Makin Jelita, Penampilan Aidilfitri DATIN SERI ZIZIE IZETTE Curi Tumpuan Ramai “Tak Suka, Bukan Masalah Saya!”

Makin cantik! Itulah respon para netizen apabila melihat penampilan terkini pelakon dan juga kakak kepada pelakon Shaheizy Sam, Datin Seri Zizie Izette Abd Samad yang mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.

Zizie yang berkongsi gambar rayanya untuk tatapan pengikutnya nyata menjadi bualan ramai apatah lagi di usia 44 tahun, Zizie kekal anggun.

Walau bagaimanapun, penampilan Zizie yang juga isteri kepada Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut mendapat kecaman ramai apatah lagi dia berkongsi foto tidak bertudung, baru-baru ini.

Sedar hakikat yang penampilan terbarunya pasti menjadi buah mulut orang ramai, Zizie tampil bersuara menerusi hantaran di Instagramnya mengatakan dia selesa menjadi dirinya sendiri untuk kekal bergaya meskipun ada segelintir pihak tidak menyukai penampilan terbarunya.

Zizie berkata, dia tiada hak untuk menghalang seseorang daripada terus menyukainya. “Saya berada pada usia di mana kalau kamu suka saya, saya gembira dan kalau tak, saya tak kisah kerana saya tiada sebarang masalah dengan sesiapa sejak awal.

“Kalau tak suka, itu masalah kamu. Hidup ini sangat indah untuk ambil pusing apa orang lain nak fikir mengenai kita, Disebabkan itulah orang cakap, tak endah itu memuaskan,” tulisnya.

Sebelum ini, nama ibu kepada lima anak itu mencuri perhatian ramai dengan kemunculan dirinya tampil cantik dan langsung sejak awal tahun ini dengan hanya mengenakan penutup rambut.

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

IKLAN
Share