Sambutan Tahun Baru Cina bakal menjelang tidak lama lagi dan apabila kawan-kawan dan ahli keluarga berkumpul, pesta makan pasti tidak berkesudahan. Bagaimanapun, resipi tradisional musim perayaan biasanya mengandungi kadar lemak yang tinggi dan rendah serat yang baik.
Ayam Brand berbangga untuk memperkenalkan sembilan resepi untuk musim perayaan yang lebih sihat. Resepi ini mengandungi kebaikan Omega 3 dan kalsium daripada ikan tuna dan sardin, rantaian sederhana trigliserida (MCT) daripada santan kelapa, serta serat dan vitamin daripada nanas dan jagung manis.
Sebagai jenama yang mempunyai warisan selama 126 tahun, Ayam Brand cukup memahami aspek budaya dan masakan. Pada masa yang sama mempromosikan hidangan alternatif lebih sihat yang menggunakan makanan dalam tin keluarannya yang berkualiti tinggi, sihat dan mudah, tanpa sebarang bahan awet serta MSG tambahan.
Ads
Yee Sang tuna merupakan satu cara ideal untuk merapatkan hubungan di antara ahli keluarga sewaktu jamuan makan malam. Ia sememangnya berkhasiat dan sedap apabila disediakan dengan Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil dan Ayam Brand Mushrooms yang dihiris nipis.
Ads
Kemewahan hidangan itu ditambah dengan pembuka selera Sardin Gulung Goreng atau Kukus yang menggunakan Ayam Brand Sardines in Tomato Sauce. Mudah disediakan dan cantik ketika dihidangkan, hidangan pembuka selera ini kaya dengan kalsium dan DHA, serta rasa yang mengimbau kembali kenangan lama.
Padankannya dengan Dumpling Cendawan yang diperbuat daripada Ayam Brand Mushrooms dan Ayam Brand Tuna in Organic Broth untuk kelihatan seperti hidangan mewah di rumah. Akhiri makan besar dengan pencuci mulut kacang tradisional Cina atau thong sui yang hadir dalam bentuk Mixed Bean Coconut Ice Lollies menggunakan Ayam Brand Coconut Milk.
Ads
Kuih Tart Nanas ialah hidangan yang wajib ada ketika acara Makan Besar Tahun Baru Cina. Ayam Brand Pineapple Chunks memastikan kemewahan itu hadir tanpa perlu bersusah-payah mengupas dan memotong nanas. Pada masa yang sama dapat mengekalkan rasa manis yang sederhana untuk kesihatan lebih baik.
Mulakan hari pertama Tahun Baru Cina dengan Smoothie Kelapa Mangga untuk membantu mencernakan hidangan berat yang diambil ketika makan besar serta mengekalkan tenaga yang anda perlukan sepanjang hari. Untuk hidangan sarapan dan makan tengah hari yang ringan, ambil sahaja Bubur Tuna yang mudah dan sedap, diperbuat daripada Ayam Brand Tuna Flakes Omega 3. Untuk makan tengah hari yang ringan dan sihat, cubalah Nasi Goreng Sayur menggunakan Kacang Pis, Jagung Manis dan Cendawan dalam tin Ayam Brand yang telah diproses.
Menikmati hidangan semasa musim perayaan boleh jadi lebih sihat dan kreatif apabila anda menerokai idea-idea baru. Kebanyakan resepi ini boleh disediakan lebih awal membuatkannya sesuai untuk mereka yang mempunyai gaya hidup yang sibuk. Selamat menjamu selera!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Trend kafe dalam butik atau boutique café bukan lagi perkara yang asing. Ibarat setelah selesai membeli belah para pengunjung dapat menikmati keenakan menu ringkas seperti kek dan kuih sambil menghirup minuman panas mahupun sejuk. Konsep ini mungkin agak baharu di Malaysia tetapi ia sememangnya amat popular di Eropah di mana jenama antarabangsa turut mempunyai rangkaian kafe di butik-butik eksklusif mereka.Ibaratnya, sambil menikmati hidangan yang dipesan, mata masih lagi boleh ‘dijamu’ dengan pelbagai barangan yang dipamerkan di dalam butik tersebut!.
Kafe Fred Segal menonjolkan sentuhan interior moden yang menarik. Warna-warna rasmi Fred Segal seperti putih, biru dan merah turut diterapkan sebagai rona latar belakang termasuk di meja, kerusi serta rel logam di dalam kafenya. Sementara itu, penggunaan kertas dinding bercetak yang berkonsepkan funky serta slogan dalam cahaya neon menyerlahkan lagi elemen bercita rasa tinggi untuk butik dan café Fred Segal ini. Sememangnya pemilihan konsep ini melambangkan ciri moden yang menjadi sebahagian komuniti millennial masa kini.
Suasana dan ambien untuk kafe Fred Segal membawa identiti serta ciri-ciri Fred Segal sepenuhnya kepada para pelanggan. Di kafe ini para pelanggan boleh menikmati menu istimewa cita rasa California sama ada makan terus di situ atau ia boleh bawa pulang. Aturan menu yang terpampang di kafe mewakili hidangan hype California yang mudah disediakan. Melihat pada menu tersebut, ternyata ianya berkonsepkan menu hidangan ringkas seperti flatbread pizza, tacos, sandwich, manisan serta aneka snek. Pastinya hidangan ini menepati citarasa masyarakat kini yang gemarkan hidangan yang ringkas apatah lagi apabila keluar membeli-belah.
