Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Ads
Thylane Blondeau
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu. Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Ads
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya. Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Pada saat nilai hartanah semakin melambung tinggi, usaha kerajaan menerusi projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) seakan memberi nafas baru kepada rakyat khususnya penjawat awam. Terbaru, menerusi iklan yang terpapar secara meluas di Internet tentang PPA1M Brickfields nyata satu tawaran memiliki rumah sendiri yang cukup menarik.
Sudahlah lokasi pembinaan terletak di pusat tumpuan Kuala Lumpur malah harga yang ditawarkan juga berpatutan. Mana hendak dapat harga sebegitu lebih-lebih lagi di kawasan strategik di Brickfields.
Berikut ringkasan projek PPA1M Brickfields yang membabitkan sebanyak 913 unit yang kini sedang dalam proses pembinaan. Ia terdiri daripada 2 blok 47 tingkat pangsapuri yang terletak di Jalan Ang Seng, Brickfields dengan empat jenis keluasan iaitu 900 kaki persegi, 1, 000 kaki persegi, 1002 kaki persegi dan 1, 500 kaki persegi. Setiap unit ini juga merangkumi tiga bilik tidur dan dua bilik mandi.
PPA1M Brickfield dilengkapi dengan pelbagai fasiliti seperti tadika, dewan serbaguna, surau, kawasan permainan kanak-kanak dan sebagainya. Lebih menarik, perjalanan dari Nu Sentral serta stesen KL Sentral hanya 10 minit. Begitu juga untuk ke pusat beli-belah, Midvalley Megamall.
Tiga jenis apartment iaitu C, D dan E turut tersedia dengan 1 ruang tempat letak kereta yang masing-masing bernilai RM90, 000, RM 150, 000 dan RM228, 000. Manakala Apartment Jenis F ditawarkan pada harga RM300, 000.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahu-tahu je dah nak bersalin. Aktres cantik, Izara Aishah mengejutkan peminat apabila berkongsi gambar terkini yang jelas kelihatan baby bump. Sekaligus menggambarkan dirinya sedang sarat hamil anak kedua.
Menerusi perkongsian ketika menghadiri preview kereta mewah Rolls Royce baru-baru ini, Izara yang ditemani suami tercinta iaitu Adib Khalid tampil dengan persalinan blazer oversize rona beige dan gaun labuh coklat.
Tampil berbusana longgar dan labuh sejak beberapa tahun lepas, pastinya ramai tidak perasan perubahan diri jelitawan berkenaan.
Berkongsi kapsyen, “Here I’ll tell you. It’s due next month.” Sudah cukup membuktikan ibu berusia 33 tahun berkenaan bakal melahirkan bayi pada Oktober depan.
Mei lepas, peminat sudah mula menghidu berita kehamilan Izara bagaimana pun belum ada pengumuman rasmi daripada empunya diri.
Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin merupakan Naib Juara Dewi Remaja 2009/2010.
Dia mendirikan rumah tangga dengan anak tiri Dato’ Seri Siti Nurhaliza iaitu Adib Khalid pada 17 November 2017.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia yang kini berusia tiga tahun.
Teknologi dan rangkaian media sosial yang wujud hari ini menghidangkan 1001 kemudahan kepada pengguna siber. Tidak sekadar dijadikan medium berkomunikasi, ia juga digunakan secara meluas untuk pelbagai tujuan termasuk memasarkan perniagaan, mencari peluang pekerjaan dan tidak kurang juga sebagai saluran menyebar maklumat. Tapi ingat, perkara yang disampaikan tersebut haruslah tepat!
Mengambil kelebihan dunia siber untuk mengajak orang ramai berbuat kebaikan, coretan yang dikongsikan seorang lelaki dikenali sebagai Acaii Jawe dalam Twitter nyata menarik perhatian ramai. Perkongsiannya cukup ringkas namun besar manfaat bagi mereka yang masih belum arif tentang solat berjemaah. Apa yang pasti, keprihatinan lelaki tersebut mengenai perkara ini wajar dipuji dan seharusnya menjadi ikutan buat para pengguna media sosial yang lain.
Berikut informasi yang di’tweet’ Acaii Jawe:
Basic solat berjemaah yang ramai masih tak tahu.
“Ada solat dekat satu masjid, Imam terlupa duduk tahiyat awal. Kemudian beliau berdiri. Punyalah ramai jemaah belakangnya tegur ‘Subhanallah’. Aku yang sudah berdiri ini harap sangat janganlah Imam pergi duduk balik. Tiba-tiba Imam duduk balik terpaksa Mufarraqah.
Sebab itu ada sebut supaya yang dekat belakang Imam kena orang yang berilmu. Bila Imam batal dan keluar solat, dia orang yang boleh gantikan Imam. Boleh juga tegur kesilapan Imam. Orang yang saf-saf belakang itu kalau boleh diam je.
Ada juga pengalaman berhenti dekat satu surau, sudah rakaat ketiga tiba-tiba Imam batal ketika duduk antara dua sujud (terkentut). Tiba-tiba semua jemaah bubar dan solat semula. Sepatutnya, orang belakang Imam ambil alih jadi Imam dengan kuatkan suara. Tak perlu ke depan tak mengapa.
Pengalaman dekat masjid kampung sendiri ketika solat Asar, Imam berdiri selepas rakaat keempat. Ramai yang ikut berdiri sedangkan mereka tahu itu sudah rakaat kelima. Imam sah solat sebab dia terlupa. Tapi makmum yang ikut semua batal solat.
Ilmu yang kita semua kena belajar lebih daripada ilmu lain sepatutnya tentang solat. Kalau membaca, tengok video mungkin tak sampai setengah jam. Tapi ilmu itu kekal sampai kita mati.”
Soalan mengenai solat berjemaah
Jawapan : Makmum boleh tunggu Imam dekat tahiyat akhir dan bagi salam bersama Imam (agar dapat berjemaah) atau terus bagi salam (dikira solat sendiri).
Jawapan: Mufarraqah bererti tukar kepada niat solat bersendirian dan keluar dari solat berjemaah bersama Imam.
Moga ilmu yang dikongsikan ini membawa manfaat kepada seluruh umat Islam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.