Happy birthday, Anzalna Nasir! Tanggal 9 Januari merupakan ulang tahun kelahiran selebriti cantik, Anzalna. Tahun ini, genap 35 tahun usia jelitawan tersebut yang mula mencipta nama sebagai finalis Dewi Remaja 2009/2010.

IKLAN

Disenangi ramai kerana sarat dengan perwatakan kelakar dan humble, Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir memiliki darah keturunan Melayu, Cina daripada sebelah bapa dan Punjabi dari keluarga sebelah ibu.

Anak kedua daripada lima beradik yang kesemuanya perempuan ini turut dikenali sebagai model dan usahawan.

Lahir Dalam Keluarga Bijak & Sarat Kasih Sayang, ANZALNA NASIR Genap 35 Tahun & Kian Bahagia!
Kredit Instagram @anzalnanasir88

Isteri kepada ahli perniagaan kacak dan berjaya, Hanif Zaki ini juga pernah mendapat pendidikan di Bancroft Elementary School di Montreal, Kanada ketika mengikuti bapa tersayang yang menyambung pengajian di sana.

Anzalna kemudian bersekolah di SMK Munshi Abdullah dan SMK Khir Johari sebelum melanjutkan pelajaran di Brooks High School dan Launceston College, Tasmania, Australia.

IKLAN

Antara filem dan drama lakonan Anzalna termasuk Sepah The Movie, Kahwin 5, Love You Mr Arrogant dan Tentang Hati.

Anzalna melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Mohamad Emirhan pada 20 Mei 2021. Dalam majlis tahnik anak kedua ketika berusia tujuh hari, Anzalna berkata dia menamakan anak tersayang Mohamad Emirhan bin Mohamad Hanif yang bermaksud ‘Princely Ruler’.

IKLAN
Lahir Dalam Keluarga Bijak & Sarat Kasih Sayang, ANZALNA NASIR Genap 35 Tahun & Kian Bahagia!
Kredit Instagram @anzalnanasir88
Lahir Dalam Keluarga Bijak & Sarat Kasih Sayang, ANZALNA NASIR Genap 35 Tahun & Kian Bahagia!
Kredit Instagram @anzalnanasir88
Lahir Dalam Keluarga Bijak & Sarat Kasih Sayang, ANZALNA NASIR Genap 35 Tahun & Kian Bahagia!
Kredit Instagram @anzalnanasir88
Lahir Dalam Keluarga Bijak & Sarat Kasih Sayang, ANZALNA NASIR Genap 35 Tahun & Kian Bahagia!
Kredit Instagram @anzalnanasir88
Lahir Dalam Keluarga Bijak & Sarat Kasih Sayang, ANZALNA NASIR Genap 35 Tahun & Kian Bahagia!
Kredit Instagram @anzalnanasir88

Memang terserlah kecomelan Emirhan dalam setiap gambar dan video yang dikongsikan Anzalna. Anak seni ini mendirikan rumah tangga pada 21 Februari 2016 bersama Hanif Zaki. Hasil perkongsian hidup, mereka kini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Mohamad Eidress dan Mohamad Emirhan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI