Menyelam, Motorsikal Kuasa Tinggi Cara FAUZIAH LATIFF Kekal Aktif! Dah Nak Masuk 50 Pun Tetap Anggun!

 

Sebagai artis wanita yang cukup  tersohor, namun Fauziah Latiff atau mesra disapa Jee masih kekal dengan sifat mesra dan merendah diri. Mungkin itulah yang membuatkan nama Jee masih meniti di bibir peminat. Ada sahaja yang merindui kemunculan dan ramai sungguh yang menyenangi sikapnya. yang tidak kenal dengan penyanyi wanita yang berperwatakan lemah lembut, anggun dan lincah di pentas ini.

Gaya elegan Fauziah Latiff sentiasa memukau tidak kira di mana saja dia berada. Keanggunan yang dimiliki oleh pelantun lagu Teratai Layu Di Tasik Madu ini amat sinonim dengan solekan apatah lagi dirinya sering ditatarias oleh jurusolek setiap kali sebelum mengadakan persembahan. Tidak hairanlah mengapa dia terpilih untuk menjadi juri finale rancangan digital realiti pertama majalah NONA, Fabulous MUA NONAXFCC yang bakal ke udara pada 13 November yang akan datang.

Walaupun kini tidak terlalu aktif dalam menghasilkan single baharu, kelibat Jee masih kelihatan di majlis dan rancangan hiburan sekaligus mengubati kerinduan peminat terhadap dirinya. Walaupun tidak aktif di rancangan televisyen, namun Jee sebenarnya sedang ligat melibatkan diri dalam bidang perniagaan yang mempunyai kaitan rapat dengan minat dirinya.

Setelah merasa dirinya cukup bersedia untuk give back to the society, Jee kini tampil menguruskan Port Seni  yang terletak di Ara Damansara. Port Seni mengetengahkan konsep pusat sehenti untuk tarian, penghasilan single dan seminar. Malah, ibu kepada dua cahayamata ini melihat studio kepunyaannya ini sebagai usahanya untuk meneruskan kesinambungan dalam bidang seni.

“Sekarang ini Port Seni aktif  menyediakan ruang untuk aktiviti kecergasan serta berzumba dan pelbagai lagu. Port Seni menyediakan kegunaan berbeza antaranya termasuklah Dia Studio, yang juga langkah pertama untuk rakaman skala kecil seperti membuat jingle.

“ Segalanya masih baharu di Port Seni. Saya masih dalam proses belajar perkara-perkara baharu. Doakan semoga semua perancangan dapat dilaksanakan dengan sokongan pelbagai pihak,” katanya.

“Setakat ini, kelas zumba sudah bermula. Saya sekarang buka peluang kepada tenaga pengajar untuk terbabit dalam program anjuran saya. Mereka yang berminat boleh menghubungi Port Seni. Saya amat menggalakkan wanita untuk kekal aktif dengan aktiviti Zumba terutamanya selepas pulang dari kerja.

“Saya tahu bukan mudah tapi Port Seni akan mencuba buat yang terbaik. Pengalaman saya dalam seni akan dimanfaatkan sebaiknya,” katanya.

Melihat penampilannya di luar yang selesa dengan gaya santai , Jee mengakui lebih selesa dengan imej tersebut apatah lagi aktivtinya juga banyak melibatkan aktiviti lasak seperti menyelam dan menunggang motorsikal berkuasa tinggi.  Imej rambut pendek yang masih kekal digayakan sehingga kini bagaikan menyuntik aura lebih maskulin tetap tetap ayu. Sesuai dengan aktiviti big bikes yang Gee ceburi, dia lebih selesa begini.

“Banyak kelebihan berambut pendek ni. Mudah digayakan dan lebih selesa tambahan pula dengan cuaca panas sekarang. Kesibukan dengan aktiviti harian juga membuatkan saya memilih untuk berambut pendek.”

Pentas nyanyian masih belum mahu ditinggalkan. Jee tetap aktif menerima undangan walaupun tanpa album baru. Malah, dia juga baru menubuhkan perniagaan studio.

“Bermula akhir tahun lalu, saya memulakan Port Seni, kolaborasi bersama seorang family friend. It’s a small place, sesuai untuk sesi latihan tarian seperti Zumba, aerobik dan kini sedang digunakan untuk sebuah program. Sambil-sambil itu saya juga sedang mencari beberapa pilihan lagu untuk direkod,” katanya.

Kesibukan menguruskan studio juga membataskan waktu untuk Jee meneruskan obsesinya dalam aktiviti permotoran. Malah, dia juga terpaksa melupakan seketika hobi menyelam. “Jika berkelapangan, saya tetap dengan dua aktiviti ini, lebih-lebih lagi diving. Pada usia begini, shopping bukan lagi keutamaan kerana I’ve been there and done that. Saya lebih banyak menghabiskan duit untuk diving. I am a water baby, sejak kecil lagi, dan lautan itu banyak memberi pengajaran kepada saya tentang kehidupan.

Apabila berada di tengah-tengah lautan, saya terasa sangat kerdil berbanding kebesaran Allah. Pernah sekali saya memerhatikan seekor anak ikan kecil yang cuba menyeberangi karang laut yang besar. Dengan rasa takut dan tidak yakin, si ikan tadi masih tidak berganjak, membuatkan saya terfikir lebih mendalam mengenai kehidupan. Mensyukuri setiap kelebihan diberikan Allah dan meneruskan perjuangan walaupun ditimpa ujian.

Begitulah saya meletakkan diri saya. Saya gembira kerana masih disayangi dan diingati peminat. Saya mencuba sebaik mungkin to give back to the society especially kepada peminat saya. I want to make them happy so that they can enjoy their life for what they have been through. Their smile is my smile. Itu yang saya ingin berikan semula kepada mereka,” akhiri Jee.

 

 

IKLAN
Share