Dah Cantik-Cantik Bermekap, Keluar Rumah Baru 10 Minit, Muka Dah Berminyak

Pernah tak rasa muka kita paling cantik lepas mekap setiap pagi. Lepas tu beratur beli nasi lemak untuk breakfast kat tepi office rasa muka berminyak giler dan macam boleh buat goreng ikan. Sebenarnya semua orang mempunyai kulit yang berminyak cuma yang membezakan sedikit atau banyak.

Ini kerana kulit menghasilkan minyak yang berfungsi sebagai pelindung kulit daripada bahaya luar seperti pencemaran dan debu. Bahaya luar ini boleh menerobos masuk ke dalam pori-pori kulit yang menjadi pemangkin pertumbuhan jerawat.

Selain itu, minyak pada kulit berfungsi sebagai cairan yang mampu menjaga keremajaan kulit serta menjadikan kulit lebih kenyal. Namun, jika minyak di bawah kulit berlebihan mewujudkan masalah baru dan mencacatkan penampilan.

Punca wajah berminyak

Makanan berlemak
Makanan yang mengandungi lemak jika diambil secara berlebihan menyebabkan berlaku penimbunan lemak di bawah kulit. Lemak di bawah kulit ini merangsang lebihan minyak sehingga menyebabkan kulit berminyak.

Hormon tidak seimbang
Wanita mengalami perubahan hormon dalam hidupnya seperti ketika menstruasi, hamil dan menopaus. Perubahan hormon dalam badan merangsang penghasilan minyak yang berlebihan di bawah kulit.

Salah pilih kosmetik
Alat kosmetik mengandungi bahan kimia dan sebagai wanita perlu berhati-hati memilih kosmetik. Jika kosmetik tersebut tidak sesuai dengan kulit boleh menyebabkan kulit berminyak, iritasi dan kulit wajah sensitif.

Genetik
Cuba perhatikan wajah kedua ibu bapa dan adik- beradik yang lain. Jika kebanyakan daripada mereka memiliki wajah yang berminyak ini bermakna faktor keturunan. Faktor ini tidak boleh dicegah tetapi boleh diatasi.

Ubat-ubatan
Jika anda berada dalam pemantauan doktor dan perlu makan ubat-ubatan, kulit berminyak mungkin datang daripada pengambilan ubat-ubatan ini.

Stres
Sebagai tindak balas terhadap stres, tubuh menghasilkan minyak berlebihan dan membuat wajah Nampak berkilau dari jauh.

Setelah dikenal pasti apakah punca yang menyebabkan kulit berminyak, cuba atasi masalah ini dengan cara yang berkesan. Boleh mencuba cara ini untuk mengatasi pengeluaran berminyak berlebihan di bawah kulit.

Mencuci muka
Menjaga kebersihan muka sangat penting dan sebaik-baiknya bersih muka dengan pembersih yang bersesuaian dengan kulit. Bagi mengelak minyak yang berlebihan cukup dengan hanya membersihkan wajah dua kali sehari. Jika kerap membersihkan wajah akan mengikis lapisan kulit wajah. Tindakan membersihkan wajah secara kerap ini juga membahayakan kulit yang sering terdedah kepada cahaya matahari.

Minum air kosong
Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari. Minum air dengan banyak boleh menjaga metabolisme tubuh. Tubuh yang mengandungi banyak air boleh memberi kelembapan dan menghalang menghasilkan minyak berlebihan.

Air suam
Celup tuala muka yang bersih ke dalam air suam yang sudah dicampurkan sedikit garam. Tekap secara perlahan-lahan ke wajah dan biarkan sehingga tuala tersebut sejuk. Air suam itu akan membuka pori wajah dan garam berfungsi mengangkat kotoran pada wajah.

Asid Salicylic
Boleh juga menggunakan asid salicylic untuk kesan yang lebih cepat. Asid ini berfungsi untuk mengeluarkan kelenjar produksi minyak dan folikel serta mengurangkan jumlah minyak yang dikeluarkan oleh kulit. ketika membeli pembersih wajah atau krim muka pastikan mengandungi asid ini.

Xtra!
Asid Salicylic juga dikenali sebagai 2-hydroxybenzoic acid

 

IKLAN
Share