Tanggal 16 Jun menjadi saksi MK daripada kumpulan k-Clique selamat bergelar suami kepada wanita pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin. Dengan sekali lafaz, pasangan ini sah bergelar suami isteri di Masjid Jamiul Huda, Ampang Selangor yang dihadiri keluarga terdekat kedua belah pihak.
MK atau nama penuhnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27 telah dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Kariah Masjid, Mahdi Mat Zain berwalikan bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Syeikh Nordin Syeikh Ahmad.
Ads
“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dalam tempoh yang singkat. Syukur dah jadi suami.
“Doakan kebahagiaan kami bersama,” ujarnya sejurus selepas selamat bergelar suami.
Ads
Pada majlis akad nikah, pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 bersama seutas gelang tangan manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua belah pihak. Pasangan pengantin memilih persalinan rona putih sedondon untuk meraikan majlis akad nikah yang diadakan pada pagi jumaat yang tenang.
Ads
Selain itu, pihak pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran dibalas dengan jumlah yang sama dari pihak pengantin perempuan. Pasangan ini juga bakal diraikan dalam majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor hujung minggu ini.
Berita mengenai MK bakal bergelar suami mula bertiup kencang apabila tular video dan foto dirinya menghadiri kursus perkahwinan baru-baru ini. Tetapi MK mengambil pendekatan tidak terlalu berkongsi mengenai kisah peribadinya di laman sosial dan membuatkan para peminat tertanya-tanya siapakah kekasih MK.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hari ini 10 Februari genap 12 hari usia cahaya mata Noor Neelofa Mohd Noor dan hari ini juga genap 33 tahun usia selebriti dan usahawan popular berkenaan. Baru sahaja memegang status seorang ibu, ulang tahun kelahiran Neelofa tahun ini pastinya memberi seribu satu kenangan terindah dengan kehadiran Muhammad Bilal bin Muhammad Haris.
Lebih banyak berkongsi journey dan rutin harian sebagai ibu di media sosial sejak kelahiran Muhammad Bilal, Neelofa akhirnya memuat naik foto imbasan kehamilan dan mendedahkan kelahiran anak tersayang yang dijangka pada tanggal 10 Februari ini.
Kongsi isteri kepada Muhammad Haris atau PU Riz ini, “Permata hati kurniaan Allah ini sepatutnya lahir juga pada hari yang sama dengan Ummi dia. Tapi aturan dan waktu yang Allah susun itu jauh lebih baik.
Hadiah teristimewa buatku, menjadikanku seorang ibu. Semoga Muhammad Bilal dibesarkan menjadi anak soleh, permata keluarga yang sentiasa menguatkan kasih sayang dan hubungan denagn Allah SWT. Harta dunia akhirat Abah dan Ummi.”
Dalam kenyataan media yang dikongsikan pihak Neelofa, pengasas Naelofar berkenaan selamat bersalin pada Sabtu, 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.
Sementara itu, Neelofa turut menerima ucapan romantis hari lahir daripada suami tersayang. “Terima kasih teman pak ustaz jadi spideriz. Alhamdulillah atas semuanya. Happy birthday Zaujah. Moga Allah beri kebaikan nikmat dan pahala yang banyak atas pengorbanan sebagai ibu. Selamat Hari Lahir.”
Neelofa dan Haris Ismail selamat mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai salah satu daripada lima Rukun Islam, menunaikan ibadah Haji di Mekah adalah wajib bagi umat Islam yang berkemampuan daripada segi fizikal dan kewangan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka.
Ibadah Haji adalah bertujuan untuk membersihkan jiwa dan memupuk semangat kesamaan serta perpaduan dalam kalangan umat Islam, sebagai cara untuk berserah kepada Yang Maha Esa.
Kerajaan Arab Saudi setakat ini telah menerima ketibaan seramai 1.497 juta jemaah yang telah mula berkumpul di kota suci itu sebagai persediaan untuk mengerjakan ibadah Haji musim ini yang akan bermula pada 30 Ogos 2017.
Secara keseluruhan, kira-kira dua juta jemaah daripada seluruh dunia dijangka melawat Mekah tahun ini, menjadikan perhimpunan tahunan itu sebagai yang terbesar dan bagi kebanyakan umat Islam, ini adalah ibadah kemuncak bagi pembangunan rohani mereka.
