Naelofar Hijab Kini Di Sabah, Neelofa Rasmi Butik & Website Khas Untuk Pelanggan

Pelakon dan pengacara terkenal Neelofa melalui jenama tudung terkemukanya, Naelofar Hijab (NH), telah melangkah satu langkah ke depan dengan membuka sebuah butik yang terletak di Kota Kinabalu, Sabah.

Butik yang berlokasi di Royal Plaza Putatan memberi peluang kepada peminat jenama tudung ini khususnya dan peminatnya untuk berpeluang melihat sendiri tudung koleksi NH.

Pembukaan butik ini juga bagi memenuhi permintaan wanita di Sabah untuk memilih dan membeli koleksi-koleksi terbaru dan menarik keluaran Naelofar Hijab. Pembukaan itu juga akan memperkenalkan laman web rasmi mereka, www.naelofarsabah.com untuk memenuhi permintaan pelanggan dalam talian yang semakin meningkat di negeri ini.

Majlis pembukaan dirasmikan oleh Neelofa Mohd. Noor, selaku pengasas Naelofar. Butik ini akan dikendalikan oleh adik Neelofa sendiri, Nellisa.

Naelofar Hijab juga berkembang di peringkat antarabangsa. Pada masa ini, mereka telah mengeksport produk mereka ke lebih daripada 30 buah negara termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, Perancis, Jerman, Norway, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Korea dan Jepun.

Butik NH juga melakukan Jualan Akhir Tahun, Naelofar YES 2017 di seluruh negara yang dijalankan dari 11 November hingga 31 Disember yang menawarkan diskaun sehingga 40 peratus untuk pembelian yang dibuat di semua butik NH, dalam talian dan daripada stokis sah NH. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share