Tahniah! 45 tahun menanti akhirnya peminat sukan badminton negara tersenyum bangga apabila gandingan mantap Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya menamatkan ‘badi’ sekaligus merangkul gelaran juara dunia. Satu pencapaian yang cukup besar buat atlet negara ini!
Dalam perlawanan yang berlangsung di Tokyo Metropolitan Gymnasium pada 28 Ogos lalu, beregu lelaki negara berkenaan menamatkan penantian gelaran sulung Malaysia di pentas Kejohanan Badminton Dunia edisi ke-27.
Aaron-Wooi Yik muncul juara selepas menewaskan lawan yang pernah mereka temui ketika perlawanan penentuan pungat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020 dari Indonesia iaitu Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-19, 21-14 dalam tempoh 40 minit.
Ads
Pasangan beregu ini yang memasuki gelanggang dengan harapan memburu kejuaraan pertama sejak digandingkan pada 2017, berjaya menunjukkan kematangan dalam corak permainan mereka biarpun pada awalnya seakan terlalu mengikut rentak lawan.
Bagaimana pun, sekalung ucapan tahniah buat Aaron dan Wooi Yik kerana melakar kemenangan straight set penuh bergaya.
Ads
Ads
Ternyata kemenangan ini cukup memberi kesan terhadap Aaron-Wooi Yik apabila kedua-duanya dilihat tidak dapat menahan emosi dan mengalirkan air mata menyandang gelaran juara sejak digandingkan bersama pada 2017.
Apatah lagi pencapaian ini cukup dinanti-nantikan oleh seluruh peminat sukan dan atlet badminton tanah air untuk menyaksikan wakil negara meraih gelaran juara dunia.
Ia merupakan penampilan keempat Aaron-Wooi Yik di kejohanan dunia dengan pencapaian terbaik sebelum ini adalah beraksi di pentas suku akhir pada edisi 2018 di Nanjing, China. Mereka juga merupakan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Malam Amal Badan Amal Kasih Sayang (BAKASA) dan Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Malaysia (BAKAT ATM) Festival Fesyen Islamik (IFF) 2022 yang diadakan di Dewan Perkasa Wisma Perwira, ATM malam tadi.
Keberangkatan tiba Baginda pada jam 8.30 malam disambut Pengerusi Jemaah Tertinggi BAKAT ATM, Tengku Puteri Seri Teja Pahang, Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah, yang juga isteri kepada Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.
Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kemudian berkenan merakam foto kenangan bersama tetamu kerabat diraja yang turut berangkat hadir antaranya termasuklah Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Antara pereka fesyen tempatan yang mengambil bahagian dalam pertunjukan fesyen Festival Fesyen Islamik (IFF) 2022 termasuklah Rizman Ruzaini, Calvin Thoo, Nurita Harith, Rozita Che Wan dan koleksi pengasas IFF, Datuk Seri Raja Rezza Shah serta pereka fesyen dari Indonesia, Jeny Tjahyawati dan Ghea Panggabean.
Baginda turut berkenan melawat beberapa gerai yang mempromosikan produk industri kecil dan sederhana hasil tangan ahli BAKAT yang kebanyakannya terdiri daripada isteri anggota dan pegawai Angkatan Tentera Malaysia.
Malam Amal BAKASA dan BAKAT IFF 2022 merupakan inisiatif Tengku Muhaini Sultan Ahmad Shah , Penasihat Diraja BAKASA. Majlis amal tersebut turut berjaya mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta untuk disumbangkan kepada dua pertubuhan kebajikan BAKASA iaitu Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Afzan dan Pusat Inovasi Tengku Ampuan Afzan, serta untuk tujuan Program Transformasi BAKAT ATM.
Majlis turut diserikan dengan persembahan khas beberapa penyanyi tersohor tanahair termasuklah Dato Sri Siti Nurhaliza.
Sumber:BERNAMA
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lama tak dengar khabar ratu terjun negara, Nur Dhabitah Sabri. Kali terakhir melihat kemunculan atlet ini ialah ketika temasya Olimpik Paris 2024. Meninjau media sosial miliknya, hantaran terbaharu Dhabitah sewaktu menyambut 1 Syawal pada 22 Mac lepas.
Menerusi perkongsian itu, dia memuat naik beberapa gambar terkini sempena Hari Raya Aidilfitri dan kelihatan ceria di sisi suami tercinta dan keluarga tersayang.
Dhabitah tampil memikat dalam Baju Kurung rona peach sedondon dengan Jiggy yang segak berbaju Melayu.
Diam tak diam, hujung April ini pasangan romantis berkenaan menyambut ulang tahun perkahwinan ketiga. Alhamdulillah, macam baru saja menyaksikan majlis pernikahan merpati dua sejoli ini.
Dhabitah Sabri dan Jiggy atau nama penuhnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri sah disatukan sebagai suami isteri pada 28 April 2023.
Mereka dilaporkan berkenalan lebih setahun sebelum memutuskan untuk mendirikan rumah tangga.
Nama Nur Dhabitah Sabri cukup sinonim dalam arena sukan akuatik dan bergelar ratu terjun negara. Sepanjang pembabitannya sebagai atlet, dia berjaya meraih 25 pingat dalam pelbagai kejohanan sukan asia dan dunia.
