
Millie Bobby Brown mencipta kemasyuran sebagai Eleven, gadis yang mempunyai kebolehan psikokinetik dalam drama hit Stranger Things. Dia hanya berumur 15 tahun tetapi impak yang diberikan sangat bersinar.
Bukan sahaja dalam bidang lakonan, malah Millie mempunya fashion sense yang cukup kuat untuk menggelarnya sebagai fesyen ikon. Tidak kiralah dari acara karpet merah mahupun acara santai, Miliie sentiasa tampil dengan imej yang cukup trendy.
Dari gaun Emporio Armani sehingga ke persalinan Gucci ke label mewah lain, Millie selalu berjaya memukau ramai, apatah lagi pilihan fesyennya masih sesuai di usia remaja. Tidak kisah dia menghadiri karpet merah atau membuat penampilan televisyen, Nona boleh katakan Millie tidak ‘nampak’ tua dari usia sebenar.
Jom lihat antara yang menjadi pilihan Nona!
1. Bak puteri kayangan.
2. Gucci from head to toe!
3. Millie tak boleh lari dari imej Eleven. By the way, dress ini dari Louis Vuitton!
4. Dalam persalinan Kenzo.
5. I like your sunglasses, Millie!
6. Leather dress dari Calvin Klein.
7. Fashion forward!
8. One of the best!
9. Pretty in Pink!
10. Rasanya boots dari Stuart Weitzman ini mesti kegemaran Millie, acapkali dilihat memakainya.
11. Classy & Ladylike!
Permintaan Fesyen Merudum, Nik Amanina Liyana Ikhtiar Jual Mask Supaya Bisnes Bergerak

Jarum jam berputar, namun putarannya terasa lambat dan sia-sia sejak sekatan pergerakan terus-menerus dikuatkuasakan. Industri fesyen antara yang paling teruk terjejas apabila majoriti pelanggan mula bekerja dari rumah.
“Membeli pakaian baru kini bukan lagi prioriti. Apabila semua sektor membudayakan amalan bekerja dari rumah, banyak kedai terpaksa gulung tikar atau ditutup buat sementara waktu.”
Sayu hati mendengar. Bagi saya, luahan pereka fesyen muda berbakat besar, Nik Amanina Liyana, 31 tahun ini seperti membayangkan situasi getir yang mereka lalui.
Berasal dari Shah Alam, Nik Amanina pernah bergelar pereka fesyen di sebuah jenama fesyen tempatan terkenal selama enam tahun. Sentuhan kreativiti dan fashion direction wanita ini jelas mendapat perhatian apabila kini dia melebarkan sayap ke Ariani Ready-To-Wear.
“Saya sangat bersyukur sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengetuai pasukan rekaan di sini. Minat dalam dunia fesyen yang dipupuk sejak kecil membuahkan hasil.” Nik Amanina
Suka membaca majalah dan membuat buku skrap, hobi Nik Amanina terhadap fesyen sejak zaman kanak-kanaknya kini menjadi kenyataan.
“Ingat lagi masa umur 10 tahun, saya tulis cita-cita nak jadi pereka fesyen. Lepas sekolah menengah, saya terus melanjutkan pengajian di Limkokwing University of Creative Technology dalam bidang ni.
Saya mempunyai kelulusan Diploma in Fashion & Retail Design serta ijazah dalam jurusan Fashion & Retailing. Semasa cuti semester, saya suka cari duit dengan mengambil tempahan baju-baju pengantin. Seronok bila berniaga ni.”
DIHEMPAS BADAI
Tahun 2020, bermulanya seluruh dunia dilanda wabak COVID-19 yang dahsyat. Sektor kesihatan merosot, diekori pelbagai sektor ekonomi lain termasuk pelancongan dan fesyen.
“Betul. Kami terpaksa agresif mencari strategi baru, merangka pelan bisnes dan menjadi lebih kreatif daripada dulu. Sesi ‘brainstorm’ juga kerap diadakan bagi mencari idea yang relevan untuk diteroka supaya bisnes terus bergerak.
Umpamanya kalau sebelum pandemik kami tak pernah terfikir untuk menjual ‘medical mask’, tapi kini kami pula bakal melancarkan mask terbaharu tak lama lagi.”
Mengakui dapat kembali membaca buku-buku seperti buku motivasi apabila ada masa terluang, Nik Amanina tidak menolak bahawa bekerja dari rumah bukanlah cara terbaik bagi seorang pereka seperti dirinya.
“Memandangkan dalam bidang fesyen kita banyak berurusan dengan produk fizikal, actual samples dan segala macam proses melibatkan kain, baju, jahitan, swatches dan sebagainya jadi bagi saya, ia agak sukar dilakukan dari rumah.
Sebagai pereka, saya perlu melihat sendiri, memakai, memegang, merasai sendiri sampel yang dihasilkan sebelum proses production dan lain-lain.
Tapi saya akur patuhi sop dan kini bekerja dari rumah, through Google Meet email dan Whatsapp. Sebagai seorang yang bergantung penuh dengan kalendar, ini sangat-sangat mencabar bagi saya kerana banyak yang tergendala dan tak mengikut jadual.
Saya rasa pereka-pereka fesyen yang lain juga terkesan dengan penutupan premis. We can’t fully work from home, its not ideal for designers. Plus, designers need to go out, explore, travel to get inspiration.”
BUSANA SOPAN
Menjadikan couturier Rusia, Ulyana Sergeenko sebagai idola fesyen, Nik Amanina cukup mengagumi stail wanita tersebut yang feminin with a bit of edge.
“Saya rasa dia dekat di hati saya. Seorang yang sangat cantik, pandai bergaya, berwibawa dan mempunyai kelas tersendiri. I’d like to be like her someday.” Nik Amanina
Wanita jelita ini bertuah kerana minat dan kerjaya sebagai pereka fesyen sekarang mendapat sokongan baik daripada keluarga.
“13 tahun lepas sewaktu saya ambil keputusan untuk belajar fesyen, industri fesyen Muslimah atau modest wear ini masih belum betul-betul bertapak di Malaysia. Hana Tajima antara ikon hijab ternama pada masa tu.”
Menyemat cita-cita mahu menjadi seorang usahawan fesyen suatu hari nanti, Nik Amanina berharap agar dia mampu mempunyai jenama sendiri menggunakan material yang ethical dan sustainable pada masa akan datang.
“Nasihat saya bagi mereka yang ingin menceburi bidang fesyen, pertama sekali timba dulu pengalaman dengan syarikat fesyen. You will learn so much more, faster! Kita akan tahu selok-belok ‘how people run business’, belajar tentang pasaran dan permintaan.
Kemudian jangan kejar glamor atau populariti kerana jujur, ia jauh meleset dari sangkaan anda. Banyak kerja yang mesti dibuat dan kebanyakannya tidak glamor pun.
Dan akhir sekali, carilah ilmu-ilmu penting seperti pemasaran, retail, fotografi, perniagaan, content creating, Photoshop, ilustrasi dan menjahit sebagai kemahiran untuk melangkah lebih jauh!” Nik Amanina
Fashionista, Jangan Sarung Sebarangan SELUAR DENIM! Anda Wajib Tahu Potongan Sesuai Dengan Bentuk Tubuh

Denim adalah gaya paling unggul dan mudah untuk digayakan ke mana saja. Setiap wanita pastinya mempunyai sehelai atau lebih seluar denim di dalam almari tidak kiralah dari gaya skinny hingga ke gaya high waist. Namun, tahukah anda jeans apa yang paling sesuai untuk bentuk badan anda? Nona kongsikan tip dan potongan denim yang paling sempurna buat anda.
- STRAIGHT LEG
Denim jenis Straight Leg cukup sesuai digayakan untuk wanita yang mempunyai kaki agak pendek. Ia juga sesuai dipakai pada waktu siang dan malam kerana memberi ilusi yang membuatkan kaki anda tampak kurus dan panjang. Gayakan bersama kasut bertumit tinggi untuk tampil lebih menawan.
- BOOT CUT
Denim jenis Boot cut boleh digayakan untuk semua jenis bentuk badan. Selain memberi ilusi langsing buat si pemakai, seluar denim jenis ini mampu memberikan penampilan anda tampak lebih tinggi. Tidak rugi sekiranya mempunyai koleksi denim Boot Cut lebih daripada satu.
- SKINNY
Denim jenis ini menyerlahkan bentuk kaki dan sesuai digayakan dengan kasut tumit tinggi mahupun flats. Sesuai dengan namanya, denim Skinny amat tepat buat wanita yang mempunyai kaki dan peha yang langsing.
