Fasa kedewasaan banyak mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Pada usia lewat 20-an, Daiyan Trisha antara selebriti cantik yang tidak terkecuali… diuji putus cinta. Lebih mengesankan, pandemik COVID-19 memburukkan keadaan seolah mencurahkan minyak ke dalam api.

Berusia 29 tahun, gadis asal Bangi bergelar pelakon, penyanyi dan model itu melahirkan rasa kecewanya sebaik putus cinta melalui single terbaharu, Penat.

IKLAN

Di sebalik wajah yang mempesona, tersimpan bakat menulis dan menggubah lagu yang cukup hebat dalam diri Daiyan Trisha. Orangnya kreatif, juga ekspresif dalam satu masa!

Lagu Penat dicipta sepenuhnya oleh Daiyan, menceritakan tentang kisah putus cinta yang dilalui. Bagi pendengar, memang terasa ‘kepenatan’ yang amat dalam kerana Daiyan berjaya membuai emosi dari susunan lirik Penat yang indah.

Tak percaya? Jom dengar sendiri lagu baru Daiyan Trisha ni…

 

Penat memberi makna cukup mendalam buat Daiyan Trisha kerana ia turut membawa emosi jujur yang dirasai ketika menulis lagu yang mengambil masa satu jam untuk dihasilkan itu.

“Apabila kita dihadapkan dengan emosi yang terlampau dalam dan berat, kita hanya mampu bersendiri dan menangis sambil berbisik, aku penat.

Bukan sahaja dalam soal putus cinta, tetapi juga merangkumi kepenatan kita terhadap perkara-perkara lain dalam kehidupan sehingga kita rasa begitu beremosi.

Saya percaya ramai orang merasakan perkara sama dan hubungkan dengan apa yang mereka lalui.” Daiyan Trisha

 

MIMPI

Sebagai anak kepada novelis terkenal, Samsiah Mohd Noh, tidak hairanlah jika Daiyan mewarisi bakat menulis ibunya melalui penulisan lirik.

Selain menterjemahkan rasa Penat dengan baik, penampilan Daiyan dalam koleksi terbaharu Alia B Raya 2022 Collection – ‘Dreams’ juga membuat ramai terpegun.

Sama seperti Daiyan, pereka fesyen Alia Bastamam turut menzahirkan emosi yang sama dalam karya fesyen ini sepanjang ‘terkurung’ hidup dengan pandemik.

“Dalam 2 tahun pandemik, saya perlu mencari ketenangan dalam diri saya, dan ia dizahirkan semasa mencipta koleksi ini.

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!
Alia Bastamam

 

Saya menemui sesuatu untuk menggambarkan harapan dan impian dengan indah, sesuatu untuk dikongsi dengan gadis-gadis ALIA B.

IKLAN

Jadi saya menamakan koleksi ini sebagai ‘Dreams’…” Alia Bastamam

‘Dreams’ atau mimpi terdiri daripada 18 looks raya yang dipersembahkan baru-baru ini. Selebriti Daiyan Trisha dan adik Neelofa iaitu Ameera Khan telah dipilih menjadi wajah eksklusif pilihan Alia Bastamam.

Seperti terapung-apung di awan, gaya Daiyan Trisha menyerlahkan mimpi yang bisa menjadi kenyataan. Cantiknya!

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!

 

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!

 

IKLAN

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!

 

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!

 

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!

 

Makin Ekspresif, Terpegun Tengok Daiyan Trisha ‘Pukau’ Peminat Dalam Mimpi!

 

Alia Bastamam juga turut melancarkan koleksi Alia Bastamam Eid 2022 yang lebih mewah dan elegan sempena musim perayaan tahun ini.

Jom tonton video eksklusif ketika Nona berkunjung ke butik Alia semalam…

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI