Sebahagian besar petugas barisan depan yang berkhidmat waktu PKP ini, antaranya doktor, jururawat dan anggota polis adalah golongan ibu berkerjaya. Walaupun ikhlas berbakti untuk negara, namun mereka juga berdepan kesulitan berkaitan soal penjagaan anak di rumah.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan membincangkan isu berkenaan dalam mesyuarat esok termasuk kemungkinan memberi kebenaran kepada operasi taska dan tadika.
Ads
“Kita faham ada ibu bapa yang bekerja dan tak ada sesiapa menjaga anak-anak mereka. Perkara ini akan kita bincangkan esok untuk kita keluarkan prosedur operasi standard (SOP) yang lebih terperinci.
Semua kementerian akan terlibat dalam (mesyuarat ini) dan mereka akan mencadangkan SOP di bawah kementerian masing-masing. Jadi esok kita bincang sepenuhnya termasuk isu tadika,” katanya lagi.
Ads
Baru-baru ini media melaporkan pusat asuhan kanak-kanak yang masih mengenakan bayaran yuran penuh meskipun ibu bapa tidak dapat menghantar anak mereka ekoran pelaksanaan PKP.
Ads
Selain itu, ibu bapa yang bertugas dalam sektor dibenarkan turut menghadapi kesulitan mencari orang yang boleh menjaga anak mereka, terutamanya yang masih kecil.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebanyak 14 produk kraf Malaysia yang dihasilkan pelbagai etnik akan diketengahkan pada Minggu Kraf London (LCW) yang dijadualkan pada 6-14 Mei 2023 bertempat di High Commission of Malaysia, 45 Belgrave Square, London SW1.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong menerajui pameran tersebut bertitah dua daripada produk kraf tersebut daripada Negeri Terengganu iaitu songket dan telepuk, satu dari Negeri Pahang iaitu anyaman dari orang asal dan dua dari Negeri Sabah produk kraf dari ribu-ribu.
Terdapat juga hasil produk kraf Negeri Sarawak terdiri daripada anyaman, tenunan dan keringkam Sarawak. Juga tidak ketinggalan produk kraf Negeri Selangor yang unik dari Mah Meri.
KDYMM Seri Paduka Raja Permaisuri Agong juga merupakan penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja bertitah selain mempamerkan hasil produk kraf, tujuh usahawan kraf akan dibawa ke pameran yang bertemakan “Malaysia’s Heritage Crafts” untuk menjalankan aktiviti demonstrasi kraf.
Baginda juga bertitah: –
“Prograam ini akan membuka peluang kepada para pengusaha kraf untuk berkolaborasi dengan pereka antarabangsa dan gedung ternama serta galeri.
“Kita berharap agar ia juga dapat mengetengahkan seni dan budaya setiap etnik di Malaysia melalui “craft language”.
Moga Seni Kraf Malaysia terus dilestarikan dibawah naungan Raja Permaisuri Agong.
Sumber: Yayasan Tenun Pahang Diraja
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Viral semalam apabila tersebar kisah tiga kanak-kanak ini yang dikatakan telah diabaikan tanpa penjagaan oleh ibu bapa mereka di rumah.
Kes yang berlaku di Larkin, Johor Bahru tersebut mendedahkan keadaan daif mereka yang tidak berpakaian dan menangis berjam-jam. Turut ditemui sebuah telefon bimbit yang uzur dan berbahaya tanpa penutup belakang sebagai ‘permainan’ kanak-kanak tersebut.
Lebih menyedihkan, kelihatan sebuah periuk nasi yang ‘disimbah’ kicap sebagai makanan mereka bertiga. Sisa yang hanya tinggal kerak nasi itu dipercayai menjadi makanan kanak-kanak tersebut ketika lapar.
Dalam perkembangan terbaru, dikatakan semua kanak-kanak ini telah mendapat pembelaan Jabatan Kebajikan Masyarakat apabila pihak berkuasa bertindak pantas selepas menerima aduan. Kini mereka telah dipindahkan ke pusat jagaan kanak-kanak di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Justeru sebagai anggota masyarakat, Nona ingin menyeru kepada semua pembaca yang prihatin supaya selalu memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Ambil tahu keadaan jiran tetangga dan ringankan tangan berbahagi rezeki.
Kita tak tahu nasib orang di balik pintu, kerana mereka yang tersenyum di hadapan kita mungkin juga sedang menangis saat kita berpaling meninggalkan mereka.
