Romantisnya tengok foto-foto Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor yang dikongsikan di laman rasmi Selangor Royal Office. Tampil berbusana masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba, kemesraan baginda berdua nyata menarik perhatian ramai.
Menerusi posting terbaharu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.
Baginda berdua berharap agar pesta cahaya kali ini terus disambut dalam suasana yang harmoni, hormat-menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.
Ads
Baginda juga mahu supaya sambutan perayaan sebegini diraikan dengan dengan meriah, sambil tetap berwaspada serta mematuhi SOP yang ditetapkan memandangkan wabak Covid-19 masih menular di dalam komuniti.
Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.
Ads
Dalam pada itu, foto-foto eksklusif yang dikongsikan ini juga dirakam di kediaman peribadi Baginda di Shah Alam. Baginda turut berkenan mengabadikan gambar bersama koleksi lukisan Baginda yang dilukis oleh Allahyarham Dato’ Ibrahim Hussien.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Istana Buckingham menyampaikan khabar Khabar bahawa Ratu Elizabeth II telah disahkan positif COVID-19 semalam. Menurut jurucakap Istana Buckingham Ratu England ini hanya mengalami gejala ringan.
Tambah jurucakap Istana, Ratu Elizabeth II tetap menjalankan tugas-tugas seperti biasa tetapi hanya tugas ringan di Istana Windsor. Menurut laporan cbsnews.com warga United Kingdom yang telah disahkan positif COVID-19 diarahkan untuk kuarantin kendiri selama lima hari.
Ratu Elizabeth II yang kini berusia 94 dilaporkan juga telah menerima tiga dos suntikan vaksin COVID-19. Ketika suntikan vaksin pertama Ratu Elizabeth telah menerimanya bersama-sama mendiang suaminya Duke of Edinburgh.
Ratu Elizabeth dan suaminya merupakan golongan kategori berisiko telah diberi keutamaan mengikut sistem pemberian vaksin Britain. Menurut jurucakap Istana Buckingham pemberian suntikan tersebut diberikan oleh seorang doktor di kediaman Istana Windsor.
Walau bagaimanapun, Duke of Edinburgh Putera Philips telah meninggal dunia pada 9 April 2021 di usia 99 tahun dan dikebumikan pada 17 April 2021.
Pewaris takhta, Putera Charles juga pernah dilaporkan positif COVID-19 dan menjalani kuarantin pada bulan Mac 2020. Baru-baru ini putera yang berusia 73 tahun ini telah disahkan positif COVID-19 untuk kali kedua.
Pewaris takhta dan juga cucu Ratu Elizabeth iaitu Putera William yang dikesan positif COVID-19 pada April 2020.
Dalam pada itu, Ratu Elizabeth II ini telah mencipta sejarah dunia apabila menjadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 69 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu England pada 2 Jun 1953.
Seperti yang kita tahu, Putera Charles merupakan pewaris takhta kerajaan ini. Pada 21 April akan datang Ratu Elizabeth II bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-96.
Tidak tahu adakah Ratu Elizabeth bakal meraikan ulang tahun kelahirannya. Ini kerana sudah sudah dua tahun Baginda tidak mahu meneruskan tradisi seperti kibaran bendera di bangunan kerajaan dan perarakan kereta kuda yang menjadi kebiasaan pelengkap hari istimewa itu.
Sebelum itu, sambutan ulang tahun kelahiran Ratu Elizabeth disambut meriah dengan tembakan hormat. Tahun sebelumnya Ratu Elizabeth telah membuat keputusan tidak mahu meneruskan acara tradisi ini kerana menghormati situasi negara yang tidak stabil akibat pandemik COVID-19.
Manakala tahun lalu pula Ratu Elizabeth bertindak tidak mahu meneruskan acara tradisi tersebut kerana berkabung dan masih lagi bersedih dengan kehilangan suami tercinta.
NONA pernah menggabungkan pasangan adik-beradik ini sebagai penghias muka depan beberapa tahun yang lalu. Akrabnya Anuar & Ziana Zain sememangnya terpancar jelas sewaktu sesi penggambaran kami dahulu.
Seronok melihat hubungan akrab antara pasangan adik-beradik selebriti ini. Usik-mengusik sepanjang pertemuan kami dahulu sememangnya menjadi kenangan indah.
Paling istimewa apabila kedua-dua penyanyi ini saling ‘belanja’ lagu masing-masing. Memang terhibur mendengar lagu secara live tanpa iringan muzik. Akrabnya Anuar & Ziana bukan dibuat-buat.
Berita yang baharu dikhabarkan oleh pasangan adik beradik ini apabila bakal bergabung buat pertama kali mengadakan konsert bersama yang dijadualkan berlangsung pada 6 Ogos ini.
Konsert yang dinamakan Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 anjuran Trumpet International Sdn Bhd itu akan diadakan di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).
“Ini adalah sejarah yang cukup manis. Kali terakhir kami bergabung membuat persembahan yang sebenar adalah lebih 12 tahun lalu.
