Masih ingatkah lagi dengan telenovela, Yo Soy Betty, La Fea (I am Betty, the ugly) yang pernah mencetuskan fenomena di Malaysia sekitar tahun 90an?
Kisah kehidupan seorang gadis naif dan lurus bernama Betty yang rajin bekerja namun disebabkan wajahnya yang tidak cantik dia sering dipandang rendah.
Paling tak dapat dilupakan juga penampilannya yang ‘skema’ berkaca mata tebal, memakai pendakap gigi (braces), gaya rambut yang lucu (bangs hair) dan sering memakai pakaian besar. Memang mencuit hati kalau diimbau kembali karakter serta jalan cerita telenovela ini. Namun akhirnya dia berubah menjadi seorang gadis yang sangat cantik.
Watak Betty dalam ‘Yo Soy Betty, La Fea’ yang menjadi fenomena suatu ketika dulu.
Watak ini berjaya dihidupkan oleh pelakon jelita kelahiran Colombia, Ana Maria Orozco. Diam tak diam Ana kini sudah pun berusia 48 tahun tetapi apabila melihat raut wajah terkininya itu tidak menunjukkan usia yang sebenar, awet muda sungguh.
Ads
Wajah dan penampilan terkini Ana Maria Orozco di usia 48 tahun. Jelitanya!
Ibu anak 2 ini makin cantik dan hot! Penampilannya kian menawan mengalahkan orang muda. Sering tampil dengan gaya rambut yang panjang mengurai menambahkan kesan cantik pada dirinya.
Berikut wajah terkini Ana Maria Orozco di usia yang hampir mencecah 50 tahun.
Aktif sebagai seorang aktivis, belajar pula dalam bidang psikologi memang sesuai sangat.
Setelah dua tahun menunggu tarikh untuk konvokesyen akhirnya adik kepada aktivis kemanusiaan terkenal, Datin Seri Nurheliza Helmi berjaya menggegam Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan jurusan Psikologi.
Nur Hazwani Afiqah Helmi, 25, atau dikenali sebagai Hazwani menerima ijazah tersebut pada 17 Ogos 2022 di Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (IIUM). Berseri-seri wajah Hazwani menyerlahkan kegembiraan dan kesyukuran meraikan detik-detik dirinya bergelar seorang graduan.
Berkongsi di Instagram miliknya, Hazwani yang membahasakan dirinya Ika, dihujani dengan ucapan tahniah dari para pengikut yang turut bangga dengan kejayaannya itu.
Memetik kata-kata Hazwani di ruangan kapsyen, dia meluahkan bahawa keluarga adalah segala-galanya serta saksi jatuh bangunnya sebelum berjaya menggenggam segulung ijazah.
“Tiada harta yang lebih bernilai selain dari keluarga tercinta. Mereka jadi saksi saat ika jatuh, saat ika takut, saat ika buntu dan mereka juga menjadi saksi hingga ke saat ini ika dapat memegang segulung Ijazah Sarjana Muda Sains Kemanusiaan (Psikologi). Alhamdulillah, Ya Rabb. Semua dengan izin Allah.
“Berkat doa mereka dan kesabaran mereka mendengar keluh kesah anakanda yang banyak kekurangan ni menjadi asbab ika dapat tamatkan pengajian di Universiti impian ika sejak usia 16 tahun lagi.
“Alamak, tetiba sebak pulak.Ika mohon, doakan untuk Mama Abah dan adik beradik ika termasuk abang ipar ika (abg long, abg dee) dan semua muslimin muslimat sentiasa dalam jagaan Allah, sentiasa diperhatikan Allah, sentiasa dicintai Allah, dan dikenali oleh Rasulullah.
“Jazakumullahu khair The Helmis. Semoga kita berpimpin tangan hingga ke syurga Ilahi bersama kekasih hati.”
Tidak ketinggalan, Datin Seri Nur Heliza Helmi turut memuat naik satu posting detik kejayaan adik kesayangannya itu di akaun Instagramnya.
Selain itu, Hazwani turut berpesan kepada seluruh graduan di luar sana termasuk dirinya sendiri:
“Kita keluar dari universiti ini dengan tanggungjawab, sebagai Hamba Allah, Umat Rasulullah dan Khalifah di Bumi Allah.
