Mini Fattzura, Kecomelan Nur Fatimah Aisya Jadi Bualan Peminat Fazura & Fattah Amin

Cukup 90 hari atau 3 bulan dilahirkan, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya mendedahkan wajah bayi perempuan mereka iaitu Nur Fatimah Aisya Abdul Fattah di media sosial, awal pagi 1 Januari 2021.

Dengan ucapan ringkas, ‘Happy New Year 2021! Lots of Love… Fattah, Fazura and Fatima’ foto tersebut mencapai hampir 400,000 likes

selepas 21 jam dimuat naik di Instagram rasmi @missfazura.

Pendedahan ini turut menarik minat peminat dan warga net khususnya yang tertunggu-tunggu wajah si comel tersebut. Fatima, 3 bulan, telah dilahirkan pada tarikh 2 Oktober 2020 lepas, juga pada hari Jumaat.

Terdahulu pasangan itu memberitahu hanya akan mendedahkan wajah anak mereka apabila sampai waktunya.

Mereka turut menafikan mengikat perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak, sebaliknya keputusan ini atas kehendak sendiri.

Lebih menarik apabila melihat penampilan Fazura dalam sesi fotografi ini. Cantiknya Mommy Faz ditata rias oleh jurusolek Sahir Sabri dan dandanan oleh Ckay Liow sementara Daddy Fattah turut mendapat sentuhan Rozlan Nassir.

Selain Altelia Amani, pasangan selebriti tersebut turut dilihat menggayakan busana Innai yang indah.

Mungkinkah ‘Mini Fattzura’ ini bakal mempunyai akaun Instagram sendiri? Kalau ada, tak sabar nak follow sebab suka tengok wajah mix Fazura dan Fattah versi bayi. Comelnya Fatima! Semoga membesar sebagai anak yang taat dan solehah ya!

Sumber: Instagram Fazura (klik sini)

IKLAN
Share