Amboi, tudung bawal Che Ta ‘laku keras’ di pasaran! Pelakon yang juga usahawan jelita, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta menjadi bualan ramai dek tudung bawal keluaran baharunya yang bertatah mutiara laris di pasaran.
Mana tidaknya, tudung bawal yang cukup sinonim dalam kalangan para hijabi tersebut bukan saja berkualiti. Malah dijual pada harga mampu milik iaitu RM25 sehelai.
Khabarnya dalam masa kurang dua jam, sebanyak 20,000 helai tudung bawal Che Ta telah berjaya dijual!
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Tidak menyangka penerimaan pelanggan terhadap tudung tersebut meraih sambutan menggalakkan, usahawan berusia 50 tahun ini meluahkan rasa syukur.
Ads
“Alhamdulillah, saya sendiri tidak sangka akan mendapat sokongan sebegini. Terima kasih kepada semua yang tidak jemu-jemu menyokong terutama para stokis yang sentiasa berada di belakang saya.”
Bawal Che Ta yang diperbuat daripada material cotton voile terdapat dalam pelbagai variasi warna menarik. Antaranya beige, kelabu, biru dan merah jambu.
Ads
Kredit Instagram @rozitachewan1Kredit Instagram @rozitachewan1
Ads
Kredit Instagram @rozitachewan1
Yang pasti, ini bukanlah kali pertama Che Ta menjual produk keluarannya dengan harga mampu milik.
Lama rasanya kita tidak mendengar khabar berita terkini tentang bekas model dan pengacara program hiburan Hlive selepas dirinya berumahtangga. Eleena Sui atau nama penuhnya Nor Eleena binti Hamzah dahulunya cukup terkenal dengan watak lakonannya sebagai Inara dalam Suri Hati Mr. Pilot. Dilahirkan dalam keluarga campur dimana ibunya berbangsa Cina dan bapanya yang berbangsa Melayu, ELEENA SUI sudah pun mendirikan rumahtangga bersama peguam Ahmad Faisya Mohd Bustamam pada 4 Februari 2017. Selepas berkahwin, nama Eleena Sui sudah agak jarang didengari mahupun kelihatan di kaca TV.
Terbaru, Eleena berkongsi di laman Instagramnya sebuah video memperlihatkan perjalanan serta momen bahagia dalam hidupnya termasuk detik penghijrahannya mengenakan hijab.
Menurut sumber, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini juga turut menjelaskan dirinya kini sudah berhijab sepenuhnya di samping memohon orang ramai untuk mendoakan agar dia terus kekal istiqamah dan terus patuh pada perintah agama. Eleena Sui juga baru-baru ini dilihat baru saja pulang dari menunaikan umrah pada September lalu.
“Saya berharap agar Allah SWT dapat terus memberi petunjuk dan merahmati perjalanan berhijab saya. Semoga Allah kurniakan istiqamah dan kesabaran di dalam kisah hijrah saya”.
Menurut pelakon berusia 31 tahun ini, dia kini sedang dalam fasa memperkukuh ilmu agama dan menyesuaikan diri dengan cara hidup yang lebih baik meskipun sedikit sukar. Mengintai ruangan komen hantaran-hantaran Eleena yang terbaru, dilihat ramai peminat dan rakan-rakan artis mendoakan serta memberika kata-kata semangat kepada Eleena.
NONA juga mendoakan agar segala urusan Eleena Sui dipermudahkan dan semoga kekal istiqamah.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alhamdulillah, tahniah buat Afifah Nasir dan Syed Hariz atas kelahiran cahaya mata sulung mereka baru-baru ini. Sejak hari pertama disahkan hamil, pasangan ini cukup teruja menjadi ibu bapa dan amat menanti-nantikan kelahiran permata hati kesayangan.
Atas izin Allah, Afifah atau nama penuhnya Nur Afifah Md Nasir selamat bersalin dan bergelar ibu pada tanggal 21 September 2025.
Menerusi perkongsian di media sosial, adik kepada pelakon jelita Anzalna Nasir ini memuat naik gambar pertama mereka usai kelahiran dengan Afifah kelihatan tersenyum bahagia mendukung bayi mereka di sisi suami tercinta.
Afifah turut mengumumkan nama bayi lelaki yang dipilihnya dan suami iaitu Syed Armand Mateen.
