Susulan kejayaan Nike mengeluarkan Nike Pro Hijab, Nike melangkah setapak lagi dalam memenuhi permintaan Muslimah dengan memperkenalkan koleksi renang pertama iaitu The Nike Victory Swim Collection khusus untuk wanita Muslimah yang ingin tampil menutup aurat dengan sempurna tatkala berenang.
Lebih istimewa, untuk kempen koleksi renang Nike ini, ia turut menampilkan empat model wanita Muslim dari serata dunia. Satu penghargaan buat wanita Muslim dari jenama antarabangsa yang telah lama bertapak dalam dunia sukan.
Salah seorang darinya termasuklah dari Malaysia iaitu Arinna Erin Wira. Arinna merupakan seorang graduan di Brunei University London dalam jurusan Masters of Science in Business Intelligence and Social Media.
foto : Ig Arinna Erin Wira
Ads
Selain itu, penyelam pertama Arab Saudi, Nouf Alosaimi turut terpilih menyertai kempen koleksi renang tersebut memandangkan tugas dan kerjaya sehariannya memerlukan dia sentiasa mengenakan pakaian renang. Nouf Alosaimi berkata sebahagian besar wanita enggan berenang atau menyelam kerana mereka sukar mendapatkan pakaian renang yang mesra Muslimah dan mengekalkan ciri-ciri kesopanan. “Saya percaya pakaian ini akan menjadi pilihan kebanyakan wanita yang ingin melakukan sukan air tanpa syarat kerana ia mematuhi tujuan kesopanan dengan longgar,” kata Nouf Alosaimi.
Foto: ig Nouf Alosaimi
Manakala seorang lagi atlet sukan luncur ais, Emirati Zahra Lari juga terpilih menjayakan kempen kali ini. Emirati Zahra Lari merupakan gadis berhijab pertama yang bersaing dalam acara luncur ais di Sukan Olimpik Musim Sejuk 2018 yang lalu. Zahra menjadi buah mulut dunia sukan di Negara Teluk selepas bertekad menjadi atlet pertama mengambil bahagian dalam sukan luncur ais mengenakan pakaian hijab yang menepati tuntutan negara Islam.
Ads
Penulis sendiri diberi kesempatan untuk mencuba sendiri pakaian renang mesra muslimah Nike Victory Swim ini dan amat tertarik dengan ciri-ciri yang ditampilkan melalui koleksi yang boleh didapati pada harga RM2500 untuk set penuh, manakala setiap satu dijual pada harga berasingan iaitu RM330 untuk Tunic, RM165 untuk hijab dan RM280 untuk legging. Jika dilihat dari segi inovasi, sebenarnya ia bukan sahaja sesuai untuk aktiviti di dalam air, malah kaum wanita boleh menggunakan ia untuk aktiviti sukan lain seperti yoga, zumba dan berjogging dengan koleksi Nike Victory Swimsuit yang mudah digayakan mengikut aktiviti sukan yang menjadi pilihan wanita moden masa kini.
Selain itu, penulis tertarik dengan penampilan fabrik yang digunakan kerana ia bersifat ringan, mampu ‘bernafas’ dan cepat kering. Antara aspek penting yang menjadi tarikan utama selepas puas melakukan aktiviti air. Memiliki kadar UPF40+ sekaligus melindungi pemakainya daripada sinaran matahari. Satu inovasi yang sangat menarik!
Ads
Jika dilihat, koleksi ini sememangnya patuh Syariah kerana ia menampilkan ciri-ciri sut renang penuh atau Nike Victory Full-Coverage Swimsuit serta pilihan berasingan seperti Nike Victory Swim Hijab, Nike Victory Swim Tunic Top dan Nike Victory Swim Leggings yang direka khusus untuk aktiviti berakitan sukan air. Lebih istimewa, ia membawakan inovasi dua dalam satu di mana para atlet boleh meningkatkan prestasi dalam masa yang sama mengenakan pakaian yang sopan dan selasa ketika berada di dalam air!
Nike Victory Full-Coverage Swimsuit dan Nike Victory Swim Tunic Top turut menampilkan bra sukan dalaman dengan sports bra yang mempunyai liang-liang kecil untuk tahap keselesaan yang maksima. Manakala Nike Leggings Swim Leggings pula menampilkan gaya yang sederhana tetapi selesa untuk pergerakan dan yang pasti ia tidak melekap di kulit ketika basah.
Dalam menghasilkan pakaian renang Muslimah yang patuh Syariah, The Swim Hijab ini turut mempunyai mesh pocket bersepadu yang dapat mengekalkan kedudukan rambut ketika berada di dalam air sekaligus menolak rasa kegusaran si pemakai tentang masalah rambut akan terkeluar dari tudung ketika sedang berenang. The Nike Victory Swim sudah berada di pasaran dan bagi penggemar sukan air di kalangan Muslimah, mungkin selepas tamat Tempoh Pergerakan Terhad ini boleh mendapatkannya di rangkaian Nike.com di seluruh negara!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Innalillahwainnailaihirojiun. Merafak sembah takziah buat seluruh kerabat Negeri Sembilan di atas berita sedih kemangkatan Yang Maha Mulia (YMM) Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Burhanuddin.
Almarhumah mangkat di Hospital Cardiac Vascular Sentral Kuala Lumpur pada 6.53 pagi tadi.
Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan, YMM Tunku Najihah baharu sahaja menyambut hari keputeraan ke-100 pada 1 September lalu.
Kredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjns
Almarhumah adalah Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman dari tahun 1994 hingga 1999.
Perkhabaran kemangkatan itu dimaklumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd Zafir Ibrahim menerusi satu kenyataan hari ini.
Memetik kenyataan itu, “Jenazah akan disemayamkan di Istana Besar Seri Menanti dan dimakamkan di Makam Diraja Seri Menanti pada hari ini, 8 September 2023 bersamaan dengan 22 Safar 1445H selepas waktu Asar.
Kredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjnsKredit Instagram @gdtjns
“Tempoh perkabungan bagi kemangkatan Almarhumah Yang Maha Mulia Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan adalah selama satu hari iaitu pada hari ini, Jumaat, bersamaan dengan 8 September 2023.”
Datuk Mohd Zafir memaklumkan semua bendera hendaklah dikibarkan separuh tiang di seluruh Negeri Sembilan sepanjang tempoh perkabungan yang ditetapkan.
Selain itu, semua masjid dan surau di Negeri Sembilan digalakkan mengadakan majlis tahlil dan doa.
Semoga roh Almarhumah dirahmati Allah dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Perniagaan yang baik menjanjikan masa depan yang stabil dan potensi berkembang yang besar. Di sebalik kehebatan sesuatu produk, sebenarnya ada selaut reputasi dan segunung program pemasaran yang luar biasa di belakangnya. Kembangkan sayap dan terbang tinggilah… ini masanya membina empayar bisnesmu.
Percaya bahawa pemasaran yang baik adalah ‘kunci’ kejayaan bisnes, kini Astro mengajak semua usahawan SME untuk menyertai ‘POWER UP – Exclusive Astro Studio Tour’ bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2022 ini.
Buat julung kalinya, semua usahawan SME berpeluang untuk meninjau studio-studio di All Asia Broadcast Centre (ASTRO) yang dibuka secara eksklusif kepada anda. Program selama seminggu ini bertemakan ‘POWER UP! Berdiri Di Tempat Betul Untuk Berkembang’.
PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021
Antara edisi Nona terbitan TV yang menarik di ASTRO
Selain melihat sendiri suasana di pusat penyiaran ini, pakar-pakar media juga bakal berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting. Ini termasuklah jenis pengiklanan paling efektif atau addressable di Asia Tenggara bagi melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Dengan menyasarkan profail pengguna yang tepat di kalangan pelanggan ASTRO di seluruh Malaysia, perniagaan anda pasti lebih mudah mencapai sasarannya dalam ekosistem pasaran negara.
Bukan itu saja, anda juga dapat menyaksikan rancangan siaran langsung di studio dalam sesi interaktif ini. Inilah peluangnya untuk bertemu selebriti kesayangan dan menikmati diskaun eksklusif dalam pakej-pakej pengiklanan yang ditawarkan.
