MIA AHMAD Selamat Timang Cahaya Mata Ketiga, Tetap Cantik & Berseri-Seri

Sekejap sahaja masa berlalu, dah masuk tiga orang anak. Tahniah diucapkan kepada pelakon cantik, Mia Ahmad serta suami yang baru saja menimang cahaya mata ketiga.

Mia selamat melahirkan cahaya mata ketiganya itu yang merupakan seorang bayi perempuan pada pagi Selasa, 17 Januari 2023.

Berita gembira tersebut telah dikongsi oleh suaminya, Mohd Izham Tarmizi yang juga merupakan penjaga gol Sri Pahang FC menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi perempuan, anak ketiga kami pada jam 1.25 pagi.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya,” tulisnya.

Dalam perkongsian tersebut, Izham turut memuat naik foto pertama cahaya mata ketiganya itu.

Sementara itu, di ruangan komen para peminat serta pengikut pasangan selebriti ini mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat mereka.

Untuk info, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 13 Januari 2017. Mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Sayf Issa dan Iris.

Kredit Foto: Instagram Mia Ahmad, Mohd Izham Tarmizi

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share