Titipnya, “Made with love, blessed by Allah. Alhamdulillah, our little miracle, Syed Armand Mateen, has finally arrived in this world.”
Bagaimana pun pasangan ini belum bersedia mendedahkan wajah bayi comel mereka kepada umum.
Khabarnya, Afifah Nasir bersalin di Pantai Hospital. Kira-kira tiga bulan sebelum bersalin, dia dan suami telah pun membuat ‘survey’ di beberapa buah hospital untuk mendapatkan kemudahan rawatan bersalin.
Akhirnya suami isteri ini sepakat memilih hospital berkenaan memandangkan ia berada berdekatan dengan kediaman mereka.
Dek kerana pertama kali melalui pengalaman hamil, Afifah dan Syed Hariz tidak sabar untuk mengetahui jantina bayi dan melakukan ujian Non-Invasive Prenatal Testing (NIPT) ketika usia kandungan baru mencecah tiga bulan!
Afifah sah bergelar isteri Syed Hariz dalam sebuah majlis indah gilang-gemilang pada 5 Mei 2024 selepas tiga bulan melangsungkan pertunangan.
Difahamkan Syed Hariz merupakan abang kepada sahabat baiknya yang dikenali sejak sedekad lalu.
Pelakon ini juga ialah anak kepada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) iaitu Profesor Dr Md Nasir Ibrahim.
Afifah Nasir, anak keempat daripada lima adik-beradik perempuan. Selain Anzalna, kakaknya iaitu Mia Nasir juga terlibat dalam dunia lakonan.
Afifah pernah membintangi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan dan juga berbakat dalam bidang nyanyian.
Dia juga merupakan salah seorang anak seni yang berpendidikan tinggi dan memiliki dua ijazah dari Segi College Kuala Lumpur dan Upper Iowa University.
Sepanjang bergelar penuntut universiti, Afifah sering memperoleh keputusan akademik membanggakan dengan meraih CGPA 4 flat!
Semoga kehadiran Syed Armand Mateen menyerikan lagi rumah tangga Afifah dan suami tercinta.
Kesihatan para ibu lepas bersalin dan bayi amat penting. Boleh dapatkan produk ini untuk keselesaan ibu dan anak.
Aura dan pesona Baginda jelas terpancar! Masih cantik dan berkaliber sama seperti dulu. Kemunculan istimewa Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin menyampaikan Berita Perdana jam 8 malam di RTM semalam amat dinanti-nantikan. Pastinya, kehadiran Baginda mengubat kerinduan rakyat dan penonton setia RTM untuk melihat kembali bekas personaliti tersohor ini di kaca televisyen.
Bersempena sambutan Hari Ulang Tahun RTM ke-75, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli menerima undangan istimewa daripada Bilik Berita RTM untuk menyampaikan berita secara langsung dalam slot Berita Perdana di Studio Wisma Berita, Angkasapuri.
Ini adalah kemunculan julung-julung kali Baginda di saluran RTM sebagai penyampai berita setelah kali terakhir ke udara lima tahun lalu pada 31 Ogos 2016. Untuk rekod, DYMM Tengku Permaisuri Norashikin pernah bertugas sebagai Penyampai Berita TV di RTM selama 2 dekad sejak tahun 1996.
Sepanjang tempoh itu, Baginda pernah diiktiraf sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa iaitu pada tahun 2001 dan 2005.
Cukup bersahaja dan tenang menyampaikan berita semalam, Tengku Permaisuri Norashikin kelihatan anggun dengan blazer merah jambu. Keanggunan Baginda amat terserlah dan membuatkan penonton tidak berganjak dari kaca televisyen.
Sementara itu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menzahirkan ucapan syabas dan tahniah di atas sambutan ulang tahun ke-75 Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 1 April 2021.
Baginda berharap agar RTM terus menjadi wadah penyebar maklumat dan informasi yang tepat dan telus kepada rakyat jelata, serta terus relevan sebagai sumber media utama yang sahih dan berkaliber.
Kredit: Portal Rasmi Selangor Royal Office
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Idy Chan kembali mencuri perhatian pada usia 66 tahun apabila penampilannya yang anggun dan awet muda tular di media sosial. Ketahui kisah pelakon ikonik Bibi Lung yang memilih kehidupan sederhana selepas bersara.