
Mungkin pada pandangan Pak Nil, insiden yang berlaku sekitar minggu lalu ini hanya tindakan kecil darinya yang risau akan keselamatan seorang kanak-kanak ketika menaiki motorsikal bersama bapanya. Namun bagi rakan-rakan artis dan peminat, usaha murni Datuk Aznil Haji Nawawi tersebut wajar diberi pujian kerana sekurang-kurangnya ia mampu ‘mengetuk’ pintu hati masyarakat untuk berbuat perkara sama dan peka dengan nasib orang sekeliling.
Datuk Aznil yang selama ini terkenal dengan sikap penyayang terhadap kanak-kanak menarik perhatian pengguna laman media sosial selepas video tentang seorang kanak-kanak membonceng motorsikal bersama bapanya dimuatnaik Pak Nil di laman Instagram.

Sambil berkongsi situasi yang berlaku di atas lebuhraya tersebut, Pak Nil menjelaskan, “Petang tadi Pak Nil selisih dengan seorang abang yang membonceng anaknya dalam usia 6 atau 7 tahun gitu. Masa selisih Pak Nil perasan anaknya seperti terlelap.
Terus terfikir. Macam mana kalau anak itu terlepas tangan dari pautan badan ayahnya. Malang tak berbau. Jangan ambil ringan ya ayah-ayah ibu-ibu semua. Pak Nil doakan ayahnya diberi tambahan rezeki agar mampu memberikan kenderaan lebih selamat untuk si comel itu.”
Dalam video yang hanya berdurasi 44 saat itu juga kelihatan Pak Nil cuba memberhentikan kenderaan dan ingin membantu namun ditolak secara baik oleh bapa tadi. Meskipun semuanya selamat … di akhir video tersebut turut kelihatan wajah sayu Pak Nil menahan sebak.
https://www.instagram.com/p/BtOrFVhB4Ug/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1gqp4ez5d5pf
Melihat keikhlasan dan kemuliaan hati Pak Nil, ramai rakan artis menghargai dan memuji sikap baik pengacara kesayangan ramai ini.
Walau sibuk dengan jadual pengacaraan yang padat, Datuk Aznil juga sebenarnya Pengasas Yayasan Pesona yang bertujuan melahirkan generasi bijak bertutur dan menyuarakan pendapat secara beretika dan penuh tatasusila dalam kalangan anak muda termasuk pelajar sekolah.
Kredit : Instagram Aznil Hj Nawawi
7 Selebriti Hollywood Hidap Kanser Payudara, Angelina Jolie Siap Buang Ovari!

Penampilan jelitawan-jelitawan ini dalam drama, filem atau sitkom popular Hollywood suatu ketika lalu, cukup disenangi peminat. Walaupun hidup dalam dunia glamor, tapi mereka juga wanita biasa seperti kita. Tetap ditimpa musibah dan tidak terlepas daripada ancaman penyakit pembunuh No. 1 wanita, kanser payudara.
(1) Julia Louis-Dreyfus

Usia Ketika Diagnosis: 56
Hanya sehari selepas Anugerah Emmy 2017, bintang sitkom popular ini disahkan menghidap kanser payudara. “1 dalam 8 wanita akan mendapat kanser payudara. Hari ini, sayalah orangnya,” tulis aktres ini bersama foto yang dimuat naik di Twitter kira-kira 10 hari kemudian.

Berita baiknya adalah beliau mempunyai rakan-rakan yang penyayang dan selalu memberi motivasi namun beliau juga sedih kerana terpaksa berdepan hakikat menghidap penyakit pembunuh No. 1 wanita tersebut.
(2) Olivia Newton John

Usia Ketika Diagnosis: 44 dan 68
Bintang filem The Grease ini telah didiagnosis menghidap kanser payudara pada tahun 1992 ketika beliau berumur 44 tahun. Sejak itu beliau menjalani pelbagai rawatan seperti mastektomi, kemoterapi, mengamalkan herba dan akupuntur hingga disahkan bebas penyakit kanser.

Beliau juga selalu berkongsi pengalaman untuk menggalakkan wanita agar lebih prihatin soal payudara termasuk melancarkan album berjudul Stronger than Before (2005). Tahun ini, beliau sekali lagi diuji apabila didiagnosis mendapat kanser payudara buat kali kedua dan ia telah merebak ke organ lain.
(3) Shannen Doherty

Usia Ketika Diagnosis: 44
Bintang drama Charmed dan The 90210 ini mendedahkan pada Ogos 2015 bahawa beliau sedang bertarung dengan kanser payudara serta menjalani rawatan intensif merawatnya.

Dalam kesakitan, berlaku pula masalah insurans hingga melibatkan tindakan undang-undang. Namun aktres tersebut terus positif, mengamalkan pemakanan sihat dan gaya hidup aktif.
(4) Angelina Jolie

Usia Ketika Diagnosis: 37
Selepas satu ujian mengesahkan bahawa beliau berisiko tinggi untuk menghidap kanser payudara, Angelina Jolie segera menjalani pembedahan mastektomi pada tahun 2013. Pendedahan itu ditulisnya sendiri dalam sebuah artikel di The New York Times.

“Saya menulis untuk memberitahu wanita lain bahawa bukan mudah membuat keputusan untuk mastektomi tapi saya gembira membuatnya. Saya juga selalu memberitahu anak-anak agar jangan takut jika kehilangan saya kerana penyakit ini,” ujar ibu kepada 6 cahaya mata itu.
Tahun 2015, Angelina Jolie juga membuang ovari serta tiub fallopio miliknya bagi mencegah sebarang kemungkinan kanser pada masa akan datang. Ibu beliau meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser ovari.
(5) Christina Applegate

Usia Ketika Diagnosis: 36
Aktres berwajah comel ini sanggup membayar harga yang tinggi untuk memulihkan kanser payudaranya pada tahun 2008. Beliau mengambil keputusan drastik membuang kedua-dua payudaranya dalam satu pembedahan bernama prophylactic double mastectomy walaupun hanya satu ketulan kanser yang ditemui.

“Kadang-kadang saya menangis, menjerit dan marah kerananya,” luah ibu kepada seorang anak perempuan dan kini disahkan bebas kanser. Beliau juga merancang untuk menubuhkan yayasan untuk wanita berisiko tinggi yang tidak mampu menjalani pemeriksaan MRI, yang dikatakan menyelamat nyawanya.
(6) Kylie Minogue

Usia Ketika Diagnosis: 36
Pada asalnya berlaku initial misdiagnosis sewaktu mengesan kanser payudara Kylie Minogue. Sehinggalah bintang pop Australia ini tekad membuat ujian kedua yang menemukan doktor dengan ketulan pada payudara kirinya, beliau terus membuat rawatan pada tahun 2005.

“Saya pernah kehilangan segalanya, termasuklah menunggu bulu mata dan rambut tumbuh semula. Susah untuk mengekspresikan apa yang telah saya pelajari tapi yang pastinya ia melibatkan kesan psikologi dan emosi yang sangat mendalam.”
Kini Kylie Minogue telah bebas daripada kanser payudara dan beliau berusaha menggalakkan semua wanita untuk percaya pada gerak hati sendiri.
(7) Cynthia Nixon

Usia Ketika Diagnosis: 40
Pada tahun 2006, bintang Sex and the City ini mendedahkan tentang tumor kanser yang ditemui dalam payudara kanannya sewaktu menjalani pemeriksaan mamogram. Namun aktres ini enggan berkongsi tentang kondisi kesihatannya sewaktu rawatan dijalankan.

“Saya sangat takut malah sampai ke tahap, saya betul-betul tak mahu perkara ini terjadi. Tapi akhirnya saya mengalah. Saya lega ia dikesan dengan cepat supaya masih sempat untuk merawatnya.”
Nixon, yang juga mempunyai ibu yang pernah menghidap kanser payudara, kini bertindak sebagai duta di Yayasan Kanser Payudara Susan G. Komen. Norzalina Mohd Alias
Cantik & Bijak Mengacara, Uyaina Satu-Satunya Hos Malaysia Jadi Pilihan Kendali Program Popular Indonesia!

Melimpah ruah rezeki Uyaina Arshad sejak berkahwin dan bergelar ibu. Seorang anak yang baik, bijak dan berbakat besar, Uyaina bukan saja menjadi sumber inspirasi kepada ramai wanita. Bahkan kerjayanya juga kian bersinar.
Memulakan karier sebagai pengacara, percaturan untuk masuk ke dunia seni dan penyiaran membuahkan hasil meskipun wanita cantik ini memiliki kelulusan undang-undang.
Dari seorang pengacara, Uyaina kemudian berjinak-jinak dalam dunia lakonan dan kini menjadi tumpuan banyak jenama dan syarikat untuk menjadikan dirinya sebagai duta.
Biarpun sudah bergelar isteri kepada penyanyi, Raja Syahiran pada 21 Disember 2021 namun populariti Uyaina semakin melonjak naik dan menerima banyak tawaran.




Malah, kredibiliti dan kemampuan anak bongsu daripada empat beradik ini juga kian bersinar. Biarpun sudah mempunyai seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Urhan pada 8 September 2022.
Orang kata kalau memang berbakat, walau dah berkahwin dan pergi ke mana-mana pun tetap bersinar!
Terbaharu, satu lagi pencapaian dan kejayaan manis diraih wanita jelita ini apabila dia diundang sebagai hos bagi program realiti popular D’Academy 6.




Uyaina menjadi satu-satunya hos dari Malaysia yang diberi kepercayaan menjayakan program itu di samping empat hos popular Indonesia iaitu Ramzi, Gilang Dirga, Irfan Hakim dan Jirayut Afisan.
D’Academy 6 turut menghimpunkan peserta dari Malaysia, Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, Timor Leste, Thailand, Philippines dan Turkiye.
Difahamkan Uyaina berangkat ke negara jiran sejak pertengahan Jun lalu dan berada di sana selama lebih dua bulan!
Tidak sekadar menjadi hos D’Academy 6, lebih istimewa apabila Uyaina juga ditawarkan menjadi hos bersempena Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-78.
Kongsinya, “First time diberi peluang hosting Hari Kemerdekaan Republik Indonesia yang ke-78 bareng teman-teman kesayangan.”



Ujarnya lagi, “Indonesia dan Malaysia berkongsi bulan kemerdekaan yang sama, iaitu bulan Ogos atau Augustus. Indonesia tanggal 17, dan kemerdekaan tahun ke-78, Malaysia tanggal 31, dan kemerdekaan tahun ke-66.
Honestly, I am so elated to be here celebrating RI’s Independence Day. Pokoknya, pengalaman yang amazing banget gitu. Terima kasih Indonesia karena udah jadi rumahku.”



Sepanjang berada di sana, Uyaina turut ditemani suami, anak dan ibu tersayang.
Menginjak usia 30 tahun, figura ini juga merupakan Duta Ariani. Mengenali Uyaina, dia sememangnya seorang wanita yang rajin dan sentiasa menyebarkan aura positif kepada semua. Semoga usaha dan kejayaan Uyaina terus berkembang sekaligus menjadi inspirasi ramai.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/dulu-bintang-bollywood-kini-penulis-buku-berjaya-twinkle-khanna-sambung-masters-degree-usia-48/
Beauty With Brains, Kagum Dengan Aspirasi Izzana Salleh Perkasakan Wanita Dalam Talian!

