Meraikan Ulang Tahun Ke-10, KLFW Kembali Merayakan Pengiat Seni Fesyen Tanah Air

Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) kembali lagi, bakal meraikan ulang tahun kesepuluh anjurannya. Bakal membuat kemunculan semula secara fizikal dengan penuh gaya tahun ini, KLFW2022 menampilkan lebih 40 koleksi pakaian sedia pakai pereka tempatan, dari 17 hingga 22 Ogos di Pavilion KL.

 

Pengasas KLFW Andrew Tan berkata edisi ke-10 KLFW kali bertujuan terus mengenal pasti penyelesaian dan menimbangkan cara untuk membantu industri fesyen Malaysia dalam menyesuaikan diri, berkembang dan meningkatkan produktiviti, inovasi serta kreativiti secara berterusan.

Beliau berkata sejak pelaksanaannya pada 2013, KLFW telah menyediakan platform untuk pereka Malaysia dan industri fesyen tempatan bersatu, meraikan dan menghormati setiap koleksi pereka fesyen tempatan.

“Apabila saya mulakan KLFW pada tahun 2013, saya tahu bahawa ia akan menampilkan risiko besar dan usaha yang gigih. Saya bangga untuk mengatakan bahawa KLFW telah mencapai semua parameter yang telah kami tetapkan untuk diri kami sendiri, dan pada 2022 ini, memasukan edisi ke-10, ia adalah penganjuran fesyen yang cukup menakjubkan,” katanya pada majlis pelancaran media acara pada Khamis.

Mr Andrew Tan, Pengasas KLFW2022

KLFW telah mengadakan pertunjukan fesyennya secara dalam talian dua tahun lepas, manakala tahun lepas, ia telah dianjurkan secara digital dan fizikal dengan kehadiran yang terhad disebabkan oleh pandemik.

Tan berkata antara pereka yang dijangka menyertai Minggu Fesyen ini terdiri dari gabungan pereka lama dan baharu, antaranya Innai Red, Farah Khan, Fiziwoo, Ezuwan Ismail, Rizman Ruzaini, Hatta Dolmat, Neonate, Behati serta senarai pereka yang sedang meningkat naik dalam negara.

Pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya juga bakal memperkenalkan produk wangian terbaru mereka Homege by Nobel.

IKLAN
Share