
Cukup 90 hari atau 3 bulan dilahirkan, pasangan selebriti Fattah Amin dan Nur Fazura akhirnya mendedahkan wajah bayi perempuan mereka iaitu Nur Fatimah Aisya Abdul Fattah di media sosial, awal pagi 1 Januari 2021.
Dengan ucapan ringkas, ‘Happy New Year 2021! Lots of Love… Fattah, Fazura and Fatima’ foto tersebut mencapai hampir 400,000 likes selepas 21 jam dimuat naik di Instagram rasmi @missfazura.
Pendedahan ini turut menarik minat peminat dan warga net khususnya yang tertunggu-tunggu wajah si comel tersebut. Fatima, 3 bulan, telah dilahirkan pada tarikh 2 Oktober 2020 lepas, juga pada hari Jumaat.
Terdahulu pasangan itu memberitahu hanya akan mendedahkan wajah anak mereka apabila sampai waktunya.
Mereka turut menafikan mengikat perjanjian eksklusif dengan mana-mana pihak, sebaliknya keputusan ini atas kehendak sendiri.
Lebih menarik apabila melihat penampilan Fazura dalam sesi fotografi ini. Cantiknya Mommy Faz ditata rias oleh jurusolek Sahir Sabri dan dandanan oleh Ckay Liow sementara Daddy Fattah turut mendapat sentuhan Rozlan Nassir.
Selain Altelia Amani, pasangan selebriti tersebut turut dilihat menggayakan busana Innai yang indah.
Mungkinkah ‘Mini Fattzura’ ini bakal mempunyai akaun Instagram sendiri? Kalau ada, tak sabar nak follow sebab suka tengok wajah mix Fazura dan Fattah versi bayi. Comelnya Fatima! Semoga membesar sebagai anak yang taat dan solehah ya!
Sumber: Instagram Fazura (klik sini)
19 Tahun Hidup Bersama, DATO’ AARON AZIZ Kagum Peribadi Isteri Tak Pernah Tinggi Suara!

Beruntungnya Dato’ Aaron Aziz dikurniakan isteri yang bukan hanya cantik dan pandai berniaga. Malah memiliki keperibadian yang baik dan menyenangkan. Sepanjang menceburi bidang seni, jarang dengar kontroversi rumah tangga membabitkan aktor kacak ini. Alhamdulillah.
Dilabel seorang selebriti ‘family man’, kehidupan rumah tangga Dato’ Aaron dan Datin Diyana Halik sentiasa menjadi perhatian peminat. Cukup mesra dan saling melengkapi di antara satu sama lain, pasangan selebriti ini memang sepadan ibarat pinang dibelah dua.
3 Ogos lalu merupakan ulang tahun perkahwinan ke-19 buat Dato’ Aaron dan isteri tercinta. Diam tak diam hampir dua dekad pasangan ini bergelar suami isteri. Bukan satu tempoh yang singkat tu!
Menghargai pengorbanan isteri selama ini, bintang KL Gangster ini menitipkan ucapan romantis buat Datin Diyana sempena ulang tahun perkahwinan mereka. Sweet!
“TabarakAllah alhamdulillah segala puji bagimu Ya Allah. Jodohkan saya hambamu yang bernama Diyana Halik. Seorang isteri dan ibu yang sangat penyayang, lemah-lembut dan tak pernah selama 19 tahun sebagai suami isteri dia tinggi suara atau keluar kata-kata kesat.
Thank you Dar for loving me. Don’t know what I’ll be if Allah hadn’t sent you to me. Happy 19th anniversary sayang. Love you always and forever.”
Sementara itu, Datin Diyana Halik yang merupakan ibu tiga anak bukan hanya menguruskan kerjaya seni suami. Malah dia juga usahawan muslimah yang membina legasi sendiri sejak lapan tahun lalu menerusi jenama miliknya, Diyana Halik.
Menerusi perusahaan itu, Datin Diyana mengeluarkan himpunan koleksi hijab, telekung, khimar, kaftan dan busana muslimah lain. Berusia 41 tahun, rumah tangga Datin Diyana dan Dato’ Aaron lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang cahaya matai aitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Semoga rumah tangga pasangan ini terus kekal bahagia hingga ke syurga!
“Apa Guna Berhabisan Nampak Kaya Tapi Jiwa Kosong?,” LUNA MAYA Nak Hidup Sederhana!

Tenang dan selesa tengok ruang kediaman milik selebriti cantik Indonesia, Luna Maya. Disifatkan seorang yang cukup menjaga privasi, Luna akur untuk berkongsi suasana rumah agamnya buat peminat menerusi YouTube aktor popular negara seberang, Boy William.
Walau berstatus selebriti kelas A di negara kelahirannya dan mampu menghuni kediaman lebih besar namun aktres ini memilih untuk hidup bersederhana. Yang penting kata Luna, selesa!
Dalam wawancara bersama Boy William, Luna berkata dia gemar menghabiskan masa di ruang tamu rumah. Bersandarkan konsep kediaman open space, ia sekaligus membolehkan penghuninya melihat setiap ceruk rumah dengan lebih terbuka.
