Sehari dua ni, misteri sebuah beg yang tiba-tiba digayakan oleh selebriti terkenal menarik perhatian penulis. Beg bahu berwarna coklat yang dipakai oleh Sherry Alhadad dan Kavita Sidhu itu begitu versatil, sesuai untuk outfit santai mahupun formal.

Ads

Setelah dirisik, barulah tahu ini rupanya beg rekaan terbaru pereka fesyen Alia Bastamam dengan kolaborasi Sometime by Asian Designer. Dikenali sebagai The Basta 3, beg bahu ini juga boleh dijadikan aksesori beg telefon yang sangat cool.

Misteri Basta Bag, Kenapa Sherry Alhadad & Kavita Sidhu, Pakai Beg Tangan Serupa?
Nak letak nama sendiri pun boleh!
Misteri Basta Bag, Kenapa Sherry Alhadad & Kavita Sidhu, Pakai Beg Tangan Serupa?
Beg Basta 3, Basta Pochette & Basta Heels

Beg artisan ini direka dengan penuh ketelitian dan kasih sayang. Bagi yang mengenali Alia Bastamam, beliau sememangnya cukup terkenal dengan seni sentuhan feminin dan siluet resort. Bayangkan simpulan knot strap pada tali bahu, unikkan?

Selain The Basta 3 dengan fungsi dua dalam satu, Alia turut mereka Basta Pochette dan Basta Heels untuk koleksi yang sama. Semuanya cantik-cantik!

Misteri Basta Bag, Kenapa Sherry Alhadad & Kavita Sidhu, Pakai Beg Tangan Serupa?
Alia Bastamam juga penerima Nona Fashion Designer Award di Nona Superwoman Award 2020

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALIA B. (@aliabrtw)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ALIA B. (@aliabrtw)

Sembilan warna beg ALIA B. X SOMETIME ini juga mengungkap sisi berbeza; rona pastel umpamanya sesuai untuk gadis muda sementara rona-rona bumi seperti merah bata, hijau daun, coklat dan hitam sesuai untuk wanita berkerjaya.

Ya, sebuah beg tangan boleh menceritakan karakter seseorang dengan baik. Tapi jika ramai wanita termasuk selebriti terkenal mengenakan beg tangan yang serupa, sudah tentu beg itu sendiri cukup istimewa dalam kelasnya.

Ads

Misteri Basta Bag, Kenapa Sherry Alhadad & Kavita Sidhu, Pakai Beg Tangan Serupa?

“Today’s quick OOTD before my grocery run wearing the new Basta 3 bag. Thank you it’s perfect!” – Kavita Sidhu

Misteri Basta Bag, Kenapa Sherry Alhadad & Kavita Sidhu, Pakai Beg Tangan Serupa?

Ads

“Thank you for this awesome bag and shoe!” – Sherry Alhadad

Tapi sebenarnya, kelebihan beg tangan ini dimata penulis adalah saiz yang besar dengan penutup atas berzip. Cukup praktikal sebagai beg harian yang mana pada ketika ini banyak barangan wajib seperti tablet, tisu basah dan hand sanitizer harus dibawa ke mana-mana.

Ia juga diperbuat daripada material kulit sintetik dan mikrofiber. Bermakna lebih tahan lasak sesuai dengan harganya iaitu RM229. Iyalah, berbanding pakai beg tangan pereka ribuan ringgit, rasanya beg The Basta 3 ni lebih sesuai pada waktu pandemik!

Apa pun, tepuk dada tanya selera!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI