Meriahnya Majlis Akikah PRINCESS Dato’ Jovian & Datin Nina, Macam Resepsi Perkahwinan! Cantik Sangat

Masih tak boleh move on tengok majlis akikah puteri kepada Dato’ Jovian Mandagie dan isteri, Datin Nina Sabrina Ismail Sabri yang berlangsung meriah semalam. Dari bab persalinan, dekorasi dewan dan hiasan pelamin semuanya nampak cukup sempurna. Pandai Dato’ Jovian dan Datin Nina memilih apa yang terbaik untuk cahaya mata sulung mereka ini. Thumbs up!

Diadakan di Ballroom Menara FELDA Platinum Park Kuala Lumpur, majlis akikah Jeanelle Nika Mandagie yang kini memasuki usia empat bulan diserikan dengan kehadiran ahli keluarga, sahabat handai dan rakan artis. Antara selebriti yang turut memeriahkan majlis ini termasuk Datin Paduka Umie Aida, Lisa Surihani, Yusry KRU, Mira Filzah dan Alvin Chong. Tidak ketinggalan, pemilik Shoes Shoes Shoes iaitu Ung Yiu Lin.

Selain hiasan pelamin yang berkonsepkan ala butik atelier

mencuri tumpuan para tetamu, rekaan busana yang dipakai Jeanelle Nika Mandagie juga menjadi topik hangat di kalangan tetamu termasuk netizen yang mengikuti perkembangan keluarga selebriti ini. Tampil sedondon bersama kedua-dua ibu bapanya dalam persalinan rona lilac, ramai menyifatkan gaun yang disarungkan ke tubuh comel Jeanelle Nika Mandagie seakan gaun kartun animasi Thumbelina. Mungkin kerana rekaannya yang kelihatan seperti kelopak bunga.

Apa-apa pun keindahan majlis akikah Jeanelle Nika Mandagie menerima banyak pujian. Malah, ada yang menganggap big day

puteri kesayangan Dato’ Jovian dan Datin Nina ini begitu meriah umpama sebuah majlis persandingan. Berikut momen-momen indah yang dikongsikan Dato’ Jovian di laman Instagramnya.

Sumber foto: Instagram @jovianmandagie, @princessmandagie

 

IKLAN
Share