Wajah eksotik milik pelakon Maudy Koesnaedi sering menjadi pilihan pembikin filem Indonesia untuk watak-watak filem epik Indonesia antaranya termasuklah Soekarno, Losmen Bu Broto, Ave Maryam dan sebagainya. Penampilan Maudy dalam filem-filem ini sering mencuri tumpuan Malah, Maudy pernah memenangi gelaran Pemeran Pendukung Wanita Terbaik Indonesian Movie Actors Awards pada tahun 2014 yang lalu.
Walaupun Maudy Koesnaedi atau nama penuhnya Maudy Kusnaria Koesnaedi ini menginjak usia 47 tahun, kejelitaan aktress dan model ini sememangnya tidak disangkal lagi. Wajahnya tidak banyak berubah dan masih kekal cantik dan sering menjadi perhatian untuk memegang peranan dalam industri perfileman Indonesia.
Apa rahsia kecantikan Maudy?
Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran yang panjang, bintang film Losmen Bu Broto itu mengaku belum berani melakukan perawatan yang keterlaluan untuk kulit wajahnya. Maudy lebih selesa memakai regim penjagaan wajah harian yang khusus.
“Semua perawatan wajah masih saya amalkan sebagai rutin penjagaan wajah seharian. Di usia sekarang saya perlu lebih memberi perhatian terhadap penjagaan wajah. Namun begitu, saya tidak berani untuk melakukan perawatan wajah secara berlebihan. Saya banyak mendapatkan nasihat dari pakar dermatologi mengenai produk yang sesuai digunakan,” ujar Maudy.
Jadual harian yang sibuk dengan jadual penggambaran tidak pernah menjadi alasan untuk isteri kepada Frederik Johannes Meijer tidak mengambil berat soal kesihatan dan gaya hidup yang sihat. Sudah menjadi rutin harian Maudy menjadikan aktiviti senaman sebagai rutin hariannya supaya tampil segar dan fit di usia menghampiri angka 50.
Menjengah ke laman Instagram miliknya yang memiliki 1 million pengikut, wanita cantik ini mengamalkan beberapa rutin senaman sebagai pilihan yang bersesuaian dengan fizikalnya.
Antara senaman yang menjadi pilihan Maudy termasuklah pilates, senaman menggunakan treadmill dan yoga. Kebiasaanya, setiap hari dia akan melakukan senaman tersebut untuk memastikan tubuh badan sentiasa fit dan cantik. Amat berterima kasih kepada suami tersayang, Frederik Johannes Meijer yang sentiasa menyokong kerjaya seninya, ibu kepada seorang cahayamata ini amat mementingkan masa berkualiti bersama keluarga kecilnya itu.
.Memiliki seorang anak teruna yang sedang meningkat dewasa, Maudy turut memastikan keluarga mendapat limpahan kasih sayang dari dirinya walaupun sering terikat dengan jadual penggambaran filem yang panjang. Jika tidak mempunyai aktiviti seni, Maudy dan suami gemar menghabiskan masa bercuti bersama anak kesayangan mereka, Eddy Maliq Meijer dan ketiga-tiganya turut berkongsi minat yang sama.
“Kami sekeluarga gemar bersukan. Jadi ia antara momen yang kami kongsi bersama dan mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Eddy gemar bermain bola keranjang. Jadi, sekali sekala saya akan turut bermain bersamanya. Jika tidak pun, kami akan menghabiskan masa di gimnasium atau berjogging di sekitar kediaman sambil berkongsi aktiviti harian.”
Kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga Maudy dan Frederik Johannes Meijer yang telah menginjak 21 tahun sering menjadi perhatian di Indonesia apatah lagi perkahwinan mereka terhindar dari sebarang gossip. Malah keharmonian rumah tangga Maudy dan Erik yang telah dibina hampir 2 dekad ini membuktikan bahawa tidak semua rumah tangga selebriti perlu dilanda badai dan berakhir dengan perceraian.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kompak kusyen krim BB dan krim CC kini menjadi pilihan utama wanita. Kedua-duanya memberi liputan yang menyeluruh serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
Namun, ramai yang keliru untuk memilih antara bedak asas, krim BB dan krim CC, malah kini sudah ada krim DD! Keraguan muncul apabila tidak tahu mana satu yang terbaik untuk kulit.
Apabila melihat di bawah label pula, penerangan lebih banyak ditulis dalam bahasa Korea, jadi bagaimana untuk memilih? Baca huraian lengkap tentang persoalan ini.
(a) Bedak asas
Bedak asas merupakan asas kepada solekan. Ia didatangkan dalam bentuk cecair dan padat. Bedak asas memiliki tekstur yang lebih padat dan berfungsi menutupi kekurangan wajah seperti pigmentasi, jerawat dan wajah berbelang dengan baik.
Pemilihan tekstur dan warna bedak asas sangat penting kerana jika tersalah pilih kecantikan semula jadi wajah akan bertukar. Bedak asas juga mempunyai peranan untuk mengekalkan solekan sepanjang hari. Selain itu, ia berupaya melembapkan kulit.