Kerajaan Arab Saudi bertanggungjawab menyelenggara ibadah Haji setiap tahun, di bawah pengawasan langsung Penjaga Dua Masjid Suci, Raja Salman bin Abdulaziz dan Putera Mahkota Mohamad bin Salman; satu usaha logistik mega yang bakal dipikul sehingga 4 September 2017.
Fakta Menarik 2017
(a) Jemaah Haji Antarabangsa Untuk Musim Haji 2017
Bilangan jemaah haji antarabangsa bertambah saban tahun, daripada hanya 24,000 jemaah pada 1941, jumlah ini meningkat kepada 1.325 juta pada 2016. Pada tahun lepas, seramai 1.86 juta Jemaah menjalankan ibadah Haji termasuk Jemaah tempatan daripada Arab Saudi sendiri.
(b) Lebih Daripada 80 Negara
Pegawai Saudi yang bertugas bersedia untuk menerima kemasukan Jemaah Haji yang besar tahun ini – para jemaah juga akan melawat kota suci Madinah. Pasukan Haji yang bertugas boleh bertutur lebih daripada satu bahasa untuk memastikan keperluan para jemaah dipenuhi.
(c) Mina, Kota Khemah Terbesar
Mina juga dikenali sebagai Kota Khemah kerana menempatkan berpuluh ribu khemah berhawa dingin sebagai penginapan sementara untuk para jemaah Haji tahun ini.
Mina terletak di antara gunung Arafat dan Masjid Besar Mekah. Khemah-khemah disusun secara sistematik mengikut barisan dan dikumpulkan di kawasan yang dilabel dengan nombor dan warna berdasarkan negara asal para jemaah.
Setiap jemaah diberikan lencana yang lengkap dengan nombor dan warna khemah mereka untuk membantu mereka mencari khemah sekiranya tersesat. Sebagai langkah untuk mencegah kebakaran, khemah-khemah dibina daripada polimer Teflon bersalut gentian kaca dan dilengkapi dengan sistem pemercik dan alat pemadam kebakaran.
(d) Lebih Daripada 17,000 Anggota Pertahanan Awam Berkhidmat Untuk Jemaah Haji
Lebih 17,000 anggota terlatih, disokong dengan 3,000 kenderaan berteknologi terkini ditempatkan untuk memastikan keselamatan jemaah berada pada tahap yang tertinggi.
(e) 300 Ambulans Darat, 30 Motosikal, 113 Pusat Ambulans & 8 Ambulans Udara
Lebih daripada 2,000 anggota pihak berkuasa Bulan Sabit Merah Saudi ditugaskan di Mekah, Madinah dan kawasan ibadah yang lain untuk menyediakan perkhidmatan ambulans kepada para jemaah ketika musim Haji tahun ini.
Mengambil keberkatan Hari Wukuf pada 9 Zulhijah 1438H bersamaan Khamis, 31 Ogos 2017 ini, Nona ingin menjemput anda dan ahli keluarga yang disayangi untuk bersama-sama menyertai dua acara mega, World #QuranHour pada jam 11.30 pagi – 1.30 petang di Masjid UIAM, Gombak dan Merdeka #QuranHour pada jam 8.30 malam – 10.30 malam di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Jumpa anda di sana, insya-Allah! KR
Rujukan: Pusat Komunikasi Antarabangsa (CIC), Kementerian Kebudayaan dan Maklumat, Kerajaan Arab Saudi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, tudung bawal Che Ta ‘laku keras’ di pasaran! Pelakon yang juga usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menjadi bualan ramai dek tudung bawal keluaran baharunya yang bertatah mutiara laris di pasaran.
Mana tidaknya, tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi tersebut bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Khabarnya dalam masa kurang dua jam, sebanyak 20,000 helai tudung bawal Che Ta telah berjaya dijual!
Tidak menyangka penerimaan pelanggan terhadap tudung tersebut meraih sambutan menggalakkan, usahawan berusia 50 tahun ini meluahkan rasa syukur.
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya.”
Bawal Che Ta yang diperbuat daripada material cotton voile terdapat dalam pelbagai variasi warna menarik. Antaranya beige, kelabu, biru dan merah jambu.
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Che Ta menjual produk keluarannya dengan harga mampu milik.
Terdahulu, isteri Zain Saidin ini memperkenal inai ‘instant’ Inai Che Ta pada September lepas yang diusahakan bersama rakannya, Anas Zahrin.
Difahamkan inai tersebut sudah terjual sebanyak 100,000 kotak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.