Tahun ini butik kafe Fred Segal pertama kali dibuka di One Utama Shopping Centre berkonsepkan butik kafe. Bukan hanya membawa ciri-ciri budaya Southern California, Fred Segal turut membawa koleksi terbaik khusus untuk wanita dan lelaki termasuk aksesori. Tidak ketinggalan, aksesori rumah dan gaya hidup turut terdapat di sini. Fred Segal menjadi kebanggaan California terutama di kalangan pereka fesyen, artist dan pereka hiasan dalaman.
Sejak penubuhannya pada tahun 1961 Fred Segal seringkali menjadi destinasi beli belah yang unggul di samping terkenal di kalangan warga Amerika. Jenama ini turut menawarkan pengalaman beli belah yang cukup menyenangkan di bawah satu bumbung. Jika anda berhasrat untuk berkunjung ke kafe ini jangan lupa untuk singgah sekali di butiknya. Terdapat pelbagai koleksi kasual ready-to-wear, formal dan street wear seperti Publish, Alez Mill, J.O.A, Pysho Bunny dan Monrow. Di sampin itu, Fred Segal turut menawarkan item-item daripada jenama popular antarabangsa seperti Deus Ex Machine (Australia), Ksubi (Australia), Karssen (Belanda) dan Soko (Kenya).
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
The King Of Fruits! Itulah keistimewaan durian untuk kebanyakan masyarakt di Asia Tenggara. Di kalangan masyarakat Pahang dan Perak, pasti aroma tempoyak menjadi bahan utama dalam setiap menu masakan. Tapi berdasarkan penelitian, tempoyak dipercayai mengandungi jumlah kalori yang besar selain padat dengan protein, karbohidrat, kalsium dan zat besi.
Jika anda bingung untuk menyediakan juadah seisi keluarga, apa kata anda cuba dua sajian berasaskan tempoyak yang kami kongsikan ini. Selamat mencuba!
PAIS TEMPOYAK IKAN PATIN BAKAR
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (saiz sederhana dipotong 2 & dikelar)
15 tangkai cili padi
2 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
5 tangkai daun kesum
4 helai daun kaduk
2 batang serai
Garam
Gula
Cara membuat:
Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Kisar hingga sebati. Hiris halus daun kunyit, serai, daun kesum dan daun kaduk. Kemudian, masukkan ke dalam tempoyak tadi bersama daun kesum yang telah direlai. Gaul hingga sekata.
Seterusnya, lumurkan campuran tempoyak ke seluruh ikan patin. Letakkan di atas daun pisang dan balut kemas. Akhir sekali, bakar ikan hingga masak.
SAMBAL TEMPOYAK PUCUK UBI KAYU
Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin (saiz sederhana dipotong 2 & dikelar)
15 tangkai cili padi
2 cawan tempoyak
1 inci kunyit hidup
2 helai daun kunyit
5 tangkai daun kesum
4 helai daun kaduk
2 batang serai
Garam
Gula
Cara membuat:
Kisar cili padi dan kunyit hidup hingga halus. Masukkan tempoyak, garam dan gula secukup rasa. Kisar hingga sebati. Hiris halus daun kunyit, serai, daun kesum dan daun kaduk. Kemudian, masukkan ke dalam tempoyak tadi bersama daun kesum yang telah direlai. Gaul hingga sekata.
Seterusnya, lumurkan campuran tempoyak ke seluruh ikan patin. Letakkan di atas daun pisang dan balut kemas. Akhir sekali, bakar ikan hingga masak.
Foto: Hakmilik Ideaktiv Sdn Bhd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kecur tengok resipi Smoothie Pisang Kurma yang disediakan bekas peserta Masterchef, Brian ini. Dahlah mudah disediakan, ringkas dan cepat pula tu.. sesuai sangat dijadikan minuman harian waktu sahur sepanjang Ramadan. Mengenali bakat Brian, namanya bukan saja dikenali dalam arena kulinari bahkan berbakat sebagai pengacara dan penyampai radio.
Kongsi Brian di Instagramnya baru-baru ini, “Ini versi lagi gempak dan sesuai bagi mereka yang tak lalu makan berat di waktu sahur. Minum je. Ada karbohidrat dari pisang dan kurma.. dan protein dari yogurt. Patutlah bahan-bahan ni semuanya sunnah.”
https://www.instagram.com/p/Bi4fpw4FEH2/
RESIPI SMOOTHIE PISANG KURMA ILHAM BRIAN MASTERCHEF
Bahan-bahan diperlukan
* 1 biji pisang
* 2-3 biji kurma
*100ml yogurt
*100ml susu
*1 cawan ais batu
Cara membuatnya:
Potong kecil pisang yang telah dibuang kulitnya. Potong kecil kurma yang telah dibuang bijinya. Masukkan pisang dan kurma yang telah dipotong kecil ke dalam mesin pengisar bersama-sama yogurt, susu dan ais batu.
Kisar semua bahan hingga hancur dan halus atau sehingga mendapat tekstur yang diingini mengikut cita rasa masing-masing. Tuangkan smoothie pisang kurma ke dalam gelas yang telah disediakan. Taburkan hirisan kacang badam yang dibakar. Sedia diminum.
Sangat mudah, kan?
Difahamkan, sepanjang bulan puasa ini juga Brian aktif berkongsi aneka sajian dan menu sahur menarik dalam kempen ’30 Sahur Abang Brian’. Apa yang pasti, ia bukanlah kali pertama Brian terlibat dengan aktiviti tersebut sebab dia juga pernah melakukan perkara sama tahun lepas meskipun berbangsa Cina.
Terima kasih Brian dengan perkongsian resipi mudah dan sihat ini. Moga terus maju jaya!
Sumber: Instagram @abangbrian
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon dan model jelita dari Indonesia, Aryani Fitriana antara figura umum yang mengambil keputusan untuk bertudung dan menutup aurat sepenuhnya.Di sebalik penghijrahan itu, rupa-rupanya...