Mesra dan menyenangkan, sesi Nona On Air bersama personaliti masakan – Prof Dato’ Chef Zam sampai sekarang masih terbayang-bayang di fikiran. Meskipun terkenal namun figura lelaki hebat yang senang dipanggil Chef Zam itu tetap kelakar dan merendah diri, malah beliau tidak lokek berkongsi buah fikiran tentang topik yang dibualkan.

Bersiaran melalui platform Instagram LIVE pada Jumaat, 29 Julai lepas, banyak kisah hidup Chef Zam diceritakan kepada followers Majalah Nona.

IKLAN

Antaranya takwim aktiviti pada hari tersebut – bermula dari menziarahi pusara arwah ibu, bersenam di gimnasium serta menguruskan aktiviti bisnes beliau.

‘Naikkan Harga Atau Kecilkan Saiz Makanan’ – Ini Tip Chef Zam Untuk Usahawan F&B Bertahan Dalam Krisis Inflasi

 

Anak kelahiran Terengganu itu sememangnya tidak asing dalam industri kulinari di Malaysia. Selain mengendalikan pelbagai rancangan masakan, Chef Zam juga sering dilantik sebagai juri atau chef jemputan di kaca TV.

Beliau juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Rich Talents International College di Shah Alam, Pengasas Bersama NGO Food Aid Foundation serta duta pelbagai jenama terkemuka.

Baru sahaja berpindah ke kediaman mewah di Shah Alam, permintaan Nona untuk melihat dekorasi dapur baharu beliau turut diperkenankan… Suka betul tengok dapur basah tu, kemas je tapi complete!

******************************

IKLAN

Dapur yang cantik macam Chef Zam tentu sekali disempurnakan set periuk kuali yang cantik juga. Pilihan Nona tentu sekali cookware macam ni (klik sini), tahan lama dan kemas gaya marble lagi! Followers Nona boleh guna kod promo khas iaitu NONGSP5. Barulah elegan!

******************************

 

IKLAN

Selain itu, Chef Zam banyak menjawab persoalan berat seperti yang sedang hangat diperkatakan sekarang iaitu isu harga barang melambung dan kewujudan ramai YouTuber masakan.

Sebagai profesional dan tenaga pengajar masakan yang berdedikasi, jawapan Chef Zam tentang isu ini jelas memperlihatkan kredibiliti beliau. Bijak dan sangat relevan, terutama sekali tip untuk usahawan yang terlibat dengan bisnes makanan.

Terpaksa naikkan harga atau kecilkan saiz barang jualan, itu antara opsyen peniaga untuk bertahan dalam ekonomi semasa. Tonton interview Nona On Air ni untuk lebih banyak tip berguna…

Semoga perkongsian Nona On Air di atas memberi manfaat kepada penonton khasnya peniaga makanan dan minuman di Malaysia. Stay strong everyone!

https://dai.ly/x8ctcdn

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI