Ads

“New Me!” Rasa Lebih Sihat & Ringan, Serina Datuk Redzuawan Syukur Turun Berat Badan Lepas Buat Bariatrik

Serina Datuk Redzuawan Syukur Badan Kini Lebih Sihat
Serina Datuk Redzuawan Syukur Badan Kini Lebih Sihat

Terkejut tengok penampilan terkini Serina Datuk Redzuawan yang makin ‘mengecil’. Bahkan raut wajahnya juga kelihatan lebih berseri-seri. Tampil menawan menjelang Syawal, anak perempuan Datuk Chef Wan ini meluahkan rasa syukur dengan perubahan fizikalnya yang lebih sihat.  

Tanpa berselindung, Serina mengakui dia menjalani prosedur bariatrik pada Mac lalu dengan Dr Mustafa atau lebih dikenali sebagai Dr Mus. Antara selebriti yang pernah mendapatkan khidmat Dr Mus bagi operasi bariatrik termasuk Dato’ Nora Ariffin, Dato’ Ziela Jalil, Jasmin Hamid dan ramai lagi.  

Ujar Serina, dia membuat keputusan untuk menjalani rawatan bariatrik selepas usaha untuk menurunkan berat badan menemui jalan buntu.  

Artikel https://www.nona.my/nadia-annuar-hyrox-singapura/

Serina Datuk Redzuawan Makin Sihat

“New Me!” Rasa Lebih Sihat & Ringan, Serina Datuk Redzuawan Syukur Turun Berat Badan Lepas Buat Bariatrik “New Me!” Rasa Lebih Sihat & Ringan, Serina Datuk Redzuawan Syukur Turun Berat Badan Lepas Buat Bariatrik

Ads

“Why I perlu buat sebab dah terlalu obesiti. Also sejarah keluarga yang ada penyakit. Nak beribadah rasa badan lebih ringan kalau berat dah turun. Bariatric bukan sekadar nak kurus tapi nak hidup lebih sihat dan mengelak dari penyakit yang bakal datang.” 

Berkongsi lebih lanjut mengenai perjalanannya menurunkan berat badan, ibu dua anak ini meluahkan kelegaan kerana dia kini lebih sihat.  

“MashaAllah syukur alhamdulillah. Masa ni lepas 17 hari operation. Dah turun berat badan 13kg. Rasa macam mimpi, sebelum ni nak turun 2kg pun seksa. Ada je ramai wanita macam Serina aktif bersukan tapi liat nak kurus.  

Ads

Syukur I buat keputusan yang tepat jumpa Dr Mus. Dia educate me about bariatric sangat bagus untuk orang yang obesiti. Paling best badan jadi ringan bertenaga, nak ibadah pun rasa mudah. Also happy sangat dapat puasa penuh. Thank you Dr Mus dan Kak Rafeah Ariffin bantu I ubah hidup New Me!” 

Serina Datuk Redzuawan Kian Bahagia Di Sisi Suami

Serina Datuk Redzuawan yang sebelum ini pernah menjadi pelakon kini aktif berniaga. Dari produk kecantikan, kesihatan hingga makanan, figura berkenaan rajin cari peluang berbisnes. Dia juga semakin bahagia menjadi isteri kepada pegawai polis iaitu Inspektor Meor Mohammad Aidid.  

“New Me!” Rasa Lebih Sihat & Ringan, Serina Datuk Redzuawan Syukur Turun Berat Badan Lepas Buat Bariatrik “New Me!” Rasa Lebih Sihat & Ringan, Serina Datuk Redzuawan Syukur Turun Berat Badan Lepas Buat Bariatrik “New Me!” Rasa Lebih Sihat & Ringan, Serina Datuk Redzuawan Syukur Turun Berat Badan Lepas Buat Bariatrik

Ads

Menerusi perkongsian di media sosial, Serina turut memberitahu suami tercinta terpaksa berhijrah dari negeri Perlis ke selatan tanah air iaitu Johor atas tuntutan tugas.  

Bercerita mengenai sambutan raya, bintang filem Mr Cinderella ini memberitahu dia sempat beraya dengan sahabat di Perlis selepas pulang berhari raya di keluarga mertua di Ipoh.  

“Sempat singgah beraya di rumah Datin Rosita beramah mesra bersama Puan Nor juga. Semua terkejut nampak perubahan ketara Serina makin turun berat badan. Alhamdulillah syukur I buat keputusan buat bariatric dengan Dr Mus.  

Dalam masa sebulan lebih je Serina dah turun 15kg. Rasa lebih fresh ringan new MeMore younger rasa bila badan dan kecil, nak bergerak pun pantas. Paling penting rasa bertenaga, also masih boleh enjoy food cuma tak boleh makan banyak perut dah kecil.” 

Serina Datuk Redzuawan mendirikan rumah tangga dengan Meor Mohammad Aidid pada April 2021. Menerusi perkahwinan terdahulu, wanita ini turut mempunyai dua anak iaitu Tristan Tarreef dan Isabella Saffiya. 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Prghh! Cintaan Kita, Saksikan Drama Mikro Tentang Luka, Ego & Peluang...

Prghh! Cintaan Kita mengupas luka perkahwinan, ego dan peluang kedua dalam kisah penuh emosi yang dekat dengan realiti pasangan moden.