“Moga Allah bantu kita istiqamah sepanjang apa yang kita pelajari di UIA dan teruskan perjuangan di arena masing-masing.
“Pesan untuk diri sendiri juga, carilah kejayaan dunia namun akhirat jangan dilupa.”
Sekadar info, nama Datin Seri Nur Heliza Helmi dan Hazwani Helmi sudah tidak asing lagi dalam misi kemanusiaan dan aktiviti kesukarelawanan di Malaysia mahupun luar negara sehingga pernah dilantik sebagai ikon untuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Pasangan adik beradik ini bukan hanya sering memperjuangkan isu ummah di Gaza dan Syria malah mereka pernah beberapa kali menyertai misi kemanusiaan ke negara tersebut bagi memberikan sumbangan serta membantu masyarakat di sana.
Kredit Foto: Instagram Hazwani Helmi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa sangka, kekurangan diri menjadi kelebihan yang menjadikan dirinya mahsyur! Dikenali sebagai supermodel kudung, Kelly Knox, 38 dilahirkan tanpa lengan kiri tidak melihat kekurangan dirinya sebagai satu titik yang boleh melemahkan semangatnya untuk menjadi seorang model peragaan terkenal.
Lebih membanggakan, ibu kepada seorang cahaya mata itu sering menjadi buruan jenama terkenal Eropah seperti Primark selain ditugaskan berjalan di pentas peragaan London Fashion Week pada 2019. Wanita itu turut diundi sebagai wanita kelainan upaya paling berpengaruh di Britain!
Meskipun industri fesyen sudah lama meraikan perbezaan termasuk memperkenalkan lebih ramai model ‘plus-size’ dan model pelbagai warna kulit yang mewarnai kempen-kempen fesyen berskala besar, namun model kelainan upaya masih belum diraikan, menyebabkan Knox berdepan prejudis dan tentangan.
Namun, wanita itu tidak patah semangat kerana dia tahu kekuatan dan kehebatan yang ada dalam dirinya.
“Biarpun saya tahu ada segelintir pihak yang akan menolak kehadiran dan keunikan saya dalam industri ini, namun ia tidak akan sesekali membuatkan saya mengalah.
“Saya mahu orang kelainan upaya untuk merasakan kehebatan mereka dan tidak malu atau bersalah mempunyai tubuh badan yang berbeza daripada orang lain,” ujarnya.
Menerusi projek terbaharu, Knox yang memperagakan koleksi pakaian daripada gedung peruncit fesyen Primark telah menerima beratus-ratus pujian dan juga respons positif daripada orang ramai yang meraikan perbezaan Knox.
Kempen itu menerima hampir 97,000 jumlah likes dalam tempoh kurang 24 jam.
Knox mempunyai daya penarik serta kecantikannya yang tersendiri dan sehingga kini sudah berkecimpung dalam dunia peragaan selama 14 tahun.
Pencapaiannya itu telah meletakkan dirinya sebaris dengan supermodel terkenal dunia seperti Kate Moss, Adriana Lima dan Gisele Bundchen.
Dilahirkan di Enfield, England, Knox mengakui zaman kanak-kanaknya adalah sukar memandangkan ibu dan bapanya berpisah ketika dia berusia dua tahun. Ibunya juga melalui kesukaran membesarkan Knox, lebih-lebih lagi apabila Knox sering dihina akibat kekurangan fizikalnya.
“Pada zaman ini, saya beranggapan bahawa sekiranya saya seorang remaja atau seorang individu yang membesar dengan kekurangan fizikal, saya pasti akan berasa tertekan memandangkan di media sosial, apa yang ditonjolkan adalah ‘kesempurnaan’.
“Namun, selepas berjalan di pentas peragaan, saya berasa diri ini hebat dan kuat. Ini adalah permulaan dan saya mengimpikan untuk menghiasi muka hadapan majalah Vogue dan berkempen bersama jenama besar seperti Gucci,” katanya yang memasang impian yang tinggi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sering digelar ‘ibu kepada rakyat China’, isteri Presiden Xi Jinping iaitu Peng Liyuan rupanya kesayangan jelata dan pernah menjadi penyanyi terkenal sebelum menyandang gelaran Wanita Pertama di sana.
Berusia 62 tahun, sosok isteri Presiden China ini sering menjadi bualan kerana kecantikan dan fesyen yang dikenakan. Kerap tampil dengan gaya elegan dan sopan, Peng Liyuan sebelum ini merupakan ikon seni terkemuka dan aktivis yang disegani.
