Sambutan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi dan apabila kawan-kawan dan ahli keluarga berkumpul, pesta makan pasti tidak berkesudahan. Bagaimanapun, resipi tradisional musim perayaan biasanya mengandungi kadar lemak yang tinggi dan rendah serat yang baik.
Ayam Brand berbangga untuk memperkenalkan sembilan resepi untuk musim perayaan yang lebih sihat. Resepi ini mengandungi kebaikan Omega 3 dan kalsium daripada ikan tuna dan sardin, rantaian sederhana trigliserida (MCT) daripada santan kelapa, serta serat dan vitamin daripada nanas dan jagung manis.
Sebagai jenama yang mempunyai warisan selama 126 tahun, Ayam Brand cukup memahami aspek budaya dan masakan. Pada masa yang sama mempromosikan hidangan alternatif lebih sihat yang menggunakan makanan dalam tin keluarannya yang berkualiti tinggi, sihat dan mudah, tanpa sebarang bahan awet serta MSG tambahan.
Yee Sang tuna merupakan satu cara ideal untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga sewaktu jamuan makan malam. Ia sememangnya berkhasiat dan sedap apabila disediakan dengan Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil dan Ayam Brand Mushrooms yang dihiris nipis.
Ads
Kemewahan hidangan itu ditambah dengan pembuka selera Sardin Gulung Goreng atau Kukus yang menggunakan Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce. Mudah disediakan dan cantik ketika dihidangkan, hidangan pembuka selera ini kaya dengan kalsium dan DHA, serta rasa yang mengimbau kembali kenangan lama.
Ads
Padankannya dengan Dumpling Cendawan yang diperbuat daripada Ayam Brand Mushrooms dan Ayam Brand Tuna in Organic Broth untuk kelihatan seperti hidangan mewah di rumah. Akhiri makan besar dengan pencuci mulut kacang tradisional Cina atau thong sui yang hadir dalam bentuk Mixed Bean Coconut Ice Lollies menggunakan Ayam Brand Coconut Milk.
Kuih Tart Nanas ialah hidangan yang wajib ada ketika acara Makan Besar Tahun Baru Cina. Ayam Brand Pineapple Chunks memastikan kemewahan itu hadir tanpa perlu bersusah-payah mengupas dan memotong nanas. Pada masa yang sama dapat mengekalkan rasa manis yang sederhana untuk kesihatan lebih baik.
Ads
Mulakan hari pertama Tahun Baru Cina dengan Smoothie Kelapa Mangga untuk membantu mencernakan hidangan berat yang diambil ketika makan besar serta mengekalkan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Untuk hidangan sarapan dan makan tengah hari yang ringan, ambil sahaja Bubur Tuna yang mudah dan sedap, diperbuat daripada Ayam Brand Tuna Flakes Omega 3. Untuk makan tengah hari yang ringan dan sihat, cubalah Nasi Goreng Sayur menggunakan Kacang Pis, Jagung Manis dan Cendawan dalam tin Ayam Brand yang telah diproses.
Menikmati hidangan semasa musim perayaan boleh jadi lebih sihat dan kreatif apabila anda menerokai idea-idea baru. Kebanyakan resepi ini boleh disediakan lebih awal membuatkannya sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk. Selamat menjamu selera! ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidup tanpa warna umpama melihat sebuah kanvas putih, kosong. Ia perlu diwarnai agar hidup ini ada serinya. Tahukah anda, setiap warna mempunyai kesan dari sudut psikologi? Contohnya kombinasi dekorasi ruang makan dan pilihan warna sedikit sebanyak memberi kesan terhadap selera makan.
Sebab itulah pemilihan warna untuk dekorasi restoran mahupun kafe sangat penting bukan saja untuk menarik perhatian pengunjung bahkan membangkitkan selera mereka. Mungkin ini boleh menjadi alternatif buat mereka yang mempunyai masalah kurang selera makan.
Berikut 3 warna yang boleh anda cuba terapkan di ruang makan bertujuan agar nafsu makan meningkat.
KUNING
Warna ini dianggap baik serta membawa pengaruh positif untuk meningkatkan nafsu makan sekiranya berada dalam ruang makan. Sememangnya warna kuning mempunyai pesonanya yang tersendiri di samping memberikan kesan ceria dan semangat.
Warna kuning juga mampu memberikan impak positif untuk meningkatkan nafsu makan. Selain itu, warna ini juga menjadikan suasana di ruang makan menjadi lebih hangat sehingga ketika makanan dihidangkan anda akan terus berselera untuk menikmatinya.