Lebih menarik, bersebelahan dengan ruang tamu tersebut ialah pemandangan kolam renang yang sering menjadi tempat riadah Luna ketika waktu lapang.
Ujar pemilik nama Luna Maya Sugeng ini lagi, rumah berkenaan dibeli dengan harga sekitar RM2.6 juta dan selepas selesai proses ubah suai mengikut kehendak dan cita rasanya serta harga pasaran semasa… nilai kediaman ini dipercayai mencecah sehingga RM7.5 juta.
Melewati bahagian kamar tidur pula, Luna selesa dengan dekorasi ringkas dan turut meletakkan sebuah televisyen bersama set permainan video. Tanpa berselindung, pelakon filem Suzzanna Bernapas Dalam Kubur ini mengakui dia sememangnya seorang ‘kaki video game‘.
Selain katil bersaiz queen, sofa dan televisyen, di ruang ini juga terdapat walking closet yang menempatkan pelbagai koleksi peribadi mewah milik Luna. Antaranya beg tangan, baju, kasut dan aksesori pelengkap gaya. Kebanyakan koleksi yang ada dalam simpanan Luna ialah dari jenama Hermes!
Mengamati simpanan dan koleksi mewah yang tersusun kemas, Boy William teruja untuk mengetahui nilai beg-beg tangan milik wanita berusia 38 tahun ini.
Namun Luna bijak menjawab persoalan tersebut dengan tidak mendedahkan harga sebenar beg tangan yang dimiliki. Mungkin kerana dia bimbang jawapan jujurnya akan disalah erti segelintir pihak.
Tatkala ditanya mengenai kehidupan Luna sewaktu kecil, selebriti ini lantas membuka bicara. “Saya memang mahu rumah impian yang homey dan cosy. Waktu kecil dulu saya hidup sederhana.
Tak pernah kekurangan tapi bukan lahir dari keluarga yang lavish atau silver spoon. Maksudnya kami sekeluarga juga mampu untuk keluar bercuti ke luar negara.
Memang duit itu penting tapi ia bukanlah nombor satu. Bila berlakunya pandemik (Covid-19) seperti hari ini, saya terfikir jika koleksi-koleksi mewah saya itu boleh jadi cash, memang saya mahu tukar.
It’s nice to have beg mahal-mahal tapi saya dah ada a lot! Apabila sudah berusia seperti ini, beg yang kulitnya buaya… sudah tak penting lagi. Mahu ubah pemikiran bahawa less is more dan mahu hidup seadanya. Tak beli baju baru atau sepatu baru.
Pada fasa hidup sekarang, saya mahu ‘kaya’ teman, ‘kaya’ knowledge, ‘kaya’ pengalaman dan berkat. Apa guna berhabisan untuk nampak sesuatu yang kelihatan grand dan kaya serta barang super mahal tapi kalau jiwa dan hati kita kosong?” tegasnya.
Dari apa yang diperkatakan Luna, pasti ramai memahami bahawa selebriti ini semakin rasa lebih tenang dengan kehidupan yang tidak terlalu menonjol dan mewah. Bagi Luna, dia lebih bahagia apabila dikelilingi insan tersayang, harta yang diberkati dan pengetahuan berguna.
Jika dihitung kekayaan milik Luna, sudah tentu dia mampu memiliki lebih daripada apa yang dinikmati sekarang namun wanita cantik ini memilih untuk bersederhana kerana sudah puas dengan segala yang dimiliki sebelum ini.
Kredit foto: Instagram Luna Maya
CADULA Perkenalkan Kabinet Dapur Modular Yang Bergaya, Selamat dan Mudah Dipasang

Jenama kabinet modular, Cadula telah mengeluarkan set kabinet dapur gaya shaker modular terbarunya yang direka dengan sempurna untuk ruang yang padat. Tersedia dalam tiga warna pastel yang lembut dan menenangkan, koleksi ini meraikan gabungan alam semula jadi dalam rumah bandar — menggabungkan bahan kayu bukan toksik dengan konsep modular yang membolehkan pemilik rumah memiliki fleksibiliti penuh untuk menyesuaikan ruang kediaman mereka dan menghidupkan rumah impian mereka.
Rumah yang lebih kecil menjadi kegemaran golongan milenium dan Gen Z yang memilih untuk hidup berdikari di kawasan bandar. Mereka memilih untuk berpindah ke rumah yang lebih kecil, seperti unit pangsapuri studio, untuk menjalani kehidupan tanpa sebarang gangguan serta proses penemuan diri.
Dengan peningkatan minat untuk rumah yang lebih kecil dan lebih mudah diurus, kabinet tetap tradisional (yang kebiasaannya bersaiz besar dan tidak praktikal) semakin ketinggalan zaman untuk rumah moden dengan keluasan ruang yang lebih kecil. Dengan mengambil kira perkara ini, kabinet dapur modular Cadula direka khas untuk memenuhi jangkaan pemilik rumah muda: ianya moden, bergaya, ringkas dan yang paling penting – mudah serta menjimatkan kos!
Mengulas mengenai populariti rumah bersaiz kecil yang semakin meningkat ini, Samantha Lau, Pengasas Bersama Kabinet Cadula, berkongsi, “Generasi penduduk bandar sekarang menginginkan ruang kecil yang mudah diurus dan selesa untuk didiami. Kami percaya bahawa ruang yang kecil turut berhak mendapat perhatian yang sewajarnya! Melalui barisan kabinet modular mampu milik Cadula yang semakin berkembang, kami berharap dapat memberi pemilik rumah ini pengalaman interaktif yang menyeronokkan dan kebebasan kreatif untuk menghidupkan suasana kediaman mereka dengan ruang simpanan yang bukan sahaja bergaya dan moden, tetapi juga bersifat praktikal. Kami juga ingin mengurangkan manual arahan yang rumit dan menjadikannya mudah untuk dipasang.”
Kabinet modular mula mendapat perhatian semasa ledakan perumahan pada awal 1970-an. Dengan fungsi serba boleh, kabinet modular direka khas untuk melengkapi dan mengadaptasi dengan perubahan gaya hidup di bandar. Diinspirasikan oleh konsep set blok bangunan, kabinet modular terdiri daripada unit prabuatan berasingan yang setiap satunya boleh dipasang dengan mudah, ditanggalkan dan disusun semula agar sesuai dengan kawasan yang sempit. Sifatnya yang fleksibel bukan sahaja menjadikan gaya kabinet ini sesuai untuk isi rumah yang lebih kecil, tetapi juga sesuai untuk penyewa yang mungkin perlu membawa perabot bersama-sama mereka apabila berpindah.
Selain penyelenggaraan yang rendah dan mudah dibersihkan, sistem kabinet modular yang boleh dilipat membolehkannya digunakan dalam pelbagai ruang di luar dapur. Sebagai contoh, kaunter dapur daripada set kabinet modular Cadula juga boleh ditukar kepada meja sisi katil di bilik tidur atau table top — ia sekaligus menambah nilai fungsian pada pembelian tunggal dan membawa unsur keseronokan ke dalam perancangan perabot.
Mesra alam dan serba boleh: Memperkenalkan koleksi terbaru Cadula
Koleksi baharu Cadula terdiri daripada siri gaya pintu shaker yang pastinya membawa aura tenang semasa di dapur, dengan pilihan tiga warna pastel tona sejuk: Green Moss, Pebble Grey dan Blanche White. Warna-warna neutral ini menjadikannya mudah untuk dipadankan dengan pelbagai warna dinding, menambahkan ciri serba boleh untuk idea reka bentuk dalaman.
Koleksi ini juga terdapat dalam dua pilihan reka bentuk. Yang pertama adalah konsep selesa dan kedesaan (rustic), menampilkan panel tengah rata gaya minimalis dengan bentuk segi empat sama di bahagian tepi dan pintu jenis shaker. Sementara itu, pilihan kedua ialah gabungan moden pintu shaker dan panel kaca yang lut sinar. Kedua-dua reka bentuk ini datang dengan pilihan laci yang dipasang di bahagian bawah kabinet. Semua pintu kabinet dilengkapi dengan tombol pintu logam bercirikan kedesaan yang memberikan cengkaman selesa.
Untuk mencapai kemasan sempurna bagi semua kabinet pintu shakernya, Cadula menggunakan papan kayu melamin khusus bersama-sama dengan teknologi ketepatan berpaten bagi membolehkan pembuatan yang lebih konsisten dengan menekankan kualiti kayu.
Sebagai jenama yang menekankan kehidupan yang lebih sihat, kabinet modular Cadula dihasilkan sepenuhnya daripada kayu khusus yang tidak toksik dan kandungan formaldehid yang rendah, satu bentuk alergen yang boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal dan mental seseorang dengan pendedahan dalam jangka panjang. Pemilihan kayu sebegini adalah untuk memastikan udara di rumah kekal bebas daripada toksin, sekaligus melambangkan etos jenama Cadula: mengharmonikan rumah impian dengan persekitaran mesra alam.
“Kami telah menerima beberapa pelanggan yang bertanyakan tentang penyebab alahan kepada kulit dan hidung yang mereka alami di rumah. Ramai yang menganggap perkara ini disebabkan oleh barangan perabot lama, tetapi yang sebenarnya ialah ia mungkin datang daripada kabinet komersial, yang kebanyakannya mengandungi kandungan formaldehid yang tinggi. Bagi kami, rumah sepatutnya menjadi satu ruang untuk seseorang individu berehat dengan rasa selamat, walaupun daripada segala toksin yang tidak kelihatan. Inilah sebab mengapa Cadula komited untuk memperjuangkan rumah yang lebih hijau dan sihat dengan 100% bahan kayu mesra alam,” tambah Samantha.
Untuk maklumat lanjut mengenai Cadula, sila layari: https://mkacabinet.com/cadula/