Dilahirkan pada 20 November 1962 di Shandong, China, Peng Liyuan berasal dari keluarga artis yang berbakat besar. Ibunya adalah seorang pelakon opera klasik terkenal, manakala beliau sendiri adalah seorang penyanyi soprano yang mengalunkan lagu-lagu rakyat kontemporari Cina.
Kemunculannya di kaca TV khususnya ketika sambutan Gala Tahun Baru Cina sentiasa ditunggu-tunggu. Antara single yang paling terkenal adalah ‘People from Our Village’, Zhumulangma dan lagu tema The Water Margin.
Peng Liyuan juga banyak menerima anugerah sepanjang kerjaya beliau, antaranya Anugerah Plum Blossom iaitu anugerah teater tertinggi di China.
Sebelum tersenarai sebagai salah seorang Wanita Paling Berkuasa ke-57 di Dunia oleh Forbes, Peng Liyuan adalah anggota awam Tentera Pembebasan Rakyat China, dan memegang pangkat Mejar Jeneral sebelum dilantik sebagai Dekan Akademi Seni PLA.
Selepas diperkenalkan oleh seorang rakan, Xi Jinping (ketika itu 33 tahun) bertemu dengan Peng Liyuan (ketika itu 24 tahun).
Sering digelar ‘ibu kepada rakyat China’. isteri Presiden Xi Jinping iaitu Peng Liyuan rupanya kesayangan jelata dan pernah menjadi penyanyi terkenal sebelum menyandang gelaran Wanita Pertama di sana.
Pada tahun 2013, apabila Xi dilantik sebagai Presiden China, Peng Liyuan mengambil peranan penting sebagai Wanita Pertama China.
Peng Liyuan telah mengubah peranan wanita pertama China untuk menjadi semakin mirip dengan peranan yang dimainkan oleh pasangan Presiden Amerika Syarikat.
Pada tahun-tahun awal pemerintahan suaminya, Peng Liyuan menjalin hubungan rapat dengan Wanita Pertama Amerika iaitu Michelle Obama.
Berbeza dengan pendahulunya, Wanita Pertama China kali ini sering menjadi tumpuan ramai. Beliau menemani Xi Jinping ke persidangan antarabangsa dan lawatan diplomatik, sementara membuat penampilan dan memberi ucapan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta acara amal global.
Selain menemani suaminya dalam lawatan diplomatik ke luar negara, beliau turut menjadi suara untuk pendidikan wanita dan kemajuan sosial. Peng dilantik sebagai Utusan Khas UNESCO untuk Pendidikan Gadis dan Wanita, sekali gus menunjukkan komitmennya terhadap perubahan positif dalam masyarakat.
Di China, Peng dikenali sebagai ‘Mama Peng’, manakala Xi dipanggil ‘Xi Dada’, yang boleh bermakna ‘Papa Xi’ atau “Uncle Xi’. Bahkan terdapat sebuah video muzik pada tahun 2014, yang dikongsi meluas oleh media negara China, mengandungi lirik “Lelaki harus belajar dari Papa Xi, wanita harus belajar dari Mama Peng, keluarga berkembang supaya negara berkembang dan dunia akan berkembang.”
Dr Ming Xie dari West Texas A&M University, istilah itu menunjukkan peranan pasangan Presiden ini dalam perspektif rakyat China dan Peng dilihat sebagai ibu kepada seluruh negara China.
KEIBUAN
Walaupun terlibat dalam dunia politik, Peng Liyuan juga seorang ibu yang sangat menyayangi anak perempuan tunggalnya iaitu Xi Mingze.
Walaupun anak mereka dijaga dengan penuh privasi, Peng Liyuan sering menyebutkan kepentingan mendidik anak dalam keluarga mereka.
Pasangan Presiden China ini berjaya mengekalkan keseimbangan antara kehidupan peribadi dan tanggungjawab negara.
Secara keseluruhan, Peng Liyuan bukan hanya seorang Wanita Pertama yang mempamerkan kewibawaan dalam peranan diplomatik dan seni, tetapi juga seorang aktivis yang memberi sumbangan besar kepada masyarakat China, menjadikannya simbol kekuatan dan kepimpinan wanita.