Hidup kalau hendak tenang dan diberkati Allah selalu, banyakkanlah berbuat kebaikan kepada kedua ibu bapa terutamanya kaum ibu. Kerana di situlah letaknya gerbang rahmat Allah SWT dan jalan taubat terbaik! InshaAllah, amalkan dalam bulan baik… bulan Ramadan ini pasti sisi kehidupan berubah ke arah positif.
Tapi jangan pula berhenti buat bakti kepada insan istimewa ini bila sudah habis Ramadan. Sebab hendak zahirkan kasih sayang dan penghargaan kepada ibu tidak perlu masa tertentu pun. Setiap hari pun boleh. Lagi banyak menyenangkan hati mereka… lagi besar ganjaran yang menanti di sana kelak.
Baca perkongsian penceramah dan pendakwah terkenal, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang berbicara soal taubat awal Ramadan lalu memang betul-betul terkesan di hati. Lebih-lebih lagi dalam kalangan anak-anak. Terus rasa macam hendak 24 jam ‘berkepit’ dengan mereka… hendak tengok dan jaga sebaik-baiknya. Sama macam mereka tekun jaga kita waktu kecil dulu.
Ustazah Norhafizah bersama Tengku Permaisuri Selangor
Kongsi Datuk Dr Ustazah Norhafizah, “Ku melangkah gerbang Ramadan setelah lelah memikul beban dosa dan kelalaian. Berapa banyak amal yang seakan-akan amal akhirat… tetapi kerana kecundang dalam menghalusi niat, amal akhirat menjadi amal dunia. Ku berhenti seketika di Gerbang Ramadan merafak tangan bergelumang noda di hadapan Rabbku yang Maha Mencintai.
Tunjukkan ku jalan taubat Ya Allah. Jadikanku ahluttaubah sebelum kakiku menapak ke Madrasah Ramadan ini. Lalu Allah jentik hati ini dengan sebuah hadis Rasulullah SAW.”
Ads
Cerita Ustazah Norhafizah lagi, “Tatkala seorang lelaki datang menemui Rasulullah SAW dengan wajah dan hati yang gundah-gulana.. ‘Tunjukkan ku jalan taubat Ya Rasulullah. Bagaimana untuk aku bertaubat. Dosa ku amat banyak.’
Justeru Rasul mulia ini dengan penuh pengasih bertanyakan pemuda tadi. ‘Apakah kamu masih ada ibu? Pulanglah kepadanya… berbaktilah kepadanya. Itu jalan taubatmu.’
Ads
Ketika menyampaikan ceramah bersama suami tercintaUstazah Norhafizah bersama suami & ibu bapa
Allahu akbar! Jangan sampai diri ini terlupa. Mak abah ku adalah jalan taubatku. Berbakti kepadanya adalah gerbang terbaik untuk mendapatkan pandangan rahmat dariNya.
Marilah wahai diri dan seluruh sahabatku… kalau pun tidak boleh pulang, mari berikan ucapan yang indah pada kedua ibu bapa kita.
Mohon kemaafan darinya kerana kita selama-lamanya sukar amat untuk membalas jasa mereka. Mohon doa keduanya agar kita beroleh rahmat dan mohonlah nasihat keduanya kerana kunci syurga itu Allah takdirkan jalan mudah ada pada redha keduanya.”
Ads
Tak sangka, rupa-rupanya cara paling mudah mencari reda Allah adalah melalui insan yang paling dekat dengan kita iaitu ibu.
Moga kita semua selaku anak dapat menjalankan kewajipan sebaik-baiknya kepada ibunda tersayang. Sesungguhnya, syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kini, outlet terbaharu Bens’ Independent Grocer di bawah pengurusan Village Grocer Holdings Sdn Bhd mengekalkan konsep membeli-belah sambil menikmati pelbagai outlet makanan yang menampilkan konsep terbuka dan versatil!
Antara outlet makanan yang boleh dijadikan pilihan termasuklah Botanical, Malaya Kitchen, Barn Butchery, Bay Seafood and Chalk & Cheese. Selain itu, anda boleh menikmati hidangan istimewa F&B di bawah Ben’s Independent Grocer iaitu The Grocer’s Kitchen yang memberi tumpuan terhadap hidangan pizza dan rotisseries, Independent Coffee dan Crumbs yang menyediakan aneka pastri serta roti menyelerakan. Jika anda menggemari hidangan dari Vietnam, jangan lupa menikmati hidangan Vietnam di I LOVE PHO yang berasal dari Australia. Ia membuka pintu di pasaran Malaysia bersama dua lagi jenama iaitu Shucked dan Inside Scoop.
BELI-BELAH SERBA MUDAH
Menyentuh tentang pengalaman membeli-belah di Ben’s Independent Grocer IPC sememangnya suasana membeli barangan keperluan harian menjadi cukup mudah dengan kepelbagaian barangan tempatan dan antarabangsa yang mudah didapati di sini. Variasi barangan keperluan harian yang segar pastinya menjadi pilihan untuk ibu-ibu moden menyediakan hidangan untuk seisi keluarga. Faktor kesegaran dan produk makanan yang bermutu amat penting dalam aspek penjagaan makanan bagi memastikan hidangan yang disediakan berkhasiat dan terjamin dari segi kebersihannya!
