Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka kini meniti usia 9 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha masih dikagumi. Raut wajah cantiknya ditambah pula dengan penampilan sopan Leuniey sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat.
Terpikat dengan kemulusan kulit wajah wanita yang meniti usia 30 tahun ini, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, dia membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.
Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”
Mengikuti perkembangan Leuniey, ibu muda ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai perniagaan bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.
Ads
Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali. Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia juga mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin!
Tahun ini merupakan tahun keempat Leuniey menetap di Melaka memandangkan suami masih bermain untuk pasukan Melaka United. Enggan duduk diam di rumah, Leuniey memanfaatkan masa yang ada dengan minatnya dalam bidang kecantikan dan berniaga. Difahamkan sepanjang berada di Melaka, Leuniey pernah mengambil tempahan sebagai make-up artist untuk majlis bertunang, kahwin dan sebagainya.
Ads
Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kesihatan, LadyVie yang dilancarkan sekitar bulan Mac tahun lalu. “Idea untuk buat jamu moden LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.
Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan.”
Tambahnya lagi, “Tapi buat masa sekarang, Leuniey slow sekejap bisnes.. more to family business yang memang dari dulu lagi kami sekeluarga manage iaitu bisnes event hall dan bridal. Alhamdulillah, sekarang kami dah ada 4 event hall.
Bila dah berpindah ni susah nak commit business. Leuniey terpaksa slow within bulan Disember sampai Februari ni sebab kami pindah dan PKP pun kan. Agak mencabar juga. InshaAllah habis PKP 2.0 ni kita ‘meroket’ balik.”
Ads
Mengimbas kembali momen ijab kabul mereka pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini kejelitaan milik Leuniey masih kekal menawan.
Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna yang kini berusia 7 tahun, Khaleel Emir, 6 tahun dan Ebrahim Fayaaz bakal berumur 3 tahun.
Kredit foto: Instagram Leuniey Natasha
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masih ingat lagi dengan lagu berjudul Snow on the Sahara, Mimpi, dan A Rose in the Wind ? Inilah wajah terkini penyanyi asalnya, Anggun Cipta Sasmi seorang penyanyi bertaraf antarabangsa.
Dikenali dengan nama pentasnya iaitu Anggun C Sasmi, anak kelahiran Jakarta, Indonesia yang berusia 48 tahun ini bahagia bersama keluarga tersayang.
Setelah sekian lama menjaga privasi anak perempuan tunggalnya, Kirana Cipta Montana Sasmi yang kini berusia 16 tahun, Anggun baru-baru ini telah berkongsi secara terbuka wajah anaknya itu. Ternyata, cantik persis ibunya juga. Sekali imbas macam kakak dan adik pula.
Menerusi akaun Instagram peribadinya, Anggun kerap memuat naik gambar bersama anak perempuannya itu. Posting itu dibanjiri komen-komen positif warga maya. Rata-rata memuji kecantikan Kirana yang semakin meningkat remaja.
Berikut 7 persamaan Kirana dengan ibuya: –
1.PERSIS IBU
Kirana yang dilahirkan pada 8 November 2007 di Paris merupakan zuriat hasil perkahwinan ketiga Anggun dengan Cyril Montana. Namun, jodoh tidak panjang dan mereka bercerai pada 2015. Setelah itu, Anggun tidak lagi mendedahkan wajah anak perempuannya itu. Sehinggalah baru-baru ini, Anggun memuat naik gambarnya bersama Kirana yang sudah berusia belasan tahun serta persis ibunya. Like mom like daughter!
2.WAJAH KACUKAN
Kirana bertuah kerana kecantikan yang dimilikinya adalah kerana dilahirkan sebagai anak kacukan Indonesia- Perancis. Kelebihan itu membuatkan Kirana kelihatan cukup menawan biarpun baru berusia 16 tahun.
3. FAMILY PERSON
Anggun sangat aktif berkongsi aktivitinya di akaun media sosial. Bukan sahaja tentang kerjaya bahkan bersama keluarga kecilnya. Hampir setiap momen menunjukkan kemesraan mereka sekeluarga. Jelas kelihatan Kirana sangat mesra dan akrab dengan bapanya, Christian Krestschmar.
4. GAYA RAMBUT
Bukan sahaja seiras, malah gaya rambut Anggun dan anak perempuannya kelihatan sama. Kirana turut mempunyai gaya rambut yang hampir seperti ibunya. Pose pun lebih kurang sama.
5. TINGGI PERSIS MODEL Meskipun masih remaja, Kirana memiliki ketinggian yang setara dengan ibunya. Lebih-lebih lagi bila pose berdua, nampak Anggun dan Kirana seperti kakak dan adik pula.
