Nak beli minyak wangi, sama macam memilih baju juga. Untuk siang lain, untuk malam lain. Malah, pilihan minyak wangi untuk musim panas dan sejuk pun lain. Di Malaysia, mujur ada cuaca panas dan hujan saja, jadi hanya dua minyak wangi diperlukan.
Harga minyak wangi ada yang mahal dan ada juga yang murah. Terpulang kepada individu untuk memilih yang mana asalkan sesuai dengan chemistry tubuh. Ada beberapa tips yang boleh anda cuba dan baca juga pendapat pakar.
Senaraikan haruman yang diminati
Sekiranya anda cenderung dengan haruman dari buah-buahan, senaraikannya. Anda juga boleh memilih dari aroma bunga-bungaan. Ini adalah untuk memudahkan ‘perfume hunting’ anda nanti.
Beli minyak wangi pada waktu pagi
Mengapa? Deria bau anda lebih sensitif pada waktu pagi, otak lebih tenang dan ia adalah masa terbaik untuk membuat pilihan terbaik. Malah, anda juga digalakkan memilih haruman pada waktu pre-menstrual kerana ketika itu bau anda lebih sensitif, memudahkan anda memilih aroma floral!
Ads
Ikut gaya sesuai
Sebelum keluar memilih haruman, bergayalah mengikut personaliti anda agar pembantu jualan boleh membantu anda membuat pilihan mengikut gaya dan personaliti anda.
Hindari minyak wangi dan kosmetik
Hanya sekali ini, biarkan wajah anda polos dan tubuh tanpa haruman. Nanti sukar untuk anda membuat pilihan haruman yang sesuai untuk anda.
Ads
Sediakan sapu tangan kecil atau kepingan kain kecil
Semburkan minyak wangi pilihan pada sapu tangan dan kain kecil itu. Anda bawa pulang dan buat pilihan mengikut kegemaran anda. Datang smeula untuk membuat pembelian.
Namun, menurut Pengarah Kreatif jenama haruman eksklusif dunia Amouage, Christopher Chang, untuk memilih haruman terbaik adalah dengan menyemburkan pada bahagian tubuh agar ia boleh sebati dengan bau badan anda.
Hadkan semburan minyak wangi
Buat pilihan lima terbaik. Hidung anda hanya boleh ‘menangkap’ hanya 5 haruman sahaja dan waktu percubaan tidak lebih dari 3 minit.
Ads
Haruman asli
Sedikit pelaburan untuk minyak wangi original lebih baik kerana walaupun harganya mahal tetapi pati haruman ini tahan lebih lama.
Pilih haruman, bukan botol!
Jangan biarkan botol yang cantik memperdaya anda. Paling penting, haruman yang dipilih sesuai dengan anda. Botol pun hanya di simpan di rumah kan?
Ikut perasaan
Kali ini anda boleh membuat keputusan membeli minyak wangi mengikut perasaan. Maksudnya, deria bau anda yang akan memberikan perasaan kesesuaian untuk tubuh. Hanya anda yang tahu apa yang terbaik, bukan orang lain!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat lakonan terbaharunya melalui sebuah drama dan membawakan watak seorang gadis biasa, pasti tidak menyangka pemilik nama Che Puan Syamim Farid ini sebenarnya merupakan isteri kepada YM Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Dato’ Ardi Esfandiari Al-Haj yang merupakan kerabat diraja Selangor. Selain dianugerahkan dengan badan yang tinggi lampai dengan bakat semula jadi, pastinya kecantikannya menarik pehatian setiap mata yang memandang.
“Buat masa sekarang, saya masih sibuk untuk menghabiskan penggambaran drama 100 episod yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro Prima dan MAYA HD berjudul Cinta Tiada Ganti. Saya memegang watak bernama Shane seseorang ceria, kawan yang baik dan sangat over protective terhadap orang yang dia sayang”, jelasnya berkongsi perkembangan terbaharu.
Ada banyak cara yang dilakukan oleh kebanyakan wanita untuk mendapatkan tubuh badan yang bukan saja sihat, tapi bentuk badan yang ideal. Bagi Che Puan Syamim pula, beliau mempunyai cara yang tersendiri untuk mengekalkan tahap kesihatan dan sentiasa tampil cantik.
“Untuk sentiasa tampil sihat, saya amat menitik beratkan soal permakanan. Bahkan, saya tidak makan nasi dan kini mengamalkan Pescatarian Diet. Selain itu, saya juga akan bersenam untuk mengekalkan tahap kesihatan yang maksimum”, balas Che Puan Syamim yang merupakan anak ketiga daripada empat adik-beradik.
Sesuai untuk wanita yang sering risau akan perut buncit, kini anda mungkin mampu tersenyum lebar dengan mencuba tip diamalkan oleh Che Puan Syamin yang dikongsikan bersama NONA.
“Seterusnya, antara tip yang diamalkan untuk mengelakkan perut buncit ialah semasa atau selepas makan saya tidak akan terus minum. Selepas 1-2 jam, baru saya akan minum. Kemudian, Selepas makan saya akan duduk, jalan atau berdiri selama 2 jam sebelum baring atau tidur untuk membantu proses penghadaman makanan”, jelasnya yang lahir pada 29 Januari.
Rupa-rupanya ini yang diamalkan oleh Che Puan Syamim untuk kekal ramping dan sentiasa tampil on point! Kalau sebelum ini anda dah cuba pelbagai cara untuk kekal sihat terutamanya ingin menghilangkan perut buncit tapi tidak membuahkan hasil, apa salahnya cuba pula cara yang dikongsi oleh Che Puan Syamim ini. Selamat mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amboi, makin berseri-seri Joy Revfa. Walau pun sibuk merencana strategi bisnes kosmetik, tetap ada masa jaga kecantikan diri. Bukan saja aktif bersukan kick boxing, Joy juga ketagih mencantikkan diri termasuk membuat rawatan gigi di sebuah pusat pergigian.
Menyedari berat badan yang naik mendadak sebelum ini membuatkan pengasas Merve Cosmetics tersebut terpanggil untuk kembali langsing secara sihat. Tak lokek berkongsi rahsia, Joy tanpa berselindung mengakui mengamalkan rutin senaman seperti kick boxing di samping menjaga pengambilan diet harian.
Kongsi ibu kepada seorang cahaya mata lelaki ini, “Sejak Joy amalkan diet, exercise, sauna, kickboxing dan ambil berat tentang kalori pemakanan yang Joy ambil setiap hari… make sure jangan ambil makanan lebih 2000 kalori, jangan ambil berminyak / manis terutama nasi. Minum air 8 gelas sehari dan last makan pukul 6 petang macam Intermittent Fasting diet jugak. Alhamdulillah, dalam masa seminggu saja Joy dah turut 4 kg. Rasa tak percaya tapi kalau rajin dan berusaha memang nampak result!
Lepas dah lose weight, nak focus fit dan shapekan body to look good, feel good and damn good!
Yang jadi naik berat mendadak sebelum ni bedal je nak makan apa tanpa kira kalori, makan nasi siang malam tanpa bersalah dan tak exercise keluar peluh langsung. Sedih! So kawan-kawan yang nak start lose weight tu elok la cepat-cepat start dan jangan malas ok!”
Kalau intai media sosial Joy memang nampak perubahan bentuk badan usahawan ini. Bahkan dia turut mengakui mampu memakai seluar yang dibelinya suatu masa dulu. Maknanya dah makin ‘mengecil’ tu. Walau macam mana pun tip yang anda buat untuk tampil kurus dan langsing, kunci utamanya ialah konsisten. Bila konsisten dan azam kuat untuk berubah, inshaAllah semuanya bukan lagi angan-angan!
Kredit: Instagram Joy Revfa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan wanita berusia 39 tahun ini kian bersinar selepas dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.
Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion… tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.
Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!
Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai… Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.
Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.
Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lain termasuk kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam… semuanya dari label fesyen antarabangsa.
Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.
Kredit foto: Instagram Marion Caunter
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
AirAsia berhijab membuka lembaran baharu buat wanita Muslim dalam industri penerbangan dengan membenarkan kru kabin memakai hijab secara rasmi. Perubahan ini meraikan kepelbagaian dan memberi ruang kepada wanita hadir sebagai diri sendiri tanpa mengorbankan prinsip.