Muka Cantik Tapi Sayang, Ketiak Hitam, Ini 5 Tip Putihkan Ketiak Cara Alami

Sayang seribu kali sayang. Wajah mulus persis bidadari malangnya ‘part’ yang tersembunyi tidak terjaga. Bahagian ketiak walaupun ‘part’ yang tersembunyi namun tetap perlu diberikan keutamaan. Sebenarnya ada banyak cara untuk memcerahkan bahagian ini  dengan menggunakan bahan-bahan alami yang banyak tersedia di persekitaran kita. Masalah ketiak hitam mungkin sahaja akan menyebabkan wanita rendah diri.

Antara penyebab berlakunya masalah ketiak hitam antara ialah penggunaan deodorant yang mengandungi alkohol. Apabila terlalu lama menggunakannya maka ketiak akan menjadi hitam. Selain itu mencukur bulu ketiak juga boleh menyebabkan bahagian bawah lengan menjadi kehitaman. Sebenarnya ada cara alami yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah ketiak hitam.

Bahan-bahan semulajadi ini bukan sahaja murah, senang di dapati tetapi yang paling penting tiada kesan sampingan. Cubalah!

Timun
Potong timun nipis-nipis. Gosokkan di bahagian kulit ketiak. Biarkan hingga kering kemudian bilas bersih. Lakukan sehari sekali setiap hari secara konsisten. Dengan cara ini ia dapat membantu menghilangkan noda yang menghitam di bawah lengan anda.

 

 

 

 

 

Kunyit
Gosokkan hirisan kunyit di bahagian bawah lengan secara perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering. Kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan setiap hari cara ini untuk memutihkan bahagian bawah ketiak.

 

Betik
Gunakan betik yang masih muda. Kupas betik dan potong nipis-nipis. Kisar betik tanpa air sehingga hancur. Jadikan masker dan oleskan di bahagian ketiak. Bilas dengan air suam. Lakukan seminggu sekali atau dua kali seminggu.

 

Kentang
Kupas kentang dan kisar tanpa air. Oleskan pada bahagian ketiak dan biarkan hingga meresap. Bilas dengan air bersih untuk mendapatkan hasil yang sesuai dengan keinginan anda. Boleh diamalkan dua kali seminggu.

 

Sengkuang
Dalam dunia kecantikan, peranan sengkuang sebagai pemutih kulit sudah tidak dinafikan lagi. Berbagai produk kecantikan yang dijual di pasaran hampir pasti mengandungi ekstrak sengkuang. Caranya mudah sahaja. Hanya kisar hingga halus sengkung. Sapukan pada bahagian ketika. Biarkan hingga kering kemudian bilas.

 

IKLAN
Share