6. SAMA-SAMA STYLISH Anggun antara selebriti wanita yang memiliki wajah awet muda dan stylish. Begitulah juga Kirana yang mewarisi minat ibunya dalam berfesyen. Ibu dan anak ini juga gemar ber’OOTD’ bersama. Dengan busana kasual, kedua-duanya kelihatan cantik dan ‘sempurna’.
7. RAPAT DENGAN IBU
Di dalam kesibukannya, Anggun tetap mencari masa berkualiti bersama keluarga. Tidak hairanlah jika Anggun dan Kirana mempunyai hubungan yang sangat rapat. Terserlah kecantikan kedua-duanya saat berswafoto bersama.
Kredit Foto: Instagram Anggun C Sasmi
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam tak berubah pelakon berbakat besar, Sherie Merlis. Meniti usia 50 tahun, dia bukan hanya kelihatan sihat dan ceria. Bahkan penampilan aktres handalan ini ibarat tidak dimamah usia dan awet muda. Bertuah empunya badan!
Terkenal sebagai anak seni yang tak lekang senyuman di bibir dan bakat lakonan yang mantap, Sherie Merlis atau nama sebenarnya Sharifah Saadah Wan Zainal Abidin masih aktif mewarnai industri seni.
Malah, dia juga menjadi tenaga pengajar FINAS bagi mengasah kemahiran penghayatan lakonan dalam kalangan bakal pelapis baharu.
Walau industri seni hari ini menerima kehadiran ramai muka baharu namun pesona dan kemampuan Sherie sebagai pelakon sentiasa mendapat pujian dan dinanti-nantikan peminat seni tanah air.
Pendek kata, aura ibu empat anak ini masih berbisa. Sherie dilahirkan di Sibu, Sarawak dan khabarnya mewarisi keturunan Arab dan Melayu dari ayah. Manakala ibunya pula berketurunan Melayu dari Indonesia dan Cina.
Sepanjang lebih 30 tahun bergelar anak seni, Sherie berjaya membawa watak dan menggalas karakter yang diberikan dengan sebaiknya.
Komitmen dan disiplin aktres ini dalam kariernya terbukti menerusi i-Tanggang yang menguji kemampuan Sherie melakonkan watak ibu psiko. Pelakon serba boleh!
Sebelum ini dia pernah membintangi filem Leftenan Adnan dan tahun 2022 Sherie muncul dalam filem Tablis Iblis serta Coast Guard Malaysia: Ops Helang pada Februari 2023.
Terdahulu, dia pernah berkahwin dengan pelakon Esma Daniel dan dikurniakan dua anak iaitu Habib Daniel, 29 tahun dan Harith Daniel 28 tahun.
Pada 2 Januari 2012, Sherie bergelar isteri kepada Tengku Shafiz Rullah As Syafiee atau dikenali sebagai Ash. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tengku Kaseh Anaqah berusia 11 tahun dan Tengku Areef Bolkiah, sembilan tahun.
Beruntungnya Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra Ibni Sultan Ismail Petra. Bukan sahaja dikurniakan seorang isteri cantik menawan dan baik budi pekerti, bahkan ‘pandai’ menjaga perut suami tercinta. Ada sahaja masa terluang, pasti Che Puan Sofie menghabiskan waktu di dapur dengan air tangan dan sajian dari Sweden.
Terbaru, beliau berkongsi hidangan menyelerakan Sweden iaitu Smorgastarta di Instagram miliknya. Anggun berbaju kurung biru dan berselendang kuning cair, Che Puan Sofie tidak kekok menyediakan makanan tersebut.
Menurutnya, sajian Smorgastarta tidak hanya popular di Sweden, Estonia, Finland dan Iceland. Ia adalah sejenis hidangan kek yang menyerupai sandwic tetapi sarat dengan pelbagai isi dan hiasan.
Antara bahan-bahan yang digunakan termasuk buah tomato, timun, telur rebus, udang, keju dan kepingan ayam. Memang nampak sedap dan sihat!
Mengintai aktiviti Che Puan Sofie, isteri Tengku Mahkota Kelantan ini juga pernah menyediakan aneka hidangan dan berkongsi juadah berkenaan di laman media sosial.
Misalnya pada Ramadan yang lalu, beliau menyantuni orang ramai semasa jualan amal ‘meat ball’ dan ‘cinnamon bun’ hasil air tangannya sendiri di bazar Ramadan di Kota Bharu.
Difahamkan sebanyak 7 kilogram daging digunakan untuk jualan ‘meat ball’ berkenaan. Lebih manis, meskipun sibuk dengan jualan amal tersebut beliau tetap menyediakan
sajian berbuka puasa buat suami tercinta.
Che Puan Sofie Louise Johansson sah bergelar isteri YAM Dr Tengku Muhammad Fa-iz Petra pada tanggal 19 April 2019.
Sumber: Instagram Che Puan Sofie Louise Johansson
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.