- ANKLE LENGTH
Denim Ankle length pula sepadan untuk mereka yang bertubuh boyish atau petite. Denim jenis ini bakal memberikan ilusi seimbang buat bentuk tubuh anda. Selain itu, dengan potongan denim ini, ia akan menyerlahkan kasut yang anda sarungkan.
- TROUSERS CUT
Untuk wanita yang mempunyai bentuk peha yang besar, denim jenis Trousers Cut paling sempurna untuk digayakan. Denim jenis ini akan memberikan ilusi peha yang lebih kecil dan seimbang.
- HIGH WAIST
High-waist sesuai untuk mereka yang mempunyai potongan badan yang lurus dan kurang menarik. Denim ini akan menjadikan bentuk anda tampak menarik dan lebih sofisikated. Ia juga sesuai digayakan ke mana sahaja.
5 POTONGAN DENIM Yang Sesuai Untuk Wanita Tubuh Berisi

Denim sering kali menjadi pilihan ketika anda ingin tampil dengan gaya kasual. Denim umumnya bertekstur tebal daripada bahan dasar denim yang permukaannya ketat. Dek kerana itulah ramai wanita dengan tubuh berisi berasa kurang yakin saat mengenakan denim. Alasannya adalah kerana takut lekuk bahagian kakinya terlihat besar. Namun dengan berkembangnya dunia fesyen, ‘ketakutan’ itu boleh disingkirkan jauh-jauh. Berikut jenis-jenis denim yang boleh digayakan oleh wanita dengan tubuh yang berisi.
OVERSIZED JEANS
Tidak ada salahnya mengenakan denim yang besar (oversized). Fesyen denim jenis ini sudah ada sejak 90-an lagi. Dahulu, semua orang lebih banyak memiliki oversized jeans kerana modelnya yang ringkas. Kini trend itu kembali booming. Pilih oversized jeans ini, agar lekukan tubuh tidak ketara terlihat. Selain itu, pastinya anda akan merasa lebih selesa mengenakannya.
MOM JEANS
Denim jenis mom jeans adalah denim yang memiliki sisi baggy (longgar) pada bahagian pinggangnya. Mom jeans yang sesuai untuk wanita bertubuh berisi ini sekilas hampir sama dengan model high waist jeans. Namun dari segi potongan, wanita yang bertubuh berisi akan lebih sesuai mengenakan jenis mom jeans kerana potongannya yang lebih baggy jika dibandingkan dengan high waist jeans. Selain itu ciri daripada mom jeans ialah modelnya yang lebih vintaj.
BLACK DENIM
Warna denim akan mempengaruhi bentuk kaki anda. Maka warna denim yang sesuai buat wanita dengan tubuh berisi tentunya hitam. Warna hitam mampu memberikan ilusi langsing pada tubuh si pemakai. Warna gelap akan memberikan kesan bentuk kaki yang kelihatan lebih kecil. Warna hitam juga akan memudahkan anda untuk memadu padankan denim dengan apa jua jenis baju. Ini kerana warna hitam pada dasarnya adalah warna yang natural.
STRAIGHT CUT JEANS
Denim dengan potongan straight cut jeans sangat sesuai untuk wanita dengan tubuh berisi. Sesuai dengan namanya, denim jenis ini memiliki potongan lurus dan rata. Sebab itulah denim ini sangat sesuai untuk mereka yang berisi. Denim dengan potongan yang lurus mampu melindungi bentuk kaki yang besar dan lekukan pada kaki pun tidak begitu jelas kelihatan. Cara untuk tetap terlihat stylish ketika mengenakannya ialah dengan memadankan denim ini dengan crop blazer ataupun layer shirt.
MID-RISE JEANS
Salah satu kesalahan ketika mengenakan denim ialah dengan memperlihatkan bahagian pinggang. Maka sebab itulah denim yang tidak terlalu high waist namun tidak low-rise amat sesuai untuk anda. Potongan denim yang paling tepat ialah jenis mid-rise jeans. Denim jenis ini memang diperuntukkan buat wanita berpinggang besar. Ini kerana denim jenis ini ‘dicipta’ dengan potongan bahagian punggung yang lebih lebar bagi menghadirkan keselesaan.