Cuti hujung tahun bermula. Mengapa tidak habiskan sedikit masa untuk mengemas kini isi almari anda? Selain menyisihkan koleksi lama, ruang yang ada bolehlah diisi dengan baju-baju atau item fesyen dan aksesori baharu.
Kini industri fesyen bertumbuh pesat semula, selari banyaknya platform-platform online menyediakan ruang buat penggiat seni ini berkarya. Tiada sempadan gaya dulu dan sekarang, keduanya berpadu mencipta bangsa fesyen yang bebas berintegrasi dengan identiti tersendiri.
Apa yang tercantik dan harus dimiliki, semak laporan fesyen di bawah…
(1) Koleksi Tumi Fall 2022
Tumi menginovasi semula rekaan beg dari aspek teknikal dan material, demi mengurangkan jejak ekologi yang ditinggalkan oleh penggunanya. Tekad menghasilkan rekaan yang bertahan hingga ke generasi masa depan, himpunan Fall 2022 tempoh hari jelas membawa misi jenama ini dengan baik.
Antaranya koleksi ikonik 19 Degree untuk sang pengembara; Tegra-Lite untuk perjalanan jarak dekat dan singkat; Alpha Bravo yang versatil; serta Voyageur – koleksi beg kulit untuk harian.
(2) Kapsul Studio PEDRO
Musim ini PEDRO tampil dengan himpunan kapsul studio untuk wanita berkuasa dan sofistikated. Lanjutan dari pelancaran PEDRO Studio musim panas, koleksi Fall 2022 pula menyerlahkan jiwa ‘memberontak’ menerusi sepatu dan tas tangan kulit asli rona hijau militari.
The Helene Heels umpamanya adalah stiletto klasik dengan bukaan depan yang sleek, sementara The Francoise Bag mengetengahkan bentuk unik dengan perincian keemasan.
(3) Kate Spade New York The Storyteller
Kerjasama Kate Spade New York dengan Penguin Classics Threads dan Out of Print mencetuskan koleksi item fesyen berdasarkan minat membaca puisi klasik.
Himpunan The Storyteller menterjemahkan karya seni bersuasanakan townhouse di kota New York yang ikonik, lengkap kertas dinding bercorak mawar, polka-dot, tompok harimau bintang dan ruang pustaka sarat buku-buku. Semua ini dizahirkan ke dalam koleksi beg tote, beg silang, barangan kulit, case telefon dan t-shirt.
(4) Butik Pandora Sunway Carnival Mall
Label barangan kemas Pandora terus mengembangkan sayapnya di Utara melalui pembukaan butik terbaharu di Sunway Carnival Mall, Pulau Pinang. Masih mengekalkan identiti butik yang mesra dan mudah diakses, semua himpunan aksesori Pandora termasuk koleksi yang baru dilancarkan diperaga rapi dalam rak kaca.
Setiap pelanggan terawal juga berpeluang menyertai ‘Spin the Wheel’ untuk memenangi pelbagai hadiah Pandora.
(5) Sepasang Jam Tangan Longines
Raikan kehebatan cinta dengan hadiah sepasang jam tangan mewah Longines sebagai tanda cinta kekal selamanya. Gabungan gaya elegan dan prestasi teknikal menjelmakan dua koleksi jam mesti dimiliki iaitu Longines Master dan Hydroquest.
Longines Master mengetengahkan rekaan klasik yang sesuai buat pasangan elegan sementara Hydroquest buat pasangan sporty yang menggemari cabaran serupa.
(6) Longchamp The Box-Trot
Apakah definisi beg sempurna di mata gadis Perancis? Bentuk; harus chic dan berstruktur, kata mereka classic with a twist! Saiz juga cukup muat segala keperluan dan tali strap boleh laras agar kedua tangan bebas digunakan.
Inilah yang menghasilkan beg IT terbaharu, Longchamp The Box-Trot khusus buat wanita yang selalu berpergian. Beg daripada material calfskin ini dilengkapi pingat besi keemasan berbentuk kuda dan penunggangnya – simbol tenaga dan kebebasan wanita Longchamp.
(7) H&M Studio A/W22
Berkilau, terang dan optimistik. Himpunan H&M Studio memperkenalkan ‘Neo Real’ sempena musim A/W22 yang lalu. Terinspirasi daripada fesyen Space Age dan misi ke Marikh, look yang ditampilkan seperti perpaduan realiti dan fantasi.
Gandingan helaian praktikal dan glamor mencetuskan rekaan musim sejuk yang berbeza serta mencipta statement tersendiri.
*****************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
*****************
(8) Panthere De Cartier
Sentiasa beradaptasi dengan seni ketukangan barangan kemas yang berubah-ubah, Cartier terus mengekalkan The Panthere yang menjadi signature kreatif mereka semenjak 1914.
Motif harimau kumbang terus menjadi tunjang utama namun dalam evolusi tersendiri. Koleksi perhiasan kemas Panthere de Cartier umpamanya, membawakan lingkaran bangle dan kalung emas dengan tatahan berlian dan batu-batuan berharga.
(9) Hana Tajima For Uniqlo F/W22
Helaian Hana Tajima untuk Uniqlo F/W22 menterjemahkan rekaan fusion yang memfokuskan persalinan harian dengan praktikaliti fungsi dan gaya elegan.
Setiap rekaan seharusnya membawa kecantikan pada pemakai, sepertimana dilakukan Hana Tajima pada koleksi kali ini. Menggunakan fabrik rayon, satin dan flannel, dress ciptaan beliau adalah definisi wanita yang percaya pada diri sendiri.
(10) Kaca Mata Oversized Jimmy Choo
Panahan mentari menyilaukan penglihatan. Usah terus biarkan matamu terdedah tanpa perlindungan. Koleksi kaca mata Jimmy Choo merupakan item terhangat sempena kempen Summer 2022 lalu, namun ternyata relevan untuk fashionista Malaysia sepanjang tahun.
Dengan perincian yang bold, siluet bingkai yang seksi dan rona cermin nan glamor pasti membuat sesiapa pun menoleh berkali-kali.