Cantiknya Shafnie Zainudin! Bertuah figura ini kerana dikurniakan rupa paras jelita dan penampilan menawan. Kalau tengok Shafnie pasti ada yang tidak menyangka bekas model ini bakal menginjak usia 49 tahun. Sisi kelembutan personaliti ini nyata menjadi inspirasi masyarakat yang mengenalinya kerana jiwa kental Shafnie membesarkan anak-anak selepas ikatan perkahwinan yang dibina terlerai.

Enggan menoleh kisah silam, ibu penyayang ini kian bahagia melayari kehidupan sebagai isteri, ibu dan nenek. Dia yang sebelum ini pernah terlibat dalam bidang peragaan dan bergelar pengacara pernah berkahwin dengan Dato’ AC Mizal namun berpisah pada Oktober 2001 selepas kira-kira enam tahun mendirikan rumah tangga.

Artikel https://www.nona.my/elegan-usia-41-bahagia-jadi-isteri-jurutera-julia-ziegler-seronok-galas-tugas-ibu-2-cahaya-mata/

Shafnie Zainudin Kian Bahagia

Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu! Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu! Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu! Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu!

Menerusi perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua anak lelaki iaitu Shafiq Iman dan Shabil Iman yang masing-masing sudah pun berkahwin.

Ads

Terbaharu, Shafnie memuat naik momen meraikan ulang tahun kelahiran cucu sulung iaitu Saif Aayan yang berusia dua tahun pada 27 Jun lalu.

Kongsinya, “Happy 2nd birthday sayang Nana, Saif Aayan my first-born grandson. Watching you grow these past two years has been one of the greatest joys. You’ve filled our hearts with love, laughter, and so many unforgettable memories.

From your cheeky smile to your curious little hands, everything about you is an adventure. May your days always be filled with happiness, love, and wonder. Nana loves you more than words can say!”

Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu!

Ads

Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu!

Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu!

Nenek Gorgeous, Shafnie Zainudin Ada 2 Cucu

Malah, Shafnie Zainudin turut berkongsi foto terkini dua anak lelaki kesayangan di samping isteri, anak perempuan bongsunya dan dua orang cucu tersayang.

Ads

Personaliti cantik ini juga dilaporkan menghidap kanser darah apabila didiagnos Acute Promyelocytic Leukaemia pada 5 Mac 2022.

Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu! Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu! Nenek ‘Gorgeous’, Shafnie Zainudin Kekal Jelita Usia Lewat 40an & Bahagia Ada 2 Cucu!

Selain Shafiq dan Shabil, Shafnie juga mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Layla yang berusia sembilan tahun hasil perkahwinan keduanya dengan Aliff Alias.

28 Disember ini, Shafnie Zainudin genap berusia 49 tahun. Semoga segala urusan dan impian wanita berjiwa cekal tersebut berjalan lancar.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI