Makin Cantik! Wajah Terkini Pelakon Telenovela ‘Yo Soy Betty, La Fea’ Di Usia 48 Tahun

Masih ingatkah lagi dengan telenovela, Yo Soy Betty, La Fea (I am Betty, the ugly) yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun 90an?

Kisah kehidupan seorang gadis naif dan lurus bernama Betty yang rajin bekerja namun disebabkan wajahnya yang tidak cantik dia sering dipandang rendah.

Paling tak dapat dilupakan juga penampilannya yang ‘skema’ berkaca mata tebal, memakai pendakap gigi (braces), gaya rambut yang lucu (bangs hair) dan sering memakai pakaian besar. Memang mencuit hati kalau diimbau kembali karakter serta jalan cerita telenovela ini. Namun akhirnya dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik.

Watak Betty dalam ‘Yo Soy Betty, La Fea’ yang menjadi fenomena suatu ketika dulu.

Watak ini berjaya dihidupkan oleh pelakon jelita kelahiran Colombia, Ana Maria Orozco. Diam tak diam Ana kini sudah pun berusia 48 tahun tetapi apabila melihat raut wajah terkininya itu tidak menunjukkan usia yang sebenar, awet muda sungguh.

Wajah dan penampilan terkini Ana Maria Orozco di usia 48 tahun. Jelitanya!

Ibu anak 2 ini makin cantik dan hot

! Penampilannya kian menawan mengalahkan orang muda. Sering tampil dengan gaya rambut yang panjang mengurai menambahkan kesan cantik pada dirinya.

Berikut wajah terkini Ana Maria Orozco di usia yang hampir mencecah 50 tahun.

Kredit Foto: Instagram Ana Maria Orozco @anaorozcoof

IKLAN
Share