Nak Cantik Boleh, Tapi Jangan Obses… 2 PENGACARA Jelita Ini Dedah Tip Tampil Cantik Depan Kamera!

Bagi yang biasa tengok rancangan membeli-belah di kaca televisyen, pasti mengenali wajah cantik dua pengacara wanita ini. Kepetahan mereka mengacara diakui mampu membuatkan penonton leka dan ‘melekat’ di depan TV. Tidak sekadar memiliki bakat semula jadi beraksi di depan lensa kamera, Liyana Adnan dan Rusdiana Rusdi bertuah kerana dikurniakan raut wajah yang cantik. Pendek kata, tak puas mata memandang.

Kedua-duanya yang baru selesai mengacarakan rancangan CJ WOW SHOP khas pada 30 dan 31 Mac lalu nyata cukup ringkas orangnya. Biarpun berstatus public figure… tapi rejim kecantikan Liyana dan Diana sangat mudah dan tidak memerlukan belanja yang besar.

Tak lokek berkongsi rahsia, wanita berusia 32 tahun dan berasal dari Pahang ini membuka bicara. “Sebagai seorang yang sentiasa berada di depan kamera adalah menjadi tanggungjawab saya untuk tampil kemas dan presentable. Tiada petua sangat pun. Cuma untuk pastikan kesihatan luar dan dalam serta kulit kekal sihat saya amalkan minum air masak.

Disebabkan jadual kerja yang agak padat, saya akan turut pastikan sebelum tidur solekan di wajah dicuci bersih,” ujar Liyana.

Ditanya tip solekan yang diamalkan selama ini Liyana menjelaskan, “Tip paling mudah pakai bedak kompak dan juga gincu. Dalam masa sama gincu tersebut boleh juga dijadikan sebagai blusher dan juga eye shadow. Bagi saya kecantikan itu adalah subjektif, asalkan tak keterlaluan… okay saja.”

Sementara itu, bagi rakan setugas Liyana iaitu Diana pula… mengakui dia seorang wanita yang simple baik dalam kehidupan mahupun gaya harian. Pun begitu, sejak ada anak dan bergelar ibu, kebanyakan masa Diana lebih banyak tertumpu untuk keluarga.

Every month memang Diana akan pergi facial dan salon untuk penjagaan muka dan rambut. Kalau sempat baru pergi ke spa. Wajib dapatkan treatment untuk muka dan rambut sebab setiap hari pakai mekap. Bab senaman, dulu memang saya aktif. Setiap minggu mesti pergi main badminton tapi sebab anak-anak kecil lagi tak sempat nak pergi macam dulu.

Bila mereka dah besar sedikit sekarang, saya dan suami dapat kembali buat sukan yang kami suka macam badminton. Jenis saya, saya seorang yang gemar sukan yang bersosial maksudnya bukan jenis masuk ke gymnasium.”

Tatkala diminta pandangan mengenai anak gadis masa kini yang selesa mengenakan solekan tebal ketika keluar rumah, ini jawapan jujur Diana. “Saya akui anak buah sendiri pun jenis yang sudah berjinak-jinak dengan make up. Zaman kita dulu tak boleh langsung nak pakai sebab nanti kena marah dengan mak. Lepas habis belajar baru boleh.

Sebab tak nak kulit mereka terdedah dengan chemical dalam alat kosmetik, saya selalu nasihatkan mereka untuk tidak kerap menggunakannya atau lebih baik tak pakai lagi semua itu buat masa ini sebab mereka masih kecil.

Yes, penampilan kena jaga tapi bagi saya make up tu tak penting lagi sebab baru muda. Saya jenis simple yang keluar rumah pun pakai lip balm saja. Kalau dari remaja dah banyak sangat chemical

dekat muka nanti dah berusia bayangkan kulit mereka macam mana.”

Tambahnya lagi, “Soal diet, saya tak nafikan ada masalah berat badan yang naik turun. Papa saya selalu cakap selagi muda dan boleh makan, makanlah. Tapi bila usia dah 30 and above kawal makanan terutama yang manis dan masin. Setengah orang diet sampai menyeksa diri. Apa yang penting bagi saya adalah pilih diet makanan yang seimbang yang cukup dengan nutrisi.

Tak mengapa kalau ambil karbohidrat seperti nasi tapi mestilah dengan anggaran yang betul dan tak berlebihan. Nak elak diet nasi ni susah sebab dah jadi makanan ruji Malaysia. Jadi, terpulang kepada kita macam mana nak seimbangkan diet harian.”

 

 

IKLAN
Share