Gaya Hidup

“Merdu Sungguh..” Alunan Tajwid & Makhraj Dato’ Adi Putra Mengasyikkan, Persis Imam Masjidil Haram

Nama Dato’ Adi Putra pada saat ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Siapa yang tidak mengenali figura tampan dan berbakat ini, apatah lagi baru-baru ini muncul dengan membawa watak Mat Kilau menerusi filem terbaru Syamsul Yusoff. Dari peminat cilik sehinggalah yang berusia, boleh dikatakan semua sudah mengenali dirinya. Itulah aura pelakon berusia 41 tahun ini.

Foto: Instagram (@adiputra)

Dan baru-baru ini, sekali lagi nama Dato’ Adi Putra atau nama sebenarnya Mohamed Hadi Putera Bin Halim menjadi bualan ramai apabila video beliau bertaranum, membaca bacaan surah Ar Rahman menyentuh jiwa dan sanubari pendengar sehinggakan mendapat pujian dan perhatian ramai.

Satu rakaman yang tular menyaksikan pelakon itu sedang kusyuk membaca dan memperdengarkan bacaan al-Quran dimuat naik menerusi akaun Instagram Jentikhati TV.

Berdasarkan komen dari para netizen, ternyata ramai yang memuji tajwid dan makhraj yang diperdengarkan oleh Adi Putra itu. Bukan sekadar itu, ia turut mendapat perhatian dari golongan-golongan selebriti dan agamawan.

Foto: Instagram (@adiputra)

Memetik dari media Harian Metro, Penyanyi kumpulan UNIC yang juga Johan Tilawah al-Quran Peringkat Negeri Kedah 2019, Mohd Fakrul Radhi Khamarudin menyifatkan bacaan al-Quran dan tarranum pelakon itu adalah bagus dan tepat.

Malah, beliau menyatakan bacaan dan lagu yang dialunkan oleh Adi Putra adalah sama seperti Imam Masjidil Haram, Makkah, Abdul Rahman Al-Sudais.

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni pula, Adi Putra telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan sepanjang kerjayanya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita HarianAnugerah Skrin dan Anugerah Melodi TV3. Pada 23 Disember 2017, beliau dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan PahangSultan Ahmad Shah.

Apa-apa pun, NONA ucapkan tahniah dan selamat maju jaya atas segala pencapaian Dato’ Adi Putra!

*****************************************

Sifat cintakan Al Quran perlu bermula awal dari kecil. Mahukan anak-anak mencintai kitab suci itu? Eksklusif untuk followers Nona, dapatkan Karangkraf Al-Quran Amazing 6 Juzuk dengan harga promo kod NONGSP5.

Tak susah pun nak order, klik untuk beli di sini.

*****************************************

IKLAN
Share