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan hebatnya kasih sayang seorang ibu terhadap anak-anak yang dilahirkan. Doa dan didikannya sentiasa mengalir, seperti yang terlihat dalam foto kandid Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan puteri bongsunya, Izzana Salleh baru-baru ini.
“When your mom comes in to check on your work,” tulis Izzana Salleh atau Wan Izzana Fatimah Zabedah usai berakhirnya forum digital RISE 2021 yang dianjurkan bersama YB Senator Jaziri Alkaf pada Sabtu lepas.
Tidak menduga Uminya tiba-tiba datang memberi sokongan, Izzana yang merupakan lulusan Universiti Harvard itu jelas kelihatan ceria.



RISE 2021
Dibesarkan oleh seorang wanita besi, tidak hairanlah mengapa Izzana kini aktif dalam program-program pemerkasaan wanita. Beliau merupakan Presiden badan NGO antarabangsa, Project Girls For Girls serta ahli Lembaga Penasihat Lean In Malaysia.
Terbaharu, Izzana turut menjadi salah seorang penganjur utama forum digital RISE 2021: Future Female Leaders bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia minggu lalu.
Dalam forum maraton 8 jam tanpa henti itu, RISE 2021 berjaya mengumpulkan hampir 5,000 penyertaan terdiri golongan wanita dan anak muda dari merata tempat.


Gabungan Girls for Girls International dan MyProdigy Global yang diterajui YB Senator Jaziri Alkaf tersebut berjaya mengumpulkan ramai speakers hebat antaranya Presiden Green Ribbon Group iaitu YAM Tengku Puteri Iman dan Penerima Hadiah Nobel Keamanan iaitu Profesor Dr Muhammad Yunus.
Turut menyertai persidangan ini adalah Menteri Pelancongan, Kesenian & Kebudayaan Malaysia iaitu YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Datuk Nicol Ann David, Dr Amalina Che Bakri, Puan Sri Tiara Jacquelina serta ramai lagi.
SOKONGAN KERAJAAN
Ucapan pembukaan bertajuk ‘Women, The Key To A Brighter Future’ telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhiyiddin Yassin.
Sementara ucapan penutup yang bertajuk ‘Women and GIrls at the Center of Rebuilding Country Economies In A Post COVID-19 Era’ pula telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun.
Forum digital RISE 2021: Future Female Leaders yang berlangsung pada 13 Mac dianjurkan bagi memberi dorongan dan inspirasi kepada golongan pemimpin wanita dan anak muda di seluruh dunia.
Topik-topik persidangan telah dipilih dengan teliti agar dapat memaksimumkan kemahiran kepimpinan serta menjadi penggerak perubahan yang baik.
BEAUTY WITH BRAINS




Sebagai satu-satunya anak perempuan tunggal dalam keluarga, tidak sukar membayangkan Izzana bakal mengikut jejak langkah ibunya, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil memimpin negara.
Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil bukan saja merupakan tokoh politik wanita paling berpengaruh di Malaysia, malah beliau adalah mantan Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga (2004). Beliau juga adalah bekas majistret dan pernah berkhidmat sebagai peguambela & peguamcara di beberapa firma guaman.
Merupakan ibu kepada tiga cahaya mata, Izzana boleh dikatakan ‘Anak Mami’ kesayangan ibu bapanya iaitu Tan Sri Shahrizat Jalil dan Datuk Dr Mohamad Salleh Ismail. Selain berwajah cantik rupawan, beliau bertuah kerana mewarisi pelbagai nilai-nilai kepimpinan, kebijaksanaan dan sifat mahu menegakkan kebenaran yang ditunjukkan oleh orang tuanya.
Selari dengan tema Hari Wanita 2021 iaitu ‘Wanita Bangkit Mendepani Cabaran’, usaha pelapis muda seperti Izzana Salleh diharapkan akan berterusan, sekaligus meningkatkan integriti kaum wanita Malaysia yang sedikit terjejas akibat pandemik COVID-19.