Marsha yang berketurunan Kadazan-Dusun ini tidak lokek untuk berkongsi rutin penjagaan wajah yang diamalkan setiap hari. Ditanya mengenai rahsia kecantikan, pemilik nama Marsha Milan Londoh ini, mengakui jarang mengalami masalah kulit breakout.
“Saya jarang mengalami kulit break out. Sejak berusia 30-an, kulit saya menjadi kering. Mungkin sebab itu jerawat susah nak tumbuh.
“Tapi bila kulit wajah menjadi kering, saya perlukan produk-produk yang boleh membantu melembapkan kulit,” kata wanita yang lahir pada 6 Disember 1985 di Michigan, Amerika Syarikat.
Selebriti Dan Kecantikan Berpisah Tiada
Tidak sah gaya hidup seorang selebriti tanpa mementingkan penjagaan kecantikan dari segi luaran dan dalaman. Masrha juga amat mementingkan penjagaan wajah kerana baginya selain suara, wajah juga merupakan ‘sumber rezeki’ buat dirinya dalam industri hiburan.
“Menjadi rutin, saya akan melakukan rawatan wajah atau facial setiap bulan atau dua kali sebulan bagi memastikan kulit wajah sentiasa terpelihara.
Selain itu, saya juga amat mementingkan ilmu mengenai jenis kulit agar tidak salah memilih produk yang bersesuaian dengan wajah”, ujar Marsha yang prihatin soal penjagaan wajah.
Ads
Ini Cara Marsha Pelihara Kecantikan Miliknya!
Selain itu, jika berada di luar rumah, Marsha akan pastikan pemakaian pelindung tabir suria untuk melindungi kulit daripada pancaran sinar matahari selain memastikan pengambilan suplemen tambahan untuk kesihatan tubuh.
Tambah Marsha lagi, selain penjagaan kesihatan wajah, dia juga amat menitikberatkan soal pemakanan seharian. Antara rutin yang menjadi sebahagian dari gaya hidup Marsha adalah meminum 1 liter air putih setiap hari dan mengelakkan pengambilan air manis.
“Marsha sememangnya suka makan sayur. Jadi, Marsha akan pastikan menu sayur wajib ada dalam diet seharian. Selain itu, Marsha akan mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.”
Ads
Selain Kecantikan, Kesihatan Juga PENTING
Pelantun vokal Kembali Terang ini berkata untuk kekal fit dan bertenaga, dia akan pastikan mendapat waktu tidur yang cukup dan berkualiti serta meluangkan masa melakukan senaman. Antara senaman yang menjadi pilihan Marsha termasuklah yoga.
“Saya memilih senaman yoga kerana tertarik dengan pergerakannya yang lembut tetapi penuhimpak. Selalunya, saya akan pastikan melakukan yoga dua kali seminggu di rumah selama satu jam”, ujar Marsha yang tidak menafikan turut mengalami masalah berat badan apatah lagi di rumah keluarga besarnya sering menyediakan pelbagai menu yang enak.
Tetapi Marsha bersyukur dia dapat mengawal selera dan masalah berat badan dan menganggap ia sebagai sebahagian fasa kehidupan yang dilalui dengan senang hati.
Ads
Wanita Kadazan -Dusun ini rupanya ada 10 formula kekal cantik dan cergas. Ini kami kongsikan rahsia kejelitaannya:
1) Senaman Yoga – sekerap mungkin minimum 2 kali seminggu di rumah, dalam 1 jam sekali.
2) Setiap bulan facial sekali sebulan.
3) Kurang minum manis.
4) Lebihkan pengambilan sayur-sayuran.
5) Air putih minum 1 liter setiap hari.
6) Amalkan pengambilan suplemen tambahan.
7) Kenali kulit agar tahu guna produk penjagaan yang sesuai.
8) Wajib pakai pelindung tabir suria setiap kali keluar rumah.
9) Kurang makan makanan segera banyakkan makanan sihat.
10) Tidur cukup.
Tak adalah susah sangat tip dari Marsha ini, jom kita sama-sama cantik dan fits macam beliau.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari REMAJA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Pelakon Dynas Mokhtar berkongsi berita gembira di mana dia telah selamat melahirkan cahaya mata yang keempat sekitar Mei lalu. Bagi selebriti Wan Edrinas Wan Mokhtar, 39, kehamilan kali keempat ini ternyata amat berbeza dengan kehamilan sebelum ini dan dia lebih banyak berehat dari terlibat dari sebarang aktiviti seni.