“Memang permintaan ini sudah sekian lama peminat mahu. Namun, sekarang barulah jadi kenyataan kerana masanya cukup tepat selain kata sepakat antara kami berlaku sangat mudah,” kata Anuar Zain seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro.
Ziana dan Anuar bakal mempersembahkan lebih 20 lagu pada konsert itu nanti. Mereka akan menyanyikan lagu popular masing-masing serta beberapa lagu duet.
Dalam pada itu, sempat juga Nona mencungkil rahsia ciri-ciri wanita idaman Anuar Zain untuk dijadikan sebagai isteri. Namun, Nona ‘menggunakan’ Ziana Zain untyk bertanyakan soalan tersebut.
“Apa yang wanita perlu tahu untuk jadi isteri Anuar Zain?” tanya Ziana Zain bocor rahsia adiknya.
Jawab Anuar, “Saya ni sebenarnya sangat simple anda tak perlu masak kita makan kat luar sebab saya enjoy makan di luar. Masak tak perlu anda rilek-rilek sahaja tak perlu bersusah payah basuh baju kita hantar laundry sahaja,” ulas Anuar tentang pertanyaan kakak kesayangannya.
Ketika ditanya lagu Ziana Zain yang jadi kegemaran Anuar Zain, jawabnya, “Lagu paling favorite bagi saya ialah lagu Menadah Gerimis. Lagu itu kualiti sangat tinggi seperti lagu-lagu yang lain di dalam album tapi lagu Menadah Gerimis ini sangat menyentuh saya,” kata Anuar Zain tentang kakak kesayangannya itu.
Lemah longlai rasanya apabila sebentar tadi diumumkan PKP 2.0 yang dijadualkan berakhir Khamis ini, dilanjutkan dua minggu lagi sehingga 18 Februari depan.
Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob itu turut menyatakan keputusan tersebut diambil atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan trend peningkatan kes COVID-19 di semua negeri.
Bagai sudah dijangka, masyarakat terpaksa menerima keputusan itu dengan berlapang dada. Tiada pilihan. Hidup ini semakin sesak namun kesihatan awam di tahap bahaya.
Persoalannya, adakah PKP yang kita jalani selama ini sia-sia? Nona berkongsi pandangan Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Pensyarah Perubatan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Dr Safiya Amaran, selepas lebih setahun COVID-19 di Malaysia.
Tulis Dr Safiya, kita sepatutnya ambil pengajaran dari keputusan dan tindakan yang dibuat selama ini.
(1) Kawalan sempadan negara, negeri dan daerah sangat penting dalam kawalan wabak.
Saya dengar ulasan negara luar tentang Malaysia. Pakar mereka sebut (dalam bahasa Inggeris), “Gelombang kali ini bermula dengan 2 epicentre iaitu Sabah dan Kedah. Tetapi sebab ubah-ubah movement control order, kes telah merebak ke seluruh negara.”
Dia cakap berlapik tapi saya faham apa yang dia maksudkan ialah disebabkan membenarkan pergerakan bebas antara kawasan wabak dan bukan dalam keadaan wabak tidak terkawal telah menyebabkan ia merebak ke seluruh pelosok negara.
Jadi kali ni sangat berharap agar kita dapat learn the lesson. Selagi wabak belum terkawal di sesuatu daerah, tak boleh buka dan benarkan pergerakan free flow keluar masuk di kawasan itu.
Berilah peluang dan ruang untuk Pejabat Kesihatan Daerah buat kawalan di daerah mereka dengan efisyen. Tak perlu nak buat contact tracing seluruh Malaysia. Letihnya tak terkata!
(2) Tidak boleh membenarkan apa apa bentuk perhimpunan besar di dalam bangunan atau secara terbuka secara long term
Bukan sekejap boleh sekejap tak boleh. Impaknya sangat besar. Malah perhimpunan kecil-kecilanlah yang banyak menghasilkan jangkitan sesama kontak rapat. Mahu tak mahu kita perlu berubah ke arah virtual meeting sehingga keadaan benar-benar terkawal. Banyak majlis menjadi sebab merebaknya penyakit.
Mahu tak mahu aktiviti perhimpunan baik kecil atau besar perlu dihentikan secara long-term sehingga keadaan kembali terkawal.
(3) Sebelum nak mulakan pengurangan PKP, kena pastikan tahap keselamatan di tempat kerja kerana ini punca kepada banyak kluster
Kalau tempat kerja sempit dan pekerja ramai, perlu ada cara nak atasi, sama ada penggiliran atau ubah suai tempat. SOP di tempat kerja memang berkesan. Isunya ramai pandang enteng dan tidak patuh.
Ini adalah fasa semua kena bertanggungjawab. Semua boleh participate untuk buat pencarian kontak. Semua boleh participate untuk buat aktiviti kawalan. Semua patut proaktif. Jangan letak tanggungjawab itu atas KKM semata-mata.
Kita dah bersama pandemik ini lebih setahun! Kita mesti proaktif! Dan kita mesti sama-sama berdoa agar keadaan di Malaysia semakin pulih dengan izin Allah.
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.