DAPAT TV PINTAR & RM100,000!
Tidak pulang dengan tangan kosong, bawa pulang juga hadiah-hadiah lumayan mencecah RM1 juta untuk pemenang bertuah. Terdapat 10 set hadiah dengan tiap satunya mengandungi sebuah TV pintar Samsung 65″ AU7000 4K UHD serta hadiah RM100,000 nilai pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara hebat selama empat hari ini akan dibahagikan kepada tiga slot sehari. Usahawan SME yang berminat boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Apa tunggu lagi, tempahlah slot anda sekarang sebelum kehabisan. Setiap slot terhad kepada 40 orang, jadi secure tempat anda hari ini di quake.com.my. Lebih mudah, tekan saja link di sini.
Setuju sangat apa yang diperkatakan penceramah terkenal, Ustaz Ebit Lew tentang bulan Ramadan ini. Kadang-kala kita terlepas pandang tentang jasa orang terdekat seperti ibu dan isteri kerana sudah ‘terbiasa’ dihidangkan dengan bermacam-macam kesenangan. Walaupun tanpa rungutan dan minta dipuji, tetap melaksanakan tugas kepada keluarga dengan baik.
Sempena kedatangan bulan mulia ini, audit dan didiklah diri kita menjadi insan yang lebih baik. Timbulkan rasa simpati dan kasih sayang terhadap keluarga terutamanya isteri dan ibu yang bersusah-payah menyediakan segala keperluan. Seperti yang dipesan Ustaz Ebit Lew di Facebooknya, “Orang yang menyediakan sahur dan berbuka puasa teramatlah besar nilainya di sisi Allah. Kita dapat pahala macam orang yang berpuasa. Bergilir-gilirlah dan saling membantu dalam khidmat buat ahli keluarga dan juga orang lain.
Janganlah bulan rahmat ini kita bebankan orang yang kita sayang. Ibu atau isteri kita setiap pagi bangun terkejut dan melompat. Dah bertahun.. berlari masak atau panaskan sahur. Berasap dapur pagi-pagi. Mana nak panaskan makanan dan air. Selepas tu nak kejutkan anak. Ada yang 5 kali kena kejut. Ada yang 10 kali kejut. Kejut suami lagi 30 kali.
Masing-masing bangun muka masam. Mata belum buka. Ada yang pandai complaint makanan. Anak-anak pula ada makanan dan minuman masing-masing. Sampai migrain seorang isteri atau ibu itu. Sampai sakit. Jom kita mudahkan buat orang kita sayang kerana Allah.
Ayuhlah kita bantu isteri atau anak-anak bantulah ibu. Sekali-sekala buat giliran yang dewasa siapkan sahur dan berbuka. Atau sama-sama buat dengan kasih sayang dan cinta. Semua orang yang puasa, solat, baca al-Quran, zikir dan semua kebaikan mereka dapat pahala. Tetapi orang yang khidmat menyediakan sahur dan berbuka, paling besar pahala. Dia dapat kebaikan puasa dan semua amal ahli keluarga.
Berebut-rebutlah siapkan juadah sahur dan berbuka buat seramai mungkin kerana Allah. Bantu isteri atau ibu kita kerana Allah. Saidina Umar r.a khalifah besar angkat guni, pandai masak, hidupkan api, hidang dan gembira tengok sebuah keluarga susah makan. Abu Bakr r.a masa jadi khalifah sanggup tolong perah susu kambing dan siapkan barang keperluan seorang mak cik tua dan cucunya. Rasulullah sangat rajin di rumah. Orang rajin.. di mana-mana pun rajin. Kerana Allah. Senyum tengok ahli keluarga makan.
Jangan lupa jaga solat fardhu awal waktu berjemaah dan solat tahajud sebelum Subuh. Doa panjang-panjang sebelum buka puasa sangat makbul. Beri masa 10 minit ke 30 minit doa. Belajar berdoa dari hati.”
Mulai hari esok, pastikan kita dapat meringankan beban tugas ibu dan isteri masing-masing. Lagi cepat sesuatu kerja tu siap bila ramai yang membantu. Barulah rasa kemeriahan dan betapa berkatnya Ramadan!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.