Debaran semakin terasa. Siapakah usahawan yang bakal dipilih untuk menyertai Program Perintis Usanita, sekaligus berpeluang menjadikan wajah Hero Malaya, Datuk Rosyam Nor sebagai duta?

Hak eksklusif menggunakan wajah Datuk Rosyam Nor sebagai duta tentu sekali memberi manfaat besar kepada usahawan. Pastinya jenama kita lebih mudah dikenali dan pelanggan pun lebih yakin untuk membeli.

Tapi berapa pula duit hantaran untuk ‘meminang’ aktor kacak yang juga penerima Anugerah Pelakon Filem Paling Popular tu?

Inilah keistimewaan Program Perintis Wanita – Penjenamaan dan Pendigitalan bersama Kementerian Pembangunan Luar Bandar dengan sokongan penuh menterinya sendiri, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Bayangkan ganjaran lumayan, 50 usahawan IKS yang bertuah bakal jadikan Datuk Rosyam Nor sebagai duta produk! Siap dapat bimbingan dan tunjuk ajar bisnes lagi.

50 Usahawan Terpilih Ke Program Perintis Usanita, Siapakah Pilihan Datin Adzliana?

 

Untuk menjadi usahawan yang maju dan berdaya tahan, banyak transformasi yang perlu dibuat. Inilah misi Usanita Sdn Bhd dalam memperkasakan ekonomi wanita terutamanya golongan B40 dan M40.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datin Adzliana Prof Dato Sri Dr Hasan, program ini mensasarkan usahawan luar bandar terutamanya wanita agar bergerak lebih ke hadapan dengan mengetengahkan produk yang diusahakan.

50 Usahawan Terpilih Ke Program Perintis Usanita, Siapakah Pilihan Datin Adzliana?

 

“Usanita menerima banyak penyertaan daripada usahawan di seluruh negara sejak dibuka secara online tiga minggu lalu.

Minggu ini minggu sibuk Usanita kerana proses temuduga telah bermula bagi pemilihan 50 usahawan yang pertama melepasi saringan.

Usahawan terpilih itu juga berpeluang menggunakan wajah Datuk Rosyam Nor pada produk mereka selama setahun di samping mengikuti kelas bimbingan usahawan oleh pakar yang berpengalaman.” Datin Adzliana

50 Usahawan Terpilih Ke Program Perintis Usanita, Siapakah Pilihan Datin Adzliana?

 

Tambahnya, proses pemilihan ini akan mengambil masa seminggu atau lebih berdasarkan jumlah penyertaan yang menggalakkan.

“Mulanya saya anggarkan 3-4 hari bagi proses temuduga dan pemilihan ini tetapi kalau mengikut penyertaan yang banyak itu, rasanya akan memakan masa lebih seminggu.

Saya dan Datuk Rosyam sendiri berdepan dengan proses ini.”

Program Perintis Usanita dilancarkan pada Disember lalu dengan matlamat menggalakkan semangat usahawan IKS mendepani cabaran pandemik.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI