Musim Batuk Menjelma, Waspada 14 Produk Ubat Batuk Di Malaysia Ini Dibatalkan Pendaftaran Oleh Pihak Berkuasa

Selain bulan puasa, kebelakangan ini juga ramai yang menghidap batuk kerana perubahan cuaca. Boleh dikatakan ‘musim batuk’ menjelma semula kerana yang terkesan bukan orang dewasa sahaja malah kanak-kanak dan warga emas.

Langkah berjaga-jaga bersedialah dengan bekalan ubat batuk supaya sakit tersebut tidak berlarutan.

Namun, dalam perkembangan terbaharu, pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah menarik 14 produk ubat batuk yang dikhuatiri memberi efek negatif kepada orang ramai.

Ini bermakna, tidak semua ubat batuk di pasaran selamat digunakan. Pastikan kandungan pada pembungkusannya diperiksa terlebih dahulu.

 

UBAT BATUK

Pihak berkuasa kawalan dadah kebangsaan telah membatalkan pendaftaran 14 produk mengandungi pholcodine di Malaysia.

Pholcodine ialah ubat batuk opioid yang bertindak terutamanya dengan menekan refleks batuk dalam sistem saraf pusat.

Manakala Agen Penghalang Neuromuskular (NMBAs) adalah bahan yang digunakan sebagai pra-pembedahan untuk merehatkan otot-otot.

Data yang ada menunjukkan bahawa penggunaan pholcodine dalam 12 bulan sebelum pembedahan, adalah faktor risiko untuk kejadian alahan serius dengan penggunaan Agen Penghalang Neuromuskular.

 

Setelah mempertimbangkan bahawa tiada langkah meminimumkan risiko yang sesuai boleh diambil bagi mengurangkan risiko ini dan tidak mungkin untuk mengenal pasti populasi pesakit yang mendapat manfaat pholcodine melebihi risikonya, maka keputusan telah diambil untuk menarik balik ubat yang mengandungi pholcodine daripada pasaran.

 

 

 

 

 

 

 

Ramai nampaknya pernah guna produk-produk ini. Produk lain masih boleh guna. Sebagai contoh Difflam seperti di dalam gambar sahaja yang ditarik balik. Difflam lain masih selamat digunakan.

Sumber: Public Health Malaysia

IKLAN
Share