Isu buli bukan hanya berlaku di kalangan pelajar sekolah dan universiti. Malah, orang dewasa dan bekerjaya pun tidak terkecuali menjadi mangsa. Walaupun bukan secara fizikal, gejala buli yang dilakukan melalui pertuturan dan mengganggu emosi juga boleh mendatangkan ‘kecederaan’ kepada mangsa.

IKLAN

How To Stop A Bully

This video just might fix your kid's bullying problem!More resources at BrooksGibbs.com.

Posted by Brooks Gibbs on Monday, 16 October 2017

Brooks Gibbs iaitu penulis dan kanselor krisis belia yang sering terlibat dalam seminar berkaitan teknik anti buli di US berkata kajian ahli sosiologi menyifatkan gejala buli sebagai kelakuan dominan yang menyaksikan keadaan seorang individu cuba menguasai orang lain dan menakut-nakutkan mangsa terlibat. Dalam erti kata lain, berlaku situasi si pelaku cuba memiliki dan mencipta ‘darjat’ lebih tinggi daripada mangsa.

Menerusi video yang dipaparkan Brooks, “Mereka mahu melihat anda kalah, lemah dan seterusnya mereka boleh menang. Pakar mengatakan ketidakseimbangan kuasa itu seperti semakin kita memberi reaksi negatif atau takut, semakin ‘berkuasa’ perasaan yang mereka alami. Lagi anda tunjukkan rasa sedih dan marah, ia sesuatu yang menyeronokkan bagi mereka.”

Keadaan akan jadi berbeza apabila orang yang cuba dibuli bersikap tenang dan positif. Kunci utamanya memiliki emosi yang kuat dan mental yang kental supaya tidak kira apa perkataan yang mereka gunakan sekalipun anda tidak merasa tercabar atau ambil kisah.”

IKLAN

TINDAKAN JIKA DIBULI

IKLAN
  • Bersikap tenang & positif
  • Kuatkan emosi dan mental agar apa jua perkataan yang dilontarkan tidak membuatkan anda tercabar
  • Jangan sesekali tunjuk kelemahan diri dan bersedih dengan apa yang mereka bicarakan
  • Jika mereka berniat untuk menyakitkan hati anda, lakukan perkara di atas. Namun jika melibatkan sentuhan atau dipukul, ia adalah jenayah dan wajib bertindak untuk melindungi diri sendiri

 

Sumber: Brooks Gibbs