Mesej Khas Tan Sri Dr Jemilah Mahmood Agar Lindungi Insan Tersayang Dengan Vaksinasi

Peningkatan kes positif COVID-19 ketika ini amat membimbangkan namun Penasihat kepada YAB Perdana Menteri Untuk Hal Ehwal Kesihatan Awam, Tan Sri Dr Jemilah Mahmood dalam mesej khasnya berkata ada sinar yang bakal menanti demi memutuskan rantaikan pandemik ini.

Foto: BERNAMA

Menurut wanita yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang perubatan dan terlibat secara langsung dalam kerja-kerja kemanusiaan di peringkat nasional mahu pun antarabangsa ini “Kerajaan Malaysia telah pun berjaya memperolehi vaksin.

Foto: Astro Awani

Bermula Februari 2021 kita akan menerima penghantaran vaksin secara berperingkat dan akan memulakan proses vaksinasi dibahagi ke 3 fasa,” bicara Dr Jemilah tentang vaksin COVID-19 melalui Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Foto: Astro Awani

Tambahnya lagi, “Vaksin yang dibeli adalah berkesan dan selamat. Vaksin yang diperolehi dari Pfizer & Astra Zeneca yang telah diuji kepada puluhan ribu orang sebelum diluluskan di negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah. Kerajaan akan beri vaksinansi ini secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia. Semakin ramai divaksinasi semakin sukar virus merebak,” ujar Dr Jemilah.

Tan Sri Dr Jemilah merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana dalam bidang Obstetrik dan Ginekologi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah dilantik sebagai Penasihat Khas Kesihatan Awam kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Dr Jemilah bertanggungjawab menasihati Perdana Menteri mengenai dasar dan inisiatif berkaitan Kesihatan Awam. Selaras dengan perlantikannya, Tan Sri Dr Jemilah berazam untuk bekerjasama dengan semua agensi dan kementerian termasuk sektor swasta bagi memastikan Malaysia menerajui sistem penjagaan kesihatan.

IKLAN
Share