Isteri kepada vokalis band Indonesia, Pasha Ungu iaitu Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa sebagai Adel yang juga merupakan bekas pramugari Lion Airlines ini nekad mengubah penampilan dan memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga sejak berumah tangga 12 tahun yang lalu.

IKLAN

Adelia yang meniti usia 34 tahun pernah menjadi sorotan dan ‘buah mulut’ netizen dek kerana raut wajahnya yang cantik terutamanya ketika muncul dalam klip video nyanyian duet ‘Penghujung Cintaku’ sebelum mereka bernikah.

Waktu itu, Adelia belum lagi berhijab namun pesona dan rupa paras menawannya menarik perhatian ramai. Dia juga dilapor berketurunan Sunda, Belanda dan Cina.

Pesona Cinta Hati Pasha Ungu, Adelia Wilhelmina ‘Bekas Pramugari’ Keturunan Belanda-Cina! Pesona Cinta Hati Pasha Ungu, Adelia Wilhelmina ‘Bekas Pramugari’ Keturunan Belanda-Cina!

Kini selepas 12 tahun mendirikan rumah tangga dan memiliki anak, suri hati Pasha atau nama sebenarnya Sigit Purnomo Syamsuddin Said masih menawan. Malah penampilannya lebih sopan sejak memakai tudung.

Pastinya ramai yang turut terpegun dengan kecantikan asli Adelia. Mana tidaknya, walau sudah dikurniakan empat orang anak namun tetap ramping. Ditambah pula penampilan Adelia yang anggun berhijab bagai tidak puas mata memandang!

Pesona Cinta Hati Pasha Ungu, Adelia Wilhelmina ‘Bekas Pramugari’ Keturunan Belanda-Cina!

Pesona Cinta Hati Pasha Ungu, Adelia Wilhelmina ‘Bekas Pramugari’ Keturunan Belanda-Cina!

Tampil lebih matang dan sopan, ibu berusia 34 tahun ini dilaporkan membuat keputusan untuk berhijab kira-kira tujuh tahun lalu. Sejak itu, jelitawan ini dilihat selesa menyarung busana labuh dan bertudung litup setiap kali berada di khalayak.

IKLAN

Pernah berkhidmat sebagai pramugari, Adelia bagaimana pun nekad berhenti daripada kerjaya di awan biru semata-mata mahu memberi sepenuh tumpuan menguruskan keluarga dan anak-anak.

Pesona Cinta Hati Pasha Ungu, Adelia Wilhelmina ‘Bekas Pramugari’ Keturunan Belanda-Cina!

Pasangan romantis ini bernikah pada 23 Mac 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Kayla Mutiara Pasha.

IKLAN

Terdahulu Pasha pernah berkahwin dengan Okie Agustina dan mereka mempunyai tiga anak iaitu Kiesha Alvaro, Shakiena Azalea Putrina, Nasha Anaya Putri Valentina.

Adelia nyata seorang sosok ibu penyayang. Dia tidak hanya mengasuh dan menjaga semua anak-anak dengan baik bahkan akrab dengan tiga lagi anak Pasha hasil perkahwinan sebelumnya.

Pasha kini aktif menceburi bidang politik Indonesia dan turut mempengaruhi isteri tercinta untuk turut berkecimpung dalam kerjaya berkenaan.

Sumber: Instagram Adeliapasha

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI