Buletin

Minat Dunia Sains Merudum, 3 SAINTIS WANITA Beri Inspirasi Kepada Generasi Akan Datang!

IKLAN

Tiga orang saintis wanita di Malaysia telah terpilih memenangi anugerah L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship yang menjadi rebutan ramai bagi kajian yang mengatasi cabaran global dan mempunyai potensi untuk menyelamatkan jutaan nyawa.

Antara penerimanya adalah Dr. Ho Weang Kee dari University of Nottingham Malaysia. Wanita berumur 35 tahun tersebut telah meraih anugerah tersebut atas usahanya dalam memperkembangkan sebuah model jangkaan risiko bagi kanser payudara, yang menggunakan DNA dan maklumat tentang gaya hidup untuk memastikan golongan yang mempunyai risiko kanser tersebut bagi pengesanan yang lebih awal.

Seorang lagi pemenang, Dr Jasy Liew Suet Yan dari Universiti Sains Malaysia, diiktiraf atas usahanya membina sebuah sistem yang mengesan tanda-tanda depresi dengan menganalisis corak-corak emosi di media sosial. Wanita berumur 32 tahun tersebut berharap agar teknologi yang peka dengan emosi ini dapat menggalakkan diagnosis dan rawatan awal.

IKLAN

Bekerja dalam pengurusan sumber mapan, Dr Teh Su Yean meraih anugerah tersebut dengan gabungan sains, kejuruteraan, teknologi, dan matematik untuk melindungi sumber perairan pantai di Malaysia. Profesor madya berumur 36 tahun di School of Mathematical Science di Universiti Sains Malaysia sedang membina sebuah model yang dapat menyimpan air tanah, yang mungkin penting apabila kita kehabisan sumber air yang lain akibat perubahan iklim global.

Selain daripada memberi penghormatan kepada kecemerlangan saintifik, L’Oréal Foundation serta rakan-rakan kongsinya berharap untuk meningkatkan kesedaran dan minat dalam sains dalam kalangan rakyat Malaysia. Ini selari dengan visi negara untuk menjadi ekonomi pengetahuan menjelang tahun 2020.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Akademi Sains Malaysia, hanya 21% dalam kalangan mereka di sekolah menengah atasan memilih untuk mempelajari subjek sains pada tahun 2014.  Kementerian Pendidikan Tinggi turut memberi amaran tentang kekurangan graduan STEM, minat yang berkurang dalam subjek sains dalam kalangan pelajar sekolah menengah atasan, serta peningkatan jumlah pelajar yang mengambil kursus yang berkait dengan seni di institut pengajian tinggi.

IKLAN

Oleh yang demikian, Malaysia mengalami kekurangan pelajar STEM untuk menerajui ekonomi pengetahuan. Majlis Penyelidikan dan Kemajuan Sains Negara (MPKSN)  menganggarkan bahawa negara ini memerlukan 493,830 orang saintis dan jurutera menjelang tahun 2020. Namun Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendapati bahawa terdapat kekurangan sebanyak 236,000 orang pekerja teknikal.

IKLAN

Tahun ini, selain daripada menerima geran berjumlah RM30,000 untuk digunakan bagi tujuan kajian mereka, setiap pemenang juga meraih kebolehan dalam menyampaikan idea mereka. Ketiga-tiga daripada mereka telah diberikan latihan untuk menyampaikan ringkasan kajian mereka di atas pentas ketika upacara penganugerahan, dalam cara yang sama seperti program TED Talks yang terkenal di seluruh dunia.

Penyertaan dari pelbagai bidang saintifik membawa kepada jumlah 208 penyertaan tahun ini. Panel juri tahun ini diketuai oleh pakar fizik astro pertama Malaysia, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mazlan Othman, Pengarah Program, Akademi Sains Malaysia. Setiap penyertaan dipertimbangkan berdasarkan set kriteria yang komprehensif, termasuklah kepentingan projek daripada segi sumbangan nilai dan merit, keaslian dan tujuan, sumbangan kepada sains, metodologi, pencapaian akademik dan kualiti projek secara keseluruhan.

Geran kajian bernilai lebih RM900,000 telah dianugerahkan kepada 38 saintis-saintis wanita yang cemerlang, semenjak mulanya L’Oréal-UNESCO For Women in Science Fellowship pada tahun 2006.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

 

 

 

 

IKLAN