Susun atur produk di Ben’s Independent Grocer juga amat sistematik dan teratur serta mudah untuk mendapatkan produk yang diingini. Malah, produk berjenama yang mungkin tidak dijual di pasaraya lain boleh didapati dengan mudah di sini. Sekali gus, menjadikan Ben’s Independent Grocer pilihan lokasi membeli-belah barangan keperluan harian untuk golongan expatriate yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur.
Sempena pembukaan Ben’s Independent Grocer IPC, setiap pembelian yang menelan belanja RM250 dalam satu resit pada hari biasa berpeluang memiliki B.I.G cooler bag. Selain itu, pelbagai tawaran menarik disediakan kepada setiap pelanggan bertuah. Selamat membeli belah!ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Guru matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh menyifatkan perjuangannya masih belum selesai meskipun Lembaga Tatatertib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan beliau tidak bersalah dan tiada sebarang tindakan tatatertib diambil.
Sebagai mana ditegaskan sebelum ini, apa jua keputusan yang dibuat KPM terhadap dirinya bukan fokus utama sebaliknya perlu tertumpu kepada kelemahan sistem pendidikan yang perlu diperbaiki.
“Sama ada saya dikatakan bersalah atau tidak, itu nombor dua. Kalau tak bersalah alhamdulillah rezeki seperti mana dah terbukti tak salah. Alhamdulillah rezeki.
“Pertama, tolong jangan lari pada fokus. Fokusnya ada kelemahan dan kerosakan dalam sistem kita bukan saja sistem pendidikan sahaja tapi saya fokus pada pendidikanlah sebab saya dalam pendidikan.
“Kelemahan ini kita sangat berharap diubah. Ada tindakan susulan daripada kes viralnya saya ni, ada tindakan, ada perubahan yang ke arah kebaikan. Itu je yang saya nak.
“Saya bukan nak apa-apa. Saya nak generasi kita, anak-anak kita dapat hak mereka. Pendidikan kita lebih berkualiti,” katanya menerusi Live di Facebook pada Selasa (18 Oktober 2022).”
baginya, sukar untuk melakukan perubahan selagi terdapat sebahagian mereka yang mempunyai kuasa menekan bawahan supaya meneruskan budaya yang tidak sihat.
“Surat itu tak sepatutnya sampai kerana tak setimpal dengan kesalahan. Ia tak masuk akal melainkan ada tangan ghaib yang mampu mempengaruhi yang benar-benar berkuasa mampu mempengaruhi untuk keluarkan.
“Tangan ini masih wujud di atas sana dan mereka perlu disingkirkan daripada sistem. Minta mereka bersara awal. Lantik mereka yang berintegriti. Itu tujuan saya.
“Perjuangan saya di situ. Perjuangan saya bukan untuk dapat jadi cikgu balik atau didapati tidak salah,” katanya.
Bagaimanapun, beliau menzahirkan rasa syukur atas keputusan tersebut dan berterima kasih kepada Lembaga Tatatertib yang bersidang dengan jujur dan amanah.
Menerusi hantaran di Facebook sebelum itu, beliau meminta agar mana-mana pihak yang menyebarkan surat keputusan Lembaga Tatatertib KPM menarik balik gambar surat berkenaan kerana merupakan dokumen sulit.
Sumber: Sinar Harian
Kredit Foto: Facebook Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada kisah yang lebih menarik dari menyaksikan penyatuan dua wanita saling menghormati dan menoktahkan “dendam” lama. Itulah yang boleh digambarkan apabila hari ini, warga Internet menggila selepas melihat Selena Gomez dan Hailey Bieber bergambar bersama dengan penuh kemesraan pada acara Academy Museum Gala di Los Angelas.
Kredit Foto: TYRELL HAMPTONKredit Foto: TYRELL HAMPTON
Namun kenapa gambar ini buat ramai yang berkata-kata? Untuk makluman, bintang siri The Only Murders in the Building sebelum ini pernah menjalinkan hubungan berprofil tinggi bersama bintang pop terkemuka Justin Bieber, yang kini sudahpun berkahwin dengan Hailey Baldwin. Sebelum Justin Bieber dan isteri, yang juga model mengikat tali pertunangan pada tahun 2018, perhubungan Justin dan Selena sering kali on-off dari 2011 dan 2014.
Pertemuan dua mata antara Selena dan Hailey nyata mengujakan peminat masing-masing apabila awal tahun ini, muncul khabar angin mengatakan Selena tidak berpuas hati dan menganggap Hailey ‘merampas’ Justin dari Selena. Seperti biasa, dakwaan dia ‘mencuri’ Justin dinafi sekeras-kerasnya, dan turut menganggap berita dia dan Selena berselisih faham tidak benar sama sekali. Ini diceritakan sendiri oleh Hailey dalam sebuah rancangan audio siar, Call Her Daddy. Hailey turut menjelaskan dia dan Bieber memulakan hubungan selepas Justin menamatkan hubungan dengan Selena.
“Banyak kecaman dan tanggapan yang salah saya terima. ‘Oh, awak merampas dia.’ Semuanya datang dari fakta yang tidak benar dan dimanipulasi oleh sesetengah pihak. Saya sangat menghormati Selena. Tidak ada drama antara kami”, jelas Hailey.
Untuk rekap, Bieber bertunang dengan Hailey, yang juga anak perempuan pelakon, Stephen Baldwin selepas pihak media melaporkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan di Amerika Syarikat. Mereka berkahwin secara sah pada 30 September 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!