Seraut wajah asli, lembut dan menenangkan, seribu kali lebih baik daripada kejelitaan palsu di sebalik solekan atau pembedahan surgeri.
Dengan cara yang sederhana, sebenarnya anda masih boleh kelihatan menawan dengan mengamalkan dua doa ini.
Tanpa modal yang besar untuk membeli produk penjagaan kulit di pasaran, cuba amalkan saja doa ini dengan perasaan yakin dan ikhlas membacanya.
Surah Yusuf Ayat 4:
Ads
Surah Thaha Ayat 39:
Ads
Ads
Kedua potongan ayat tersebut diyakini memiliki banyak manfaat termasuklah untuk kecantikan kulit wajah dan awet muda.
Cara Mengamalkan
Baca sesudah wuduk dan selepas mandi. Tiupkan pada kedua tapak tangan dan raupkan ke wajah. Jika ikhlas dilakukan selalu dapat menambah kecantikan wajah dari hari ke hari.
Selepas solat wajib, baca kedua-dua ayat ini 3 kali. Tiupkan pada tapak tangan dan raupkan ke muka. Lama-kelamaan orang yang memandang akan melihat kelainan pada wajah anda. Lebih mempesona. Norzalina Mohd Alias
Peminat Channel Youtube ‘Durian Kimchi’ pastinya tidak asing lagi dengan figura pasangan suami isteri Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae yang juga selebriti dan pempengaruh media sosial.
Terbaharu, penampilan Maryam yang begitu manis dan terlihat suci dalam busana jubah putih dan beryudung litup telah membuatkan netizen terpesona dengan kejelitaan dan keayuan gadis berketurunan Korea itu.
Perkara berkenaan tular apabila Maryam memuat naik sebuah video di laman Instagram miliknya baru-baru ini dengan mengakui bahawa dirinya sememangnya seorang bidadari dan memaklumkan bahawa orang ramai telah membuatnya ‘kantoi’.
“Ramai orang cakap ‘Maryam nampak macam bidadari’.
Lai Illaha Illallah, sudah kantoi laa. Macam mana.” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran video berkenaan.
Malah, lebih menghiburkan lagi dapat dilihat dalam video berkenaan sifat comel Maryam yang gigih untuk terbang persis bidadari itu telah membutkan netizen tak kering gusi melihat telatahnya yang berbahasa melayu pasar itu.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan rakan selebriti meluahkan rasa terhibur melihat gelagat Maryam dan tidak kurang juga yang memuji kesipanan dan keanggunan Maryam ketika mengenakan busana patuh syariah itu.
“Bidadari Rizal je 😂😂😂😂. Yang lain semua perhati je.”
“Cantik sangat kak Maryam 🤍🤍🤍🤍🤍.”
“😍😍😍adoiii dikkkk.”
“Ahahahaha Maryam I miss you! ❤❤❤.”
“Hahahha comel terbangnya 🤣.”
“Tapi Maryam cantik pakai macam ni,” tulis wargamaya dan beberapa rakan artis.
Untuk rekod, Maryam dan suami Rizal Ibrahim telah diijabkabulkan pada tanggal 15 Ogos 2019. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun itu, kehidupan pasangan ini diserikan dengan kehadiran cahaya mata perempuan, yang diberi nama Rina Ryzal dilahirkan pada Oktober 2021.
Terdahulu, Maryam pernah dikritik hebat oleh netizen kerana tidak mengikuti cara pantang seperti orang Melayu.
Walaubagaimanapun, suaminya, Ryzal tampil mempertahankan Maryam dengan menegaskan bahawa Maryam hanya bertukar agama dan tidak mengubah budaya.
Selain itu, Ryzal turut menitipkan harapan agar tidak ada individu yang akan memaksa isterinya untuk menerima budaya yang bukan miliknya.
Masha-Allah, berseri-serinya Datin Hajah Anne Ngasri yang baru sahaja pulang dari tanah suci mengerjakan ibadah haji baru-baru ini.
Nampak semakin ‘remaja’ pula, bukan macam ibu anak enam. Cantik sangat!
Dalam posting terbaharu, Datin Anne berkongsi berita gembira di Instagramnya di mana beliau telah dikurniakan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 lalu.
Alhamdulillah, berkat tahun baharu juga, rezeki Datin Anne terutama perjuangannya di lapangan politik.
Tulis Datin Anne ringkas: –
“2 Muharam 1445 Hijrah/20.7.23 Syukur dengan izin & limpah kurniaNya.
“Semoga ALLAH SWT merahmati pemerintahan KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Tuanku yang memayungi seluruh rakyat.
“Patik menjunjung kasih & kurnia serta terus bekerja keras menabur bakti demi agama, bangsa dan negara yang tercinta.”
Rata-rata para peminat dan pengikut termasuk rakan-rakan selebriti menzahirkan ucapan tahniah serta syukur atas pencapaian isteri kepada Datuk Mohd Sumali Reduan ini.
Mereka turut memuji kecantikan dan wajah ‘awet muda’ Datin Anne biarpun kini usianya sudah mencecah 39 tahun.
Sementara itu, Darling Ngasri yang merupakan kakak kepada Datin Anne turut menemani Datin Anne ke majlis tersebut. Darling juga menitipkan ucapan tahniah buat adik kesayangannya itu di Instagram.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada adindaku Datin Hajah @annengasri_official atas pengurniaan Darjah Kesatria Mangku Negara (K.M.N) sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan di Istana Negara pada 20 Julai 2023 hari ini.
“Teruslah menabur bakti demi agama, bangsa dan negara kerana sebaik-baik manusia adalah yang bermanfaat.”
Darling atau nama sebenarnya, Nasreen Ngasri yang ini berusia 40 tahun merupakan merupakan seorang pelakon serta penerbit. Darling merupakan ibu kepada seorang anak lelaki, Nur Nashrullah berusia 12.
Rata-rata netizen berasa kagum dengan pasangan adik-beradik ini yang tidak dimamah usia. Memang awet muda, ibarat tak tua-tua.
Dua lagi adik beradik mereka ialah Naszeli (Boy) dan Nasrizal(Bell).
Menariknya lagi, walaupun nampak macam ‘remaja’ tetapi masing-masing sebenarnya sudah pun bergelar nenek kerana anak sulung kepada abang mereka, Boy sudah pun memiliki anak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Leka menatap video terbaharu Deanna Yusoff di media sosial, bukan fokus pada ayat-ayatnya tapi terpegun tengok kulit wanita berusia 56 tahun ni. Macam tak percaya tanpa mekap pun, raut wajah Deanna tetap cantik seperti masih 30-an.
Seorang pencinta alam sekitar dan pengamal ‘clean eating’, Deanna Yusoff sememangnya terkenal dengan amalan sihat tak kira daripada aspek diet mahupun penjagaan diri.
Paling suka bila tengok aktres popular ni mengenakan persalinan kebaya sempena meraikan 1 Ramadan lepas. Cantik jelita macam tak dimakan usia!
“Saya doakan semua orang mendapat keberkatan puasa. Ramadan Mubarak!” Deanna Yusoff
SEMULA JADI
Bagi yang mengikuti perjalanan hidup Deanna, beliau sering berkongsi ilmu pengetahuannya tentang minyak pati antaranya buah merah, buah keras, prickly pear seed oil, watermelon seed oil serta sebagainya yang berfungsi sebagai carrier oils.
“Stres dan kurang tidur adalah punca kulit nampak letih serta kusam. Jadi ambil masa untuk berehat atau ‘me time’ untuk kurangkan stres tu sekaligus buat muka nampak lebih berseri.” Deanna Yusoff
Mengintai khabar terkini Deanna di Singapura, wanita yang pernah dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-10 itu kini masih aktif dengan kegiatan seninya di sana.
Sebagai aktres, penyanyi, model dan emcee yang masih aktif, Deanna tetap menitikberatkan aspek penjagaan kecantikan bersandarkan alam semula jadi.
Antaranya dengan mengurangkan penggunaan produk berasaskan bahan kimia yang mengancam tubuh badan.
Pada usia 50-an, Deanna dilihat sebagai seorang yang mengamalkan diet sihat. Antaranya menikmati buah ara, matcha, avokado, biji chia dan smoothie pisang untuk menu sarapan berkhasiat dan tinggi antioksidan.
Gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Deanna termasuklah berjalan dan menikmati keindahan alam bagi kesihatannya.
“Saya perlu reset. Saya mula beralih kepada aktiviti yang lebih senyap dan mendekatkan diri dengan orang-orang yang ‘sekepala’ agar rasa lebih seimbang dan tenang.
Saya rasa lebih bertenaga apabila menari, mendengar muzik, bermeditasi dan mewarna. Saya pilih untuk lebih fokus pada diri sendiri dan saya mahu anda semua juga begitu.” Deanna Yusoff
Deanna memiliki Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari sebuah universiti luar negara. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris dan mula mencapai kejayaan dalam bidang lakonan menerusi watak Mastura lakonannya dalam filem Selubung diikuti watak sebagai Farah Hanum dalam filem Abang 92.
Popularti beliau dalam bidang lakonan mula melonjak naik menerusi drama Idaman yang mencipta sejarah sebagai Drama Melayu Paling Panjang oleh The Malaysia Book of Records.
Deanna juga pernah berlakon bersama Jodie Foster dan Chow Yun-Fat dalam filem epik Amerika, Anna and the King arahan Andy Tennant, yang mana beliau memegang watak sebagai Ratu Thiang.
***************
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang (link)
***************
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.