Perut yang buncit dan menggeleber sudah pasti menjejaskan penampilan khususnya bagi golongan wanita. Pelbagai cara diusahakan untuk mengatasi masalah ini namun tetap juga tidak berhasil. Impian anda untuk memiliki perut indah akan tercapai dengan melakukan 12 langkah mudah ini setiap hari. Ia cukup mudah, murah serta berkesan jika diamalkan secara rutin.
1. DUDUK TEGAK
Tubuh yang kerap membongkok boleh menyebabkan bahagian bawah perut kelihatan lebih besar. Bagi mengelakkan keadaan ini berlaku, kencangkan otot di bahagian bawah perut dengan menarik bahu ke belakang sementara dagu ditarik ke atas. Posisi ini menjadikan postur tubuh lebih baik.
2. AKTIVITI DI RUMAH
Lakukan aktiviti anda sendiri antaranya mengangkat barang, membersihkan persekitaran rumah, menyapu sampah dan sebagainya. Aktiviti ini dapat membakar sekurang-kurangnya 350 kalori dalam tempoh sejam.
3. LATIHAN UNTUK PINGGUL
Otot pinggul yang kuat sangat penting untuk membentuk otot perut yang indah. Sekiranya anda melakukan latihan untuk mengencangkan otot pinggul, otot di sekitar pinggang juga terlatih. Otot perut bahagian bawah turut mengencang.
4. BERJALAN KAKI
Ads
Aktiviti berjalan dapat membantu anda menggerakkan tubuh bahagian bawah termasuklah mengencangkan otot perut.
5. LATIHAN UNTUK PERUT
Baring secara terlentang di atas lantai dan letakkan kaki di kerusi. Angkat kepala serta tubuh secara perlahan-lahan menghala ke hujung kaki. Kemudian kembali ke posisi asal dengan perlahan-lahan. Lakukan sebanyak 10 – 12 kali, dua hingga tiga kali seminggu.
6. MENGENCANGKAN PERUT
Baring di atas lantai dan letakkan tangan di sisi tubuh. Bengkokkan lutut sebanyak 90 darjah. Kencangkan otot perut dan tekan punggung ke lantai. Angkat pinggul dari lantai dan tahan beberapa saat lalu turunkan. Lakukan sebanyak 10 -12 kali, dua ke tiga kali seminggu.
Ads
7. MEMBENTUK GARIS PINGGANG
Baring secara terlentang, bengkokkan kedua-dua lutut. Posisikan pergelangan kaki kanan di atas lutut kiri dan letakkan tangan di belakang leher. Pastikan kedua-dua siku mengarah ke sisi luar tubuh. Angkat kepala dan punggung. Tahan beberapa minit dan turunkan tubuh ke posisi asal secara perlahan-lahan. Lakukan gerakan ini sebanyak 10 – 12 kali untuk kedua-dua sisi tubuh. Lakukan sebanyak dua ke tiga kali seminggu.
8. MENJAGA WAKTU TIDUR
Usah abaikan waktu tidur anda. Kurang tidur akan menyebabkan metabolisme tubuh anda terganggu. Ia turut memberi kesan kepada bentuk tubuh anda.
Ads
9. AKTIVITI BIASA
Jika anda seorang yang sentiasa sibuk dan tiada masa untuk ke gim, apa kata anda lakukan cara yang paling mudah seperti berjalan atau brisk walk sambil menikmati pemandangan luar, bermain lompat tali atau bermain dengan anak-anak. Secara tidak langsung tubuh akan lebih sihat dan cantik. Hati juga pasti lebih bahagia.
10. MAKAN BUAH SETIAP HARI
Buah-buahan mengandungi serat yang tinggi untuk melancarkan sistem pencernaan. Jika tidak, perut akan kelihatan kembung dan buncit.
11. MINUM BANYAK AIR
Air putih boleh membantu untuk memberi rasa kenyang serta tidak mengandungi kalori. Selain itu, air turut membantu melancarkan fungsi metabolisme tubuh.
12. HINDARI ALKOHOL
Minuman beralkohol sememangnya tidak mengandungi lemak. Namun begitu, kandungan kalorinya adalah tinggi. Minuman beralkohol boleh meningkatkan penghasilan kortisol yang menyebabkan perubahan bentuk perut di bahagian bawah menjadi lebih besar dan buncit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alicia Schmidt yang pernah digelar atlet terseksi di dunia akhirnya berjaya menembusi ke persaingan semifinal Kejohanan Eropah 2022 di Muchen, Jerman kelmarin. Menyarung nombor badan 400, kejayaan dikecapinya itu merupakan salah satu momen paling istimewa dalam kariernya. Ini dikongsi sendiri oleh Alicia menerusi hantaran di Instagramnya yang dilihat mempunyai 3.2 juta pegikut.
“Tembusi pusingan separuh akhir, itulah matlamat saya. Dan hari ini saya dapat beraksi sekali lagi di hadapan semua penonton tuan rumah. Hari ini benar-benar salah satu momen paling spesial untuk saya,” tulis Schmidt.
Alica yang berumur 23 tahun ternyata bangga dapat mewakili Jerman dalam acara larian 400 meter (m) selepas gagal memberikan aksi terbaik di Kejohanan Dunia di Eugene, Oregon baru-baru ini.
Bagi yang tidak mengenali Alicia Schmidt, ini adalah antara beberapa fakta menarik tentang atlet jelita ini.
Pada tahun 2017, Alica Schmidt pernah diberi gelaran sebagai gelaran atlet paling seksi di dunia oleh majalah Australia Busted Coverage.
Berasal dari Jerman dan lahir di Berlin pada tahun 1998, Alicia mula mendapat perhatian selepas terlibat dalam acara larian gantian di Tokyo 2020 dalam pertandingan lari 4 x 400 meter dan campuran 4 x 400 meter.
Alica Schmidt mengemari sukan larian sejak usia kecil lagi. Keupayaannya menarik perhatian Thomas Kremer, pelatih sprint profesional yang menyuruh ibu bapanya mendaftarkan Alica dalam kejohanan larian. Pada usia 7, Alicia sudah mula menyertai pelbagai pertandingan larian.
Alica Schmidt pernah ditawarkan untuk menghiasi sampul depan majalah Playboy, namun dia menolak kerana fokusnya adalah dalam bidang sukan dan larian.
Dek kejelitaan dan keanggunannya, Alicia pernah tampil berjalan sebagai model di pertunjukan fesyen HUGO BOSS di Milan Fashion Week Spring/Summer 2022.
6. Sudah berpunya. Alicia dikhabarkan sudah mempunyai teman lelaki yang bernama Fredi Richter.
Nama pelakon Angeline Tan Yoke Yeah atau Lucy cukup dikenali pada era 90-an dulu melalui wataknya dalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. Meskipun sudah hampir tiga dekad drama tersebut berlalu, nama ‘Lucy’ tetap melekat sehingga dia lebih dikenali dengan nama tersebut berbanding nama sebenarnya.
Seorang yang fasih berbahasa kebangsaan, kecantikan Angeline Tan pada usia pertengahan 50-an seolah-olah tidak terusik. Wanita ini mula berlakon pada tahun 1986 dalam sebuah drama bersiri Cina ‘Empat Sekawan’ disamping Datuk Lai Meng serta kerap menghiasi drama-drama tempatan di saluran RTM dan TV3.
Angeline Tan pernah dicalonkan sebanyak empat kali untuk kategori Artis Komedi Wanita Popular ABPBH pada tahun 90-an.
Dalam perkembangan semasa, beliau masih aktif berlakon dan sering muncul dalam drama-drama Cina membawa peranan ibu atau nenek, sesuai usianya.
Angeline Tan bersama sahabat-sahabat pelakon Pi Mai Pi Mai Tang Tu
Kekal cantik dan awet muda, tengoklah sendiri koleksi foto terkini Angeline Tan seperti yang dikumpul daripada akaun media sosialnya. Masih jelita!
Sumber: Instagram @angelinetanyy
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anda yakin mandi saja sudah cukup sebagai cara menjaga kebersihan badan? Tahukah anda, bakteria akan kembali ‘hinggap’ di badan 30 minit selepas itu. Sebab itulah, mandi saja tidak memadai kerana ada lagi cara lain bagi mencegah bakteri serta kuman bersarang di badan. Berikut adalah 5 cara mudah untuk menjaga kebersihan badan agar kekal bersih dan segar sepanjang hari.
MINUM AIR KOSONG SECUKUPNYA Badan yang merasa letih atau lesu akan mudah kekurangan cecair di dalam badan. Salah satu cara menjaga kesihatan badan agar terhindar daripada masalah ini ialah dengan pengambilan air putih kosong secukupnya pada setiap hari. Usahakan di sela-sela masa antara aktiviti harian anda dengan pengambilan air kosong secukupnya. Maka, badan akan terhidrasi dengan baik dan sentiasa terasa segar meskipun beraktiviti seharian.
GUNAKAN PELEMBAPCara ini dapat membantu menjaga kesihatan badan secara luaran. Ini kerana bukan hanya bahagian dalam badan saja yang perlu diberi perhatian bahkan bahagian luaran juga sangat penting. Perlu diingat bahawa kulit yang kurang lembab lebih mudah diserang jangkitan kulit. Selain itu, kulit kering juga boleh menjejaskan penampilan. Oleh itu, menggunakan pelembab kulit sangat penting supaya kulit tidak kering seterusnya terhindar daripada berbagai masalah disebabkan oleh kulit kering.
MAKAN IKUT WAKTUApa pun jenis makanan yang kita ambil pastinya akan mempengaruhi kesihatan. Namun, yang tak kurang pentingnya ialah makan mengikut waktu yang tepat dan teratur. Selain memberikan zat makanan pada badan, usahakan untuk tidak makan sebelum waktunya. Makanlah ketika badan mulai terasa lapar. Meskipun sedang melakukan banyak aktiviti, jangan abaikan waktu makan. Berusahalah untuk mendisiplinkan diri untuk mengikut waktu makan secara teratur.
JANGAN MANDI TERLALU LAMATahukah anda bahawa mandi terlalu lama boleh menghilangkan kelembaban semula jadi kulit? Inilah salah satu alasan mengapa kulit menjadi terasa kering. Agar kelembaban kulit terjaga dan kelihatan sihat, mandilah dengan waktu yang lebih singkat. Menjaga kesihatan badan dapat membantu menjaga kelembaban semula jadi kulit. Anda juga akan kelihatan segar sepanjang hari.
KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULASSeperti yang dijelaskan tadi, bakteria akan kembali hinggap ke badan 30 minit selepas mandi. Apabila ini berlaku, akan memudahkan terkena masalah bau badan yang pastinya mengganggu penampilan diri. Oleh itu, satu lagi cara yang disarankan ialah dengan menggunakan rangkaian produk KIEHL’S FAVORITE BODY FORMULAS. Pastinya badan anda bersih dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Grapefruit Body Cleanser berfungsi sebagai mandian berbuih yang membantu membersihkan kotoran tanpa mengeringkan kelembapan kulit.
Kiehl’s melancarkan Refill-A-Bottle kalis air yang boleh diguna semula dan dihasilkan darpada 100% aluminium. Diilhamkan daripada rekaan bungkusan apothecary, ianya membolehkan anda mengisi semula botol berulang kali. Tujuannya adalah untuk membantu mengurangkan penggunaan plastik single use. Produk ini dibungkus dalam 100% paper carton kitar semula dengan pam tambahan bagi kegunaan kecemasan.
Cara menjaga kesihatan badan tidak sekadar hanya dengan mandi setiap hari. Badan akan tetap dihinggapi bakteria meskipun rajin mandi. Maka, pentingnya untuk mengamalkan 5 cara berikut agar badan kekal bersih, segar dan paling penting sihat. Selain itu, akan bebas masalah bau badan meskipun aktif sepanjang hari.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!