Makin Cun Dah Anak 3, Wajah Menawan LEUNIEY NATASHA Suri Hati Khairul Fahmi Che Mat!

Sejak perhubungan cintanya bersama bekas penjaga gol kebangsaan dihidu ramai pihak sehinggalah perkahwinan mereka kini meniti usia 9 tahun dan dikurniakan 3 orang anak, kejelitaan Leuniey Natasha masih dikagumi. Raut wajah cantiknya ditambah pula dengan penampilan sopan Leuniey sejak berhijab menyerlahkan lagi keayuan suri hati Khairul Fahmi Che Mat.

Terpikat dengan kemulusan kulit wajah wanita yang meniti usia 30 tahun ini, lantas persoalan mengenai rahsia cantiknya diajukan. Dengan nada merendah diri, dia membuka rahsia. “Dari segi kesihatan dan kecantikan memang penting bagi Leuniey sejak zaman remaja lagi sebab galakan dari ibu Leuniey sendiri. Tak dinafikan memang Leuniey cukup menjaga diet, takutlah bila makin berumur ni kita senang naik berat badan sebab itu Leuniey ambil berat pasal diet seimbang.

Malah Leuniey suka minum wellness shot buatan sendiri iaitu campuran air kunyit, lemon dan juga halia untuk immune booster. Soal penjagaan wajah juga sangat penting bagi Leuniey. Pendek kata memang sangguplah berhabis untuk skin care. Bagi Leuniey kalau kita kedekut dengan diri kita sendiri macam mana nak cantikkan?”

Mengikuti perkembangan Leuniey, ibu muda ini gemar berkongsi tip dan pengalaman dengan followers. Bukan sahaja mengenai perniagaan bahkan tidak lokek berkongsi amalan kecantikan dan tutorial mekap.

Kecantikan pemilik nama Nur Eilunie Natasha ini sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Dia tidak sekadar dilahirkan sebagai seorang wanita yang cantik malah sangat menjaga kurniaan tersebut. Seperti kebanyakan wanita yang sinonim dengan kecantikan, Leuniey juga tidak terkecuali. Selain melakukan rutin penjagaan wajah secara konsisten, dia juga mementingkan kecantikan dalaman dengan melakukan aktiviti senaman sekerap mungkin. Iyalah, hendak nampak sentiasa cantik kena rajin!

Tahun ini merupakan tahun keempat Leuniey menetap di Melaka memandangkan suami masih bermain untuk pasukan Melaka United. Enggan duduk diam di rumah, Leuniey memanfaatkan masa yang ada dengan minatnya dalam bidang kecantikan dan berniaga. Difahamkan sepanjang berada di Melaka, Leuniey pernah mengambil tempahan sebagai make-up artist

untuk majlis bertunang, kahwin dan sebagainya.

Dalam kesibukan menguruskan keluarga sekalipun, Leuniey masih aktif mengembangkan empayar niaga. Jika dahulu fokusnya lebih kepada produk kosmetik, tetapi kini Leuniey ligat mengusahakan produk kesihatan, LadyVie yang dilancarkan sekitar bulan Mac tahun lalu. “Idea untuk buat jamu moden LadyVie ni sebenarnya dah lama. Dari selepas melahirkan anak nombor dua lagi tapi Leuniey masih ragu-ragu untuk keluarkan. Sampailah bersalin anak nombor tiga. Ikutkan Leuniey sendiri pun memang ada amalkan jamu-jamu tradisional dan moden yang dibuat sendiri kat rumah.

Bila kita dah kahwin dan juga ada anak-anak, memang jamu adalah salah satu supplement yang penting bagi mengekalkan energy dan kesihatan dalaman Leuniey. Leuniey yakin jamu moden LadyVie ni memang boleh bantu ramai wanita-wanita kat luar sana sebab itulah Leuniey mengambil keputusan untuk keluarkan LadyVie selepas melakukan R&D lebih kurang 4 bulan.”

Tambahnya lagi, “Tapi buat masa sekarang, Leuniey slow sekejap bisnes.. more to family business yang memang dari dulu lagi kami sekeluarga manage iaitu bisnes event hall dan bridal. Alhamdulillah, sekarang kami dah ada 4 event hall.

Bila dah berpindah ni susah nak commit business.

Leuniey terpaksa slow within bulan Disember sampai Februari ni sebab kami pindah dan PKP pun kan. Agak mencabar juga. InshaAllah habis PKP 2.0 ni kita ‘meroket’ balik.”

Mengimbas kembali momen ijab kabul mereka pada 28 Disember 2012, Leuniey ketika itu baru mencecah usia 21 tahun. Selain berjaya menambat hati Apex yang sedang berada di puncak kerjaya, kecantikan Leuniey turut menarik perhatian ramai. Bahkan sehingga ke hari ini kejelitaan milik Leuniey masih kekal menawan.

Hasil perkongsian hidup, pasangan romantis ini dikurniakan tiga cahaya mata comel iaitu Kayla Elayna yang kini berusia 7 tahun, Khaleel Emir, 6 tahun dan Ebrahim Fayaaz bakal berumur 3 tahun.

 

 

Kredit foto: Instagram Leuniey Natasha

IKLAN
Share