JINGGA
Warna berikutnya ialah jingga. Ronanya yang terang sememangnya membuka selera. Ia mengingatkan kita buah oren/limau yang rasanya sangat sedap terutama jika dibuat jus. Biasanya warna jingga dipadankan dengan warna coklat untuk mencetuskan ambient yang hangat dan intim di ruang makan.
Namun jika anda mahu nuansa makan yang santai dan ringkas maka kombinasi warna jingga dan putih atau kelabu boleh jadi pilihan. Anda boleh mendekor ruang makan dengan hiasan buah oren agar nuansa warna jingganya kian terasa. Selain cerah dan berwarna, jingga juga memberi kesan positif untuk meningkatkan nafsu makan.
MERAH
Warna merah menjadi identiti kepada definisi semangat. Warna merah punya pesonanya yang tersendiri. Selain mempunyai aura berani serta elegan, warna merah juga sesuai untuk diaplikasikan di ruang makan.
Ia biasanya akan mencetuskan impak elegan dan mewah. Secara psikologinya warna merah juga mampu meningkatkan nafsu makan.
Kredit Foto: pinterest.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perancis, secara rasmi dipanggil Republik Perancis merupakan sebuah negara yang terletak di Eropah Barat. Di sepanjang ibu kota metropolitan ini terdapat deretan kafe menyediakan pelbagai pencuci mulut istimewa Perancis yang dinikmati bersama secawan espresso mahupun latte. Manisan popular dan sering menjadi sebutan dan turut digemari di seluruh dunia! NONA berkongsi resipi Creme Brulee yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Selamat mencuba!
CARA MEMASAK:
Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan putar sehingga timbul buih.Tuangkan campuran adunan ke dalam mangkuk kecil. Letakkan mangkuk dalam dalam dulang berisi air sehingga separuh mangkuk casserole.Bakar lebih kurang 40 minit, kemudian keluarkan dari dulang. Masukkan pula dalam peti sejuk sekurang-kurangnya dua jam. Sebelum dihidangkan taburkan gula di atasnya kemudian panaskan gula menggunakan torch sehingga gula menjadi keperangan atau menjadi seperti karamel.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gulai lemak atau masak lemak boleh dikatakan semua negeri dalam Malaysia mempunyai resipi yang tersendiri. Ada yang manis, ada yang pekat dan ada juga yang ditambah dengan buah-buahan seperti nanas atau belimbing. Tapi, Negeri Sembilan terkenal dengan Masak Lemak Cili Api.
Istimewa bersama NONA dalam Air Tangan VIP, Datin Azrene Ahmad berkongsi caranya masak Ikan Keli Salai Masak Lemak Cili Api Bersama Belimbing Buluh. Istimewanya masakan daripada Datin Azrene ini apabila tidak menggunakan gula dan kurangkan garam. Menurut ibu kepada 4 orang anak ini keluarganya kurang mengambil gula demi untuk menjaga kesihatan.
Malah isteri kepada Dato’ Fazley Yaakob ini sering mendapat pujian dari suaminya kerana kehebatan memasak di dapur sama ada lauk kampung mahu pun hidangan Barat. Dato’ Fazley sendiri pernah mengaku tidak masak di rumah sendiri kerana mahu makan air tangan isterinya. Beruntunglah isteri pandai masak. Mari kita cuba resipi yang telah dikongsi oleh pemilik Three Little Ahmads ini.
Bahan-bahan;
4 ekor ikan keli salai
5 ulas bawang merah, dikisar
5 ulas bawang putih, dikisar
5 biji cili padi kampung, dikisar
2 inci kunyit hidup, dikisar
5 keping asam keping
10 biji belimbing buloh
2 tangkai serai (dititik)
1 biji limau nipis
2 paket santan
1 jug air
Garam kasar
Cara membuat;
1. Masukkan bahan kisar ke dalam periuk bersama serai, asam keping dan air.
2. Kemudian masukkan semua ikan ke dalam periuk dan masak sehingga semua aroma masukkan ke dalam ikan.
3. Bila sudah mendidih, masukkan belimbing buluh.
4. Masukkan garam kasar dan perah limau nipis.
5. Masak sehingga mendidih dan kacau sehingga air atau kuah surut sehingga separuh.
6. Masukkan santan. Kacau sehingga santan pecah minyak dan boleh dihidangkan.
Kalau masak makanan berasaskan santan, api dapur kena kecil baru boleh masak lama dan biarkan masak sampai santan pecah minyak. Bila masak lama, lauk yang kita masak pun boleh tahan lama dan tak cepat basi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.