Oleh sebab liputan bedak asas ini tinggi, selayaknya bedak asas digunakan untuk keperluan seperti acara malam atau formal.
(b) Krim BB
Blemish Balm atau krim BB ini sangat sesuai digunakan sehari-hari kerana mempunyai tekstur yang lebih ringan tetapi berfungsi umpama bedak asas. Wajah kelihatan semula jadi dan mampu menutup kekurangan kulit.
Ia berupaya berfungsi seperti primer, tabir suria, krim BB dan bedak asas. Bersifat ringan dan didatangkan dengan pek isian semula, kompak kusyen krim BB ini memberi solusi solekan berkadar segera, segar, praktikal dan cepat, malah bikin kulit tampak cantik sempurna, cerah bercahaya serta lembap sepanjang masa.
Krim BB memiliki tekstur lebih ringan daripada bedak asas namun lebih kental jika dibandingkan dengan pelembap berwarna. Formulanya mampu merawat kulit sambil memberi perlindungan daripada matahari tetapi bahan utamanya adalah antioksidan yang membantu melindungi kulit terhadap radikal bebas dan kerosakan kulit akibat pencemaran.
Krim BB juga memiliki ciri anti-peluh yang sangat baik.
(c) Krim CC
Color Correcting atau Complexion Corrector, lebih dikenali sebagai krim CC mempunyai formula yang lebih ringan dibandingkan dengan krim BB dan bedak asas. Kebanyakan krim CC memiliki tekstur krim lembut yang sangat ringan dan halus. Krim CC ini mempunyai fungsi untuk menyamarkan tona kulit wajah, melindungi kemerahan kulit dan menutup pigmentasi.
Kekurangan kulit disamarkan melalui kandungan yang terdapat dalam krim CC iaitu lycopene. Ia berfungsi untuk membantu mengurangi kemerahan kulit dan menghadirkan nutrisi vitamin C agar kulit wajah lebih sihat dan berseri.
Krim CC lebih sesuai digunakan oleh wanita matang kerana ia berupaya menutup permasalahan kulit wajah seperti tona kulit tidak sekata, garis-garis halus, kedut dan iritasi. Sifat krim CC yang kalis air dengan struktur rangkaian kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Lapisan krim CC berfungsi untuk menyamarkan tekstur kulit dan dapat menampilkan kulit yang lebih sekata malah memberikan manfaat anti-penuaan serta menjaga kelembapan kulit. Layangkan bedak tabur di atas lapisan CC krim pada wajah untuk efek yang lebih sempurna dan mampu bertahan sepanjang hari.
Keistimewaan krim CC ini tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum. Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Kalau korang beauty lover or makeup lover jom datang ramai-ramai sertai cabaran pencarian Fabulous MUA NonaxFCC nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon versatil Nad Zainal sememangnya diperakui bakat dan kemahiran beliau dalam bidang lakonan. Berikan apa jua watak dan karekter, pastinya akan dipersembahkan sehabis baik. Berikutan itu, padanlah Nad Zainal masih menjadi pilihan pengarah dan produksi walaupun pelakon baru bersilih ganti.
Melihat pada kariernya yang kian berkembang, malangnya ia tidak semanis kisah peribadinya apabila baru-baru ini Nad Zainal mengumumkan dirinya sudah bercerai dengan suaminya suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin sekitar September lalu. Nad bagaimanapun enggan mendedahkan punca sebenar rumah tangga yang dibina bersama sejak tujuh tahun lalu musnah.
Dan kini Nad Zainal mengakui sedang dalam fasa belajar untuk bertudung penuh berikutan gambarnya bertudung penuh viral sekitar minggu ini sehinggakan ada pihak yang tertanya sama ada dirinya sudah berhijab atau belum.
Menerusi temubual bersama media, Nad Zainal mengharapkan doa yang baik-baik daripada orang ramai agar dirinya terbuka hati mengekalkan penampilan tersebut. Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin berkata, soal bertudung adalah perkara serius yang bukan hanya menutup kepala atau rambut semata-mata.
“Saya ke arah itu (bertudung), tapi doakan sahaja. Saya tak boleh nak kongsikan banyak, hanya doakan saja yang terbaik”, jelasnya dalam petikan artikel menerusi Kosmo Online.
Jelas Nad lagi, beliau banyak berkongsi gambar bertudung di laman Instagramnya kerana dirinya kini sedang terlibat daam penggambaran yang wataknya memerlukan dia berhijab. Enggan berjanji dirinya akan bertudung dalam masa terdekat, Nad percaya, seorang muslim juga perlu menjaga percakapan dan tindak-tanduk selari dengan seruan agama.
Menjengah ke laman media sosialnya, ramai rakan artis dan peminat mula membanjiri ruangan komen yang mendoakan Nad kekal istiqamah dan berhijab suatu hari nanti. NONA doakan yang terbaik buat Nad Zainal.
Impian MimiFly sejak usia 20-an akhirnya jadi kenyataan apabila wajahnya terpampang di billboard ikonik Times Square, New York. Lebih daripada sekadar pencapaian peribadi, momen ini menempatkan MimiFly sebaris dengan penyanyi wanita Malaysia yang berjaya menembusi perhatian pencinta muzik global.