
Liza Hanim, 37 tahun yang dianugerahkan mempunyai suara lantang dan bakat semula jadi ini ternyata cukup memukau setiap kali membuat persembahan di pentas.
Bukan sahaja dia semakin jelita tetapi tubuhnya juga semakin langsing walaupun sudah mempunyai empat cahayamata. Apa agaknya rahsia lansing penyanyi berlesung pipit ini.
Semakin Jelita, Liza Hanim Kenang Perit Jerih Singkir 20kg Lemak!
Suatu ketika dulu penyanyi ini mengalami pertambahan berat badan mendadak selepas melahirkan anak keduanya menyebabkan bentuk fizikal asal sudah lari sepenuhnya. Namun kejayaanya kehilangan 20 kilogram membuatkan ramai yang ingin mengetahui rahsianya.
Menyedari ramai yang mengalami masalah ini, nyata Liza tidak lokek berkongsi dengan peminatnya rahsia dia menguruskan badan sehingga mendapat bentuk badan ideal.
Apatah lagi langsing tanpa pengambilan suplemen ataupun pil. Dalam satu temubual, Liza memberitahu dia sedar dirinya semakin berisi (selepas lahirkan anak) apabila ketika itu dia dan suaminya Mohamed Shahrin Shamsuddin pergi ke pantai Port Dickson.
Ketika berjalan di atas pantai, Liza atau nama sebenarnya Haliza Hanim Abdul Halim, mengalami kesukaran untuk berjalan dan waktu itu barulah dia menyedari badan sudah terlalu berat dan sangat merimaskan.
Dari situlah barulah Liza mengambil kira pengambilan makanan. Selalunya dia akan kira setiap kalori bagi setiap makanan agar tidak terlebih makan.
Kongsi Tip Turunkan Berat Badan Secara Semulajadi Tanpa Suplemen
Selain itu Liza Hanim juga kerap bersenam dengan melakukan larian setiap hari di atas treadmill. Dia mengambil masa selama 9 bulan untuk mendapatkan kembali bentuk badan. Menurutnya bukan mudah untuk menguruskan badan tetapi seronok melihat hasilnya kini.
Setelah kurus, dia berasa lebih yakin dan tujuan untuk kelihatan langsing bukan semata-mata mahu menunjuk pada orang tetapi ia juga menjamin kesihatan diri juga.
Menyentuh perkembangan terbaru setelah mendapat tempat kedua dalam GV4 tidak menolak untuk kembali ke dunia lakonan jika adanya permintaan.
Walau bagaimanapun dia kena lihat dulu tawaran memandangkan tugasnya sebagai isteri serta ibu dan kalau boleh lokasi tiak keluar dari Lembah Klang. Selain itu, Liza juga dalam persiapan untuk mengeluarkan lagu baru Februari ini.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.