NONA berkesempatan bertemu pelakon dan pengacara ini sempena Kuala Lumpur Fashion Week baru-baru ini dan berkongsi pengalaman dirinya berpantang usai melahirkan cahaya mata keempat.
Menurut Dynas, kali ini dia memilih untuk berpantang di pusat berpantang yang mengelolakan proses berpantang secara moden sepanjang tempoh tersebut.
“Alhamdulillah, Ollis kini memasuki usia 3 bulan. To be honest, saya tak timbang berat badan kerana tidak mahu stress. Saya boleh pakai baju-baju lama, tapi bahagian perut tu, tak dapat nak diselamatkan. Maklumlah, sudah ada empat orang anak,kan,” ujar Dynas ketika ditemui baru-baru ini.
Dynas yang baharu selesai berpantang selama 100 hari memaklumkan dirinya baharu sahaja mula melakukan senaman untuk mengembalikan tahap kecergasan seperti dahulu. Kali ini, Dynas memilih untuk berpantang di pusat berpantang moden yang dikategorikan sebagai pilihan yang tepat untuk dirinya.
“Daripada dapat depression di rumah untuk kawal anak-anak, saya memilih confinement centre untuk berpantang. Saya mendapat penjagaan penuh dari pakar dengan pemakanan yang berkhasiat. Jadi, saya memilih untuk berehat dan menjalani proses berpantang pada tahap terbaik,” ujar Dynas yang memilih 28 hari berpantang secara moden di pusat tersebut.
“Tidak cukup itu, doktor pakar berpengalaman juga turut ditempatkan di premis bagi membolehkan ibu mendapat rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik. Bagi memastikan si ibu sentiasa mendapat nutrisi secukupnya, mereka turut menyediakan sajian sihat dengan pelbagai menu bersesuaian dan berkhasiat menggunakan rempah ratus yang enak dimakan,” ujar Dynas lagi.
Kini populariti perkhidmatan penjagaan selepas bersalin semakin mendapat perhatian dengan menawarkan servis premium sekaligus nilai eksklusif bagi memastikan keperluan ibu dan bayi sentiasa terjaga. Tidak hanya servis ke rumah seperti banyak dipraktikan hari ini, kini terdapat juga pusat jagaan bertaraf hotel lima bintang yang membolehkan si ibu dan bayi tinggal sepanjang tempoh berpantang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Malam berprestij yang diadakan pada 31 Mei 2025 itu berlangsung penuh meriah di Hyderabad, India.
Nama Opal Suchata Chuangsri kini meraih tumpuan dunia selepas berjaya mencipta sejarah baharu sebagai wanita Thailand pertama yang bergelar Miss World.
Dengan keanggunan, kepintaran dan dedikasi terhadap isu sosial, Opal Suchata bukan sahaja mencuri perhatian para juri dalam acara berprestij itu, bahkan turut memikat jutaan mata yang menyaksikan detik ‘pertabalannya’ sebagai ratu cantik dunia.
Di sebalik senyuman anggun Opal Suchata dan gaun berkilauan yang membaluti tubuhnya ketika dinobatkan sebagai Miss World 2025, terdapat beberapa fakta menarik mengenainya.
Opal Suchata bukan sahaja hadir sebagai simbol kecantikan, tetapi juga sebagai suara untuk perubahan.
Berikut 10 fakta menarik tentang perjalanan hidup dan pencapaian Opal Suchata Chuangsri yang berjaya meraih perhatian dunia pada acara Miss World 2025.
Wanita Thailand Pertama Bergelar Ratu Cantik Dunia
Opal menjadi wanita Thailand pertama memenangi gelaran Miss World menewaskan 107 peserta dari pelbagai negara.
Dibesarkan Dalam Keluarga Perhotelan
Dilahirkan pada 20 September 2003 di Phuket, Thailand, Opal dibesarkan dalam keluarga yang terlibat dalam industri perhotelan.
Pelajar Sains Politik Di Universiti Thammasat
Opal kini menuntut di Fakulti Sains Politik dalam jurusan Politik dan Hubungan Antarabangsa di Universiti Thammasat. Ia merupakan salah sebuah universiti terkemuka di Thailand.
Fasih Dalam Tiga Bahasa
Opal Suchata fasih dalam tiga bahasa iaitu Thailand, Inggeris dan Mandarin yang membantunya berkomunikasi dengan pelbagai khalayak antarabangsa.
Berpengalaman Dalam Pelbagai Pertandingan Ratu Cantik
Sebelum memenangi gelaran Miss World, Opal Suchata menyertai pelbagai pertandingan ratu cantik termasuk Miss Universe Thailand 2022 dan 2024 di mana dia menduduki tempat kedua dan kemudiannya dinobatkan sebagai pemenang.