Walau bagaimanapun, masih terkesan di fikiran Nona kes arwah Muhammad Firdaus Dullah, seorang remaja Orang Kelainan Upaya (OKU) berusia 16 tahun yang ditemui dalam keadaan kurus kering dan tidak terurus. Arwah meninggal akibat sawan selepas diselamatkan.
Penemuan Firdaus pada Jun 2014 itu menggemparkan negara kerana ditemui dalam keadaan menyayat hati di kediaman keluarganya di Taman Semarak, Nilai. Dia ditemui oleh pasukan Imigresen yang menjalankan pemeriksaan di kawasan perumahan tersebut. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tanggal 20.2.2020 menjadi pilihan buat pelakon jelita Zahirah Macwilson, 25 bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza,31. Dengan sekali lafaz, Aiman dan Zahirah sah bergelar suami isteri. Majlis pernikahan telah disempurnakan sendiri oleh bapa Zahirah, Zainol Johari MacWilson di hadapan keluarga kedua belah pihak dan sahabat rapat bertempat di Glam Hall, Mutiara Damansara.
Pada majlis pernikahan, Aiman menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 beserta lima dulang hantaran manakala Zahirah membalas dengan tujuh dulang hantaran. Majlis yang dihadiri kira-kira 200 orang tetamu mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings di mana tema rustic menjadi pilihan kedua pasangan selebriti ini untuk meraikan majlis akad nikah mereka.
Aiman segak dalam persalinan baju Melayu rekaan Cosry manakala Zahirah menggayakan busana sentuhan pereka fesyen terkenal Teh Firdaus. Lebih istimewa, penampilan Zahirah pada majlis pernikahan disempurnakan dengan koleksi Hearts On Fire dari Habib Jewels dengan seutas rantai tangan, rantai leher, anting-anting dan cincin. Habib Jewels menaja barangan kemas bernilai RM1 Juta untuk menyerikan lagi penampilan Zahirah di hari bahagianya.Wajah Zahirah ditatarias oleh Bosco Ryzal menampilkan konsep solekan minimalis yang anggun.
Perarakan pembawa dulang dari pihak Aiman membuka upacara majlis pernikahan disertai dengan pembawa dulang hantaran dari pihak Zahirah. Aiman segak dalam persalinan baju Melayu rona putih melangkah ke ruang majlis akad nikah sambil disaksikan kaum keluarga serta sahabat handai. Manakala Zahirah pula anggun pula memasuki ruang pernikahan sambil ditemani oleh ibu tersayang, Maslinda Yusoff.
Tepat jam 9 malam,Nur Zahirah MacWilson bt Zainol selamat bergelar isteri kepada Aiman Hakim bin Dato Ridza Abdoh.
Majlis resepsi pasangan merpati dua sejoli ini bakal diadakan secara bersama kedua belah pihak di GlamHall hujung minggu ini. Sehari sebelum majlis pernikahan, Zahirah telah menjalani istiadat Malam Berinai di mana Zahirah menggayakan persalinan Bollywood hasil rekaan Rizman Ruzaini. Majlis yang diadakan secara tertutup untuk keluarga itu telah mendapat sentuhan solekan oleh Nurul MF dan dandanan rambut oleh Mei Choi.
Setiap pasangan bercinta pasti mempunyai momen indah yang menjadi kenang-kenangan di majlis istimewa penyatuan dua jiwa. Begitu juga buat Aiman dan Zahirah apabila Aiman membuat kejutan istimewa berupa sepucuk surat ditujukan khas buat ‘bekas tunangnya’.
Surat tersebut berbunyi:
To my ex-girlfriend and ex fiance to be,
I know it has been a roller coaster ride for the past year since we got to know each other.
“Makan mamak until early morning and tengok movie. Trust me, tak tengok pun movie tu sebenarnya”.
“I could not stop looking at you.But the best part was to chit chat with you all day long.
“I wish I can put all these feelings into one word. But the things is, there is no such thing and I love that.
“I cannot predict what is on your mind. I find that whatever I tried to. I would fail and ended up being surprised.
“In a few more hours/minutes, you will be my wife And I wish we can be the best of us in anything throughout this journey.
“Your love is my food, your thoughts are my fuel and your touch is my motivation.”
Terdahulu pasangan ini telah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 selepas 7 bulan berkenalan dan menyulam rasa cinta.Selamat melayari bahtera rumahtangga buat pasangan selebriti yang sama cantik dan sama padan ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.