Ads

Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon!

Amy Mastura Awet Muda Usia 55 Tahun
Amy Mastura Awet Muda Usia 55 Tahun

10 Mei lepas genap 55 tahun usia ibu dua anak ini. Meskipun sudah mencecah usia 50an, Amy Mastura sentiasa kelihatan ceria dan ‘murah senyuman’. Tidak hairanlah, dia tergolong antara selebriti wanita yang terkenal dengan wajah awet muda dan tak dimamah usia! 

Selesa berpenampilan ringkas dan sederhana, pelantun lagu popular Sha Na Na ini difahamkan sedang sibuk menjalani penggambaran drama Ate Kome I Love You bersama pelakon komedi handalan, Ieda Moin. 

Menerusi perkongsian di media sosial, kedua-dua pelakon wanita ini memuat naik foto ketika melakonkan aksi dan terserlah sisi lucu mereka.  

Artikel https://www.nona.my/malaysia-juara-sepak-takraw-datin-anne-ngasri-syukur-rai-kemenangan-pasukan-suami-datuk-sumali-julang-piala-dunia-istaf/

Ads

Amy Mastura Cecah Usia 55 Tahun

Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon! Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon! Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon!

Selain Amy Mastura, anak sulung kesayangan menyambut ulang tahun hari kelahiran ke-25 pada 21 April. Sementara anak kedua pula meraikan hari lahir ke-21 pada 15 April lalu.  

Biarpun kedua-duanya sudah menginjak usia dewasa dan berstatus anak selebriti namun mereka pandai jaga privasi diri serta tidak pernah dengar cerita kurang enak mengenai keluarga ini. Bagus didikan Amy dan suami, Alvin Tham Suffian. 

Ads

Bintang Puteri Impian ini mula mencipta nama sejak menjuarai pertandingan nyanyian Asia Bagus pada tahun 1993. Dia juga pernah merangkul anugerah Penyanyi Wanita Popular (ABPBH) dan Pelakon Wanita Terbaik (FFM). 

Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon! Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon! Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon! Sentiasa Happy Go Lucky & Awet Muda, Usia 55 Tahun Amy Mastura Masih Aktif Berlakon!

Ads

Bagi yang mengenali Amy, tentu tahu bagaimana karakter wanita kecil molek yang ramah dan lucu. Namun, tak banyak kisah peribadi dikongsi bersama peminat. 

Amy Mastura mendirikan rumah tangga dengan suami tercinta, Alvin Tham Suffian pada tahun 2000. 

Mencecah usia perkahwinan 26 tahun, pasangan ini dilihat cukup romantis dan bahagia di samping dua cahaya mata perempuan iaitu Adriana dan Adalia. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

DATO AZRIL RADZI

Dato’ Azril Radzi Terima Anugerah Ikon Usahawan Sempena Hari Belia Negara...

Dato' Azril Radzi menerima Anugerah Ikon Usahawan sempena Hari Belia Negara 2026 sekali gus berkongsi inspirasi dan pengalaman keusahawanan buat generasi muda.