Kempen ‘Opal For Her’ Fokus Kesihatan Wanita
Selepas menjalani pembedahan membuang tumor di payudaranya pada usia 16 tahun, Opal Suchata melancarkan kempen Opal For Her untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal kanser payudara di kalangan remaja dan wanita muda.
Pemenang Cabaran Multimedia Di Miss World 2025
Dalam Miss World 2025, Opal Suchata memenangi cabaran Multimedia untuk rantau Asia dan Oceania, memastikan kedudukannya dalam Top 40.
Perjalanan Menuju Gelaran Miss World
Opal Suchata turut melalui pelbagai peringkat dalam pertandingan Miss World 2025 bermula daripada Top 40, Top 20, Top 8 sehinggalah dinobatkan sebagai pemenang utama.
Menggantikan Krystyna Pyszkova Sebagai Miss World
Opal Suchata menerima mahkota Miss World daripada Krystyna Pyszkova, pemenang Miss World 2023 dari Republik Czech.
Inspirasi Generasi Muda
Dengan pencapaiannya, Opal Suchata menjadi inspirasi kepada ramai wanita muda di Thailand dan seluruh dunia. Ini menunjukkan, dengan dedikasi dan kerja keras impian boleh menjadi kenyataan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Patutlah adik-beradik selebriti popular Senrose ini cantik. Mewarisi kecantikan ibunda tersayang rupanya! Meskipun sudah meniti usia lewat 50an namun keanggunan Rosmizai Mohd Noor yang juga ratu hati adik-beradik selebriti berkenaan tetap terserlah.
Bersandarkan statusnya sebagai ibu selebriti, Rosmizai tidak terlepas daripada menjadi perhatian khalayak. Apatah lagi, tiga daripada tujuh anak kesayangan aktif dalam industri seni dan bergelar pelakon popular tanah air.
Sedar akan hakikat itu dia bagaimana pun enggan menumpang populariti anak-anak dan menjalani kehidupan tanpa limpahan dunia glamor serta enggan menumpang populariti mereka.
Rosmizai Mohd Noor Ibu Selebriti Datin Nelydia, Uqasha & Raysha
Melihat penampilan dan rupa paras Rosmizai Mohd Noor yang genap meniti usia 57 tahun pada Februari lalu, tidak hairanlah Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose turut dikurniakan raut wajah mempersona.
Walau ketiga-tiga selebriti ini jarang berkongsi kisah ratu hati kesayangan kepada umum namun pendedahan Uqasha mengenai insan hebat berkenaan yang banyak berkorban untuk keluarga dan anak-anak di media sosial miliknya kira-kira dua tahun lalu menarik tumpuan warga maya.
Dedah isteri pelakon Kamal Adli ini, “Tujuan buat video ni bukan nak menunjuk-nunjuk riak mahupun berlagak. Tapi Qasha just nak share how Qasha hargai sangat apa mama buat untuk Sha. Mama Sha single mom, struggle besarkan 7 orang anak cuba sedayanya cari rezeki untuk besarkan kami semua.
Tapi bila dia cari duit sana sini and sha pun tolong mama dan bagi semua apa yang Sha mampu sebagai anak. Tapi bila dia ada lebih je, dia balik Kelantan semata-mata nak surprisedkan Sha dengan hadiah ni.
Mengalir air mata sebab Sha tahu macam-macam cara mama cari rezeki dengan bantuan anak-anak.”
Tambahnya lagi, “Pukul 2 pagi dia kata nak balik Kelantan, pelik Sha. Rupanya dia dah tempah dan surprisedkan dekat Sha hadiah ni. Sanggup dia drive ditemankan Jazz dan Shima untuk balik surprisedkan Sha yang penat kerja tolong mama.
Thank you so much ma. I love you not because of the emas berlian. But how you always care and love me ma. Hanya ibu kita sahaja boleh terima perangai baik buruk kita. Sayang mama tiada penghujungnya.”
Tiga daripada tujuh anak Rosmizai Mohd Nor ialah Nik Zaris Uqasha Nik Sen atau dikenali sebagai Uqasha Senrose, Nik Zaris Nelydia atau Datin Nelydia Senrose dan Farza Naquraisha atau mesra dikenali sebagai Raysha Rizrose yang juga juara Dewi Remaja 2014/2015.
Rosmizai juga merupakan adik kepada pelakon Allahyarhamah Rosnah Mohd Noor. Allahyarham ialah ibu kepada aktres Octovia Manrose dan Aprena Manrose.
Miliki kulit bersih macam adik-beradik selebriti ini di sini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.