Atas pencapaian membanggakan dan konsisten mengharumkan nama negara di persada sukan dunia, Dhabitah berjaya mewakili negara dalam temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik sebanyak dua kali di Rio pada tahun 2016 dan Tokyo 2020.
Dalam penampilan di Olimpik Paris 2024, isteri pelakon yang juga pelawak tersebut berjaya melayakkan diri bagi acara 3 meter papan anjal individu wanita.
Ketika menyertai persiapan Kejohanan Dunia di Fukuoka, Jepun kira-kira tiga tahun lalu, Dhabitah terpaksa berjauhan daripada suami tercinta selama sebulan meskipun waktu itu mereka masih dalam tempoh berbulan madu dan baru dua bulan mendirikan rumah tangga.
Malah Dhabitah dan Jiggy juga akur menangguhkan majlis resepsi mereka demi komitmen atlet berkenaan kepada negara. Bagaimana pun, majlis persandingan pasangan romantis ini berjalan lancar yang diadakan sekitar November pada tahun yang sama.
Semoga rumah tangga Dhabitah Sabri dan suami tercinta, Jiggy sentiasa bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiada apa yang lebih membahagiakan seorang ibu apabila berpeluang menyaksikan kejayaan anakanda tersayang. Begitulah perasaan yang dinikmati penceramah motivasi terkenal, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa selepas salah seorang cahaya matanya berjaya menghafaz Al-Quran. MashaAllah, tumpang bahagia dan gembira. Pastinya tanpa sokongan dan didikan yang baik daripada ibu bapa, pencapaian membanggakan seperti itu tidak dapat digapai. Tahniah!
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sememangnya terkenal sebagai salah seorang individu berpengaruh yang sentiasa menyebarkan aura positif kepada masyarakat. Kelembutan tutur bicara beliau dalam berdakwah meninggalkan kesan mendalam kepada para pendengar. Terbaharu, ibu kepada tujuh anak ini berkongsi rasa bahagia dapat menikmati kemanisan kejayaan puteri kelimanya sempena ulang tahun kelahiran anak gadis tersebut pada awal Januari lalu.
“Umi sangat sangat bahagia melahirkan, membesarkan dan menemanimu selama ini. Hari Nor Iman Sofia menyempurnakan hafazan 30 juzuk adalah antara hari bahagia Umi. Umi masih ingat air mata anak Umi ini. Ketika Umi menasihatkan Nor Iman Sofia di tengah-tengah kegembiraan Nor Iman Sofia, bahawa ini adalah permulaan.
Langkah kita untuk menjadi generasi Al-Quran baru saja berada di gerbang permulaan. Umi akan temani Nor Iman Sofia selagi masih ada hayat dan kemampuan Umi insyaAllah untuk terus menjadi ibu, guru dan sahabat akrabmu dalam journey Al-Quran mu. Umi sentiasa melihat kelebihanmu, bakatmu mengalir dalam ketulusan senyumanmu. Nor Iman Sofia insyaAllah bakal menjadi murabbiyah Ummah. Aameen Ya Rabbala’lamin.”
Cukup tersentuh melihat kasih sayang seorang ibu terhadap anak mereka. Nona percaya, mana-mana ibu sekalipun akan rasa paling bahagia dan gembira apabila anak-anak mereka cemerlang dalam kehidupan.
Yang pasti, Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa sendiri mendedahkan kepada Nona bahawa kejayaan beliau hari ini juga adalah kerana sokongan kedua-dua ibu bapanya. Malah merekalah sumber inspirasi beliau selama ini. “Mak abah sentiasa bagi galakan. Dari kecil saya dah dibiasakan menyertai macam-macam pertandingan termasuklah pertandingan bercerita, baca berita, nasyid, syarahan Bahasa Melayu, Inggeris dan Bahasa Arab.
Memang stress masa kecil dulu sebab asyik duduk depan orang ramai. MashaAllah, rupa-rupanya itu latihan dan didikan terbaik untuk saya. Mak abah akan sentiasa bimbing saya untuk berada di hadapan khalayak. Malah mengajar doa untuk tenangkan hati dan tak putus-putus bagi nasihat serta teguran positif.”
Di samping bergelar pakar motivasi dan pendakwah, Ustazah Datuk Dr Norhafizah juga merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Penasihat Maahad Tahfiz Integrasi Madinatul Huffaz. Komitmen beliau membangunkan modal insan berkualiti mendapat perhatian banyak pihak.
Tanggal 1 Februari 2018, beliau menerima perkhabaran gembira sekaligus melakar pencapaian membanggakan apabila terpilih menjadi penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat sempena Hari Wilayah Persekutuan daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V. Pengurniaan darjah kebesaran itu membawa gelaran Datuk.
Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa juga bukan sahaja menjadi sumber inspirasi kepada kaum wanita bahkan anak-anaknya turut mengagumi kemampuan ibu mereka. Mana tidaknya, dalam kesibukan mengurus kerjaya penceramah, suami dan tujuh anak… beliau berjaya meraih PhD ketika berusia 43 tahun.
Kredit foto: Instagram Ustazah Datuk Dr Norhafizah Musa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!