Siapa sangka warna kulitnya hitam metalik dan rambut kerinting yang dulu menyebabkan dia diejek dan dibuli tapi hari ini itulah yang menjadikan dia terkenal seluruh dunia.
IKLAN
Sejak dua minggu lalu foto remaja dari Senegal, Khoudia Diop ini viral di media sosial dan menerima banyak perkongsian di Twitter, Instagram dan Facebook.
Tidak lagi bersedih seperti dulu, Khoudia,19 tahun tersenyum di papan muka majalah-majalah popular kerana dia dipilih menjadi model dek kerana tona kulitnya yang unik itu.
“Ketika kecil saya selalu diejek kerana kulit saya tapi saya belajar untuk menyayangi diri sendiri setiap hari dan tidak memberi perhatian kepada orang yang mempunyai pemikiran negatif dan ia sangat membantu,” katanya.
IKLAN
Selain menjadi model, Khoudia juga turut menggunakan popularitinya di media sosial untuk memberi inspirasi kepada wanita lain.
IKLAN
Menceritakan kisah hidupnya, Khoudia berkata dia berpindah dari Senegal ke Perancis pada usia 15 tahun. Dia kemudian menjadi model dua tahun kemudian pada usianya 17 tahun.
“Kita perlukan kepelbagaian warna kulit dalam industri kecantikan dan saya mahu memberi inspirasi kepada wanita muda.
“Saya mahu mereka tahu bahawa mereka boleh lakukan apa yang mereka impikan dan tidak menjadikan warna kulit sebagai penghalang,” ujarnya yang kini bekerja sebagai model di New York dan Paris.
Sejak gambarnya mula viral, jumlah pengikutnya mencecah 280,000 dan kini mengunakan kemasyurannya untuk memberi inspirasi kepada orang lain untuk menyukai warna kulit sendiri dan berusaha untuk meningkatkan kepelbagaian dalam industri kecantikan.
Meraikan ‘A Decade of Style’ jenamanya, Dato’ Seri Farah Khan menyempurnakan malam di Kuala Lumpur Fashion Week 2017 menerusi persembahan fesyen yang cukup menawan dan meriah dikelilingi oleh para tetamu kehormat, pelanggan setia, editor majalah dan juga wartawan. Malam tersebut menyaksikan pereka fesyen ini menyerlahkan pelbagai jenis koleksi yang cukup menarik, namun yang paling menarik menarik perhatian di mata penulis adalah koleksi couturenya.
Terbahagi kepada dua, ia diterapkan dengan suntikan konsep yang berbeza namun masih bernafas dalam identiti labuci yang menjadi kekuatan kepada jenama ini. Koleksi couture yang pertama diberi nama ‘20th Century Masters’ yang mana sulaman labuci pada busana dicorakkan berdasar lukisan-lukisan daripada pelukis terkenal seperti Pablo Piccasso dan juga Juan Gris.
Setiap busana ini cukup berwarna warni dan ia meniupkan aura cukup ceria dan mewah. Menarik tentang Farah Khan, busananya cukup praktikal untuk dibawa ke mana sahaja kala anda bercuti atau pun ke luar negara atas dasar kerja. Nilai praktikaliti busana ini yang tidak perlu digosok cukup menjimatkan masa dan memberikan gaya mewah instant tanpa perlu memakai pelbagai jenis aksesori tambahan.
Koleksi couture yang kedua pula diberi nama ‘Victoriana’ yang mana rekaan lebih berpaksikan kepada gaun labuh potongan duyung dan kembang yang beralun bak puteri di singgahsana.
Saban tahun, jenama pengeluar pakaian dan busana wanita gempal ‘plus size’ popular di pasaran, Mis Claire tidak ketinggalan terus menyajikan koleksi raya.
Tahun ini, jenama yang sudah 11 tahun berada di pasaran itu menampilkan tema Ikatan Raya dengan menghadirkan sembilan koleksi pada harga mampu dimiliki, gaya serta pilihan warna tersendiri mengikut citarasa masing-masing.
Koleksi yang dijual ialah Petra, Minimal Embroidery, Easy Raya, Raya4All, Romance, Urban Cotton, Dainty Collection, Sahara Night dan Ikatan Raya.
Malah, pertunjukan fesyen koleksi berkenaan telah dipersembahkan 11 Mac lalu bertempat di Bayswater, KLCC.
Pengasas Mis Claire, Niko Tan Bee Ai
Menurut pengasas jenama itu, Niko atau nama penuhnya, Niko Tan Bee Ai, secara keseluruhannya daripada sembilan koleksi dipersembahkan merangkumi lebih daripada 30 pilihan baju raya.
“Rekaan pakaian yang ditawarkan oleh Mis Claire terdiri dari potongan klasik dan juga moden, memenuhi pelbagai tema sambutan raya di kalangan rakyat Malaysia dari tema Glam ke Santai. Ia termasuklah dari rekaan yang elegan hingga yang bergaya.
“Setiap pakaian diperuntukkan adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang ingin tampil cantik dan anggun pada sambutan raya. Apa yang membuatkan rekaan raya ini unik kerana ia boleh dipakai selepas musim perayaan.
Kempen koleksi raya Mis Claire
“Ia sekaligus menjadikannya satu pelaburan yang berbaloi. Kami juga ingin pelanggan yakin dengan pembelian mereka bahawa baju raya boleh dipakai bila-bila masa tanpa terhad mengikut sambutan semata-mata,” katanya
Tambah wanita kelahiran Alor Setar, Kedah berstatus ibu kepada dua cahaya mata ini, koleksi ditampilkan termasuk jenis potongan tradisional dan moden, Kurung serta jubah yang menggabungkan elemen klasik dan kontemporari.
“Matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa setiap wanita ‘plus size’ akan menemui gaya yang diidamkan untuk sambutan raya.
“Rekaan pakaian tahun ini mempunyai gabungan warna yang indah dan unik yang menjadikan setiap pakaian benar-benar istimewa. Kami telah bekerja keras untuk menyediakan pakaian yang tidak hanya cantik tetapi juga selesa dan memenuhi citarasa pelanggan kami.
“Kami berharap rekaan dijual dapat memberikan kebahagiaan dan kepuasan kepada semua pelanggan kami,” katanya.
Menyentuh mengenai tema diketengahkan, ia diilhamkan oleh pelbagai gaya fesyen yang dilihat semasa aktiviti ziarah musim raya di Malaysia.
“Fesyen selalu menjadi topik perbualan semasa perayaan dan kami percaya bahawa ia membantu mengeratkan hubungan silaturahim dan ikatan di antara keluarga dan sahabat handai,” katanya.
Koleksi raya kali ini dilancarkan secara berperingkat sejak 10 Mac lalu.
“Mis Claire meletakkan komitmen tinggi bagi memastikan wanita plus size tampil bergaya semasa sambutan Hari Raya. Oleh itu, saiz yang ditawarkan adalah dari XL hingga 7XL untuk memenuhi pelbagai jenis bentuk badan.
“Harga koleksi ini bermula dari harga mampu milik RM168 dan tidak melebihi RM299. Tak ketinggalan turut menawarkan nilai yang baik untuk bahan berkualiti tinggi dan kemahiran penjahit pakar. Untuk lebih lanjut boleh layari www.misclaire.com atau kunjungi Shopee, Lazada dan TikTok rasmi kami.
“Atau juga boleh ke stor fizikal kami di Taman Sea, Petaling Jaya, iOi City Mall, Sogo, dan Aeon Mall cawangan Shah Alam. Tahun ini juga kami merancang membuka cawangan stor di Johor Bahru,” katanya.
Cik B dan Dina Nadzir mahu golongan wanita bersaiz comel terus perkasa diri dan kekal yakin
Jenama yang berdaftar di bawah syarikat Aishop Online Solution (M) Sdn Bhd di Petaling Jaya ini mensasarkan untuk membuat jualan sekitar 40,000 helai bagi koleksi raya dipasarkan.
“Kami sasar boleh meraih RM5.5 juta secara keseluruhannya untuk koleksi dijual,” katanya.
Setiap wanita pastinya mahu lelaki kesayangan mereka sentiasa kelihatan segak dan tampan. Tak kiralah suami, abang, anak lelaki, bapa mahupun teman istimewa. Begitu juga buat kaum lelaki yang sentiasa ingin tampil maskulin dengan gaya yang kemas. Koleksi terbaru Lord’s ini boleh dijadikan pilihan kerana ia sentiasa menawarkan rekaan yang lebih segar, terkini dan mengikut trend semasa.
Buat pertama kalinya Cruise Collection yang tampil dengan rekaan santai dan bertema kaya dengan warna. Ia merupakan koleksi terbaru Lord’s yang hadir dengan nuansa lebih gaya smart kasual dengan pendekatan fesyen formal.
Koleksi ini mengambil inspirasi gaya Havana Cuba yang penuh warna dan santai. Setiap helaian dari koleksi ini dirancang dengan perincian mendalam dan mengutamakan keselesaan. Gaya potongan bagi setiap helaian dilonggarkan dan ditampilkan bersama jaket tidak berstruktur dan seluar Gurkha yang dijadikan titik fokus bagi seluruh koleksi ini.
Reka bentuk poket tentera pada setiap helaian jaket dan pelbagai potongan seluar Gurkha tentunya memberikan impak menarik terhadap koleksi ini.
Blazer tidak berstruktur merupakan helaian yang ‘wajib’ berada dalam almari pakaian anda. Ia memberi keselesaan dan kesenangan kepada mereka yang mahu menggayakan sut namun memerlukan sedikit kelebihan dan kemeriahan seperti berada di pesta perkahwinan bertemakan taman. Perincian penting yang menjadi titik fokus bagi setiap helaian koleksi ini mengketengahkan jahitan baju yang lebih longgar agar lebih santai.
Warna sejuk dan neutral juga membantu blazer tidak berstruktur ini dipadankan dengan hampir semua baju, kemeja polo atau seluar khaki. Ini merupakan fashion statement tropika yang sempurna.
Elemen pengudaraan juga dititikberatkan dalam koleksi ini. Setiap helaian yang digunakan diperbuat daripada linen Itali, khas daripada Solbiati Linen (oleh Loro Piana Fabrics) dan kapas khaki daripada Huddersfield Textiles. Selain itu sut linen, seluar chino dan jaket kapas bercetak sesuai dipadankan dengan barisan t-shirt polo premium dan helaian Havana kasual terbaru.
Koleksi lengkap dengan pelbagai warna dan gaya ini boleh didapati secara NFT dengan KL Fashion Weekend pada 25-28 November 2021 atau di butik melalui perkhidmatan Made to Measure dan Bespoke Lord’s. Ready to Wear juga akan tersedia di butik The Gardens Mall dan Parkson Elite Pavillion